Saturday, December 17, 2011

Lili Buat Najah?

Sharing ini sudah saya tulis few days ago tapi tidak sempat hendak post. So malam ini kena tukar sedikit grammarnya hu hu. Last Wednesday, saya tidak sihat sangat. Rasa badan sedikit panas, tapi Papa Nasir kata "Alah, Mamalia memanglah berdarah panas..."

Saya muncung. Dia selalu cakap begitu. Dia selalu tidak mahu mengiakan bila saya kata saya sakit, demam atau tidak sihat. Hakikatnya saya tahu dia tidak mahu membenarkan kenyataan saya itu. Meskipun saya memang tidak sihat, dia tetap mahu fikir saya sentiasa walafiat. Dia mahu saya sentiasa sihat dan melalui hidup ini bersamanya.

Justeru, malam Rabu itu saya tidur usai Maghrib, bangun hanya kerana dipaksa Papa Nasir untuk makan nasi yang ditapau dari kedai kemudian sambung lagi tidur setelah makan ubat. Tidak sedikitpun sedar sepanjang malam sehinggalah pagi esoknya dan saya gagahkan juga untuk ke pejabat. December kan... busy dengan closing

Lunch break Khamisnya Papa Nasir bawa saya ke DEMC. Ambil darah untuk medical appointment di DEMC, 20hb Disember nanti. Hai, sehingga saya benar-benar stabil saya harus melalui lagi kehidupan 'asyik kena jumpa doktor' ini. Tak apalah...

Beberapa waktu ini memang saya kerap mengalami tengkujuh dan banjir. Bukan setakat negeri dan kawasan terlibat sahaja... macam-macam yang buat hati perempuan saya ini sebak.

Melewati bacaan di blog Yus minggu lepas dan membaca entrynya tentang gambar bisu mendesak saya untuk click blog Mawar Nafastari. Jadinya berlama-lamaanlah jugalah saya mencuri masa di situ dengan segala hujan di dalam hati.

First thing that crossed my mind, Lili Buat Najah! Novel tulisan Nazurah Aisyah yang pernah saya baca dan buat saya menangis, kalaupun tidak begitu sama namun persepsi awal saya terhadap cerita hidup Mawar Nafastari lebih kurang sama seperti novel yang pernah buat saya menangis sehebat tangisan menonton 3KG.


Subhanallah... Allahuakbar.... Alhamdulillah.

"Sudah, tak payah fikirkan sangat..." Itu yang diucap Papa Nasir sewaktu saya berkongsi cerita.

"Saya tak boleh lupa..." saya memang masih sebak.

"Kalau membaca cerita-cerita macam ini buat hidup dan perasaan awak tak tentu arah, baik jangan baca lagi! Awak nak Abang larang awak dari membaca terus?!"

Sebenarnya Papa tidak mahu saya terbawa oleh perasaan. Saya inikan seorang yang sangat penyedih... selalu memikirkan sesuatu itu walaupun remeh hingga terlalu mendalam, dan kadang meninggalkan kesan yang kurang baik dalam kehidupan diri dan orang di sekeliling saya.

Bukan tidak tahu, juga bukan saya tidak sedar.. sebagaimana saya selalu kata hidup saya ini ada lompang dan lopak pedih, insan lain juga ada bahagian hidup mereka sendiri. Seharusnya saya bersyukur menjadi diri saya dan menerima babak hidup yang begini dari Pencipta.

Terima kasih Allah...  saya melihat atas dan bawah, kiri dan kanan, saya bersyukur kerana saya adalah saya... saya bersyukur diberi cerita hidup dengan tajuk begini. Cuma saya selalu berharap Allah ampunkan saya bila adakalanya hati ini masih belum sempurna mencintai-Nya. Saya hanya manusia yang masih rapuh... kadang tidak sedar walau mulut bisu, tetapi hati di dalam merungut dan mengeluh...



Nota : Agak terkejut bila Babang boleh menyanyi lagu ini 
sewaktu saya uploadnya.

"Babang tahu lagu ni?"
"Tahu..."
"Macam mana Babang tahu?"
"Sekolah..."

Oh! No wonder semasa kami menghadiri 
Hari Penyampaian Hadiah Sekolah PASTI Babang yang lalu, 
ada satu kelas anak-anak ini menyanyi sebuah lagu. 
Saya dok tanya Papa Nasir lagu apa budak-budak itu nyanyi. 
Almaklumlah bila budak2 umur 5 tahun yang menyanyi 
dah tak faham semua butir perkataan. 
Alih-alih yang dengar hanya perkataan hujung 
'maafkanlah.....mencintai-Mu...'. 
Haish! Patutlah.... 
Ummi RAN yang sangat ketinggalan zaman...

8 comments:

  1. aduh...budak kecik pon tau lagu ni sis.
    tp lagu opick ni mmg sedap2 lah..byk berbentuk ketuhanan

    ReplyDelete
  2. Wida : He heh.. akak memang selalu nangis tertinggal belon... sib baik sofi tak ejek kata, 'Ummi ni, tu pun tak tahu...' hu hu

    Hi LJ! thanks for dropping by. I am doing fine. How r u Sis?

    ReplyDelete
  3. Im doing good alhamdulillah, ehm tengah "atur" jln hidup :) moga smuanya dpermudahkan amiin ,doakan yea :) and Kak Rys cheer up kat sana!!! :DDDD

    ReplyDelete
  4. jiwa yati sangat halus, cepat tersentuh ya...

    ReplyDelete
  5. kak, awat nye x leh bace pon entry kasut cinderella tuh?

    ReplyDelete
  6. LJ : "atur" jalan hidup? hmm... something gud? semoga everything dipermudahkan...

    Yus : hmm... my husband called me cewek.. heh heh..

    lyly Yana : Hu hu.. "manager" tengah buat test-trial-and-debug kot... sat nanti na...

    ReplyDelete
  7. Insya Allah smtg good :) , klw ada masa, link my blog to urs yea :D All the best there! :)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS