Friday, December 23, 2011

Yang Ku Sayang...

Ummi : Siapa yang sepahkan rumah lagi ni!?
Babang : Adik yang buat Mi...
Ummi : Adik! Siapa yang buat sepah ni?
Didik : Adiklah...
Ummi : Sekarang kemas yang bersepah tu cepat! Kutip balik kertas-kertas tu masuk tong sampah, mainan tu letak balik dalam bakul, tu baju kotor letak dalam washing machine. Ummi dah selalu cakap kan?
Babang : Adik! Adik kemas balik.... Adik yang sepahkan.
Ummi : Tak ada Adik, Adik je! Babang, cepat kemas sekali! Awak tu Abang, kenapa tak tegur Adik?
Babang : Adoi, kenapa dengan saya sekali terkena pulak ni....?
(Hmm... susah betul kalau disuruh..)


 
Ummi : Ikut Ummi baca...
Babang : Okay Ummi!
Ummi : Dal Ya mati di atas Dai, Nun di atas Na, Dai-na.
Babang : (Terus pandang muka Ummi dengan riak ada udang sebalik mee) Apa Mi?
Ummi : (Ulang semula ejaan mengaji) Dai-Na...
Babang : Yo hebat! Dai-Na!!! (buat gaya Ultraman dan menyebut dengan melodi lagu Utraman Dyna)
(Hai... hidup dengan Ultraman sahaja budak-budak sekarang!)

 
Babang : Ummi, semalam tu abang kecik ye?
Ummi   : (semalam? mula tak faham maksudnya, setelah difikirkan soalannya yang berulang kali baru saya faham. Oh dulu-dulu tu ke?) Ye, dulu abang kecik je. Macam Faiha, macam Darleen, macam Didik, tapi sekarang Babang dah besar...
Babang : Hmm... masa Abang kecik, Abang comel tak? Ada comel macam Ultraman?
Ummi    : (berkerut 15,000 garis kat muka.. tapi redha ajelah...) Comel, tapi kuat melalak! Uwek, wek, wek... je sampai Ummi kena berhenti kerja tau!
(melalui cermin pandang belakang kereta, saya lihat dia tersenyum sendirian sambil merenung keluar tingkap. Apa sahajalah yang bermain di kepalanya saat itu...)


Suatu pagi saya memandu kereta untuk menghantar Didik dan Babang ke rumah Nenek Imah mereka sebelum ke pejabat. Oleh kerana sudah lambat, kereta dipandu agak laju.
Babang : Ummi, kenapa bawa macam kuda ni?
Ummi   : Duduk je elok-elok...
(Dalam waktu yang sama saya lihat ada seekor burung di atas jalan raya. Biasanya burung itu pasti akan terbang kalau ada kereta yang sedang meluncur kan..)
Didik   : Hah! Ummi anggar uwong ye!? Sian uwong....
(Saya cepat-cepat lihat lalu cermin pandang belakang. Eh Didik ni... burung tu elok je terbang pun...)


Papa                  : Siapa anak Papa yang handsome?
Babang              : Abanglah!
Papa                  : Siapa anak Papa yang comel?
Didik                 : Adiklah! (tiru intonasi abang)
Babang              : Siapa dalam rumah ni yang paling handsome?
Babang & Didik : Papalah!
Ummi                 : Cit!


Kami berjalan di pasar malam. Tiba-tiba Didik berhenti di tepi longgokan durian.
Didik               : Adik nak makan uyan...
Papa & Ummi : (looked at each other)
Papa               : Kejap lagi kita beli ye..
Didik              : (tak bergerak, mencuka dan insist to stay by the side of durian) Adik nak makan UYAN!!!
Papa & Ummi :Grrrr
Beza dengan Babang yang memang tak sentuh durian, Didik hantu durian rupanya... anak-anak yang pelbagai 'pesen'.


Didik   : Mi, adik nak inum...
Ummi  : (ambil air masak dan beri Didik minum dan tunggu sampai dia habis) Adik nak inum lagi?
Didik   : Dah, adik dah inum. Yeah!! Adik dah inum! Adik dah adi eca!!
Ummi  : Hai, boleh besar ke dengan minum air masak je dik oii?


Ummi : Abang, nak minum susu tak? (sebabnya dah jarang-jarang sangat dia minum susu Dugro yang dicampur dengan sedikit milo itu... walaupun jimat tapi risau juga kalau-kalu dia tak dapat zat yang secukupnya lagi).
Babang : Tak naklah... abang dah besar. Mana boleh minum susu... malulah...

 

2 comments:

  1. ketawa besar yus bila baca part yang babang kata Yo dai-na tu...hihihi.

    Yati ajar muqaddam style lama ya, masih mengeja, yus dah ikut cara al-baqry, baca terus je...

    ReplyDelete
  2. Tu lah pasalnya... ada je yang dia kaitkan dengan kartun dan ultraman, kekadang tak tahu nak marah ke nak gelak ke nak ketuk kepala sendiri...

    Ya, saya masih ajar muqaddam style lama. Style Iqra' dulu macam tak berkesan dengan kakak2 dia. slow gila mengaji, sampai sekarang pun baca satu-satu.. kalau dulu umur 7 tahun dah Quran dengan lancar. Sebab tu saya percaya style lama boleh strengthen basic, memang susah mulanya tapi selepas itu senang dah sebab asas dah kukuh.

    cara al-baqry? er... kurang pengetahuan pulak.. macam mana tu ye?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS