I'm reading ur novel "Seandainya" n I'm loving it ^_^)v.
"Aish, tak perlulah minta maaf, for a 1st book, u've done a great job!!
Dah ada peminat plak tu hehe. Di kesempatan ni, Irah nak mengucapkn ribuan terima kaseh kerna menghasilkn buku yg menusuk kalbu :D. Irah setia menanti buku yang kedua ^_^)."
Marumi Ibrahim wrote:
"sama2 puan.. sy suka novel puan SEANDAINYA :)"
Glory Glorya Duncan
Satu2 nya nvel yg tdk hbis dbaca.. tlampau byk pgunaan bahasa inggeris mbuat kan hilang minat nak mmbaca... rugi je beli
Honey Ani
err....samo la den.... banyak sangat ceta bab koje....
meleret2....ponek.....bosan kan....sori ye rys areesa....
INz Min
Zzzzzzzz..
***************************
Saya amat sedar bukan mudah untuk menghasilkan material bacaan dengan mesej yang diharap dapat menjadi perkongsian berguna serta boleh memenuhi expectation setiap orang kan... Apa-apapun saya sangat berterima kasih kepada pembaca meskipun ia cuma separuh jalan kerana tidak boleh ikut flow cerita.
Saya akui ia agak heavy bagi sesetengah usia yang membaca... kadang ia akan menuntut extra passion, patience & willingness to let the feeling in untuk menghabiskannya... Seperti yang saya pernah sebut dalam entry sebelum ini, bila menulis A, B dan C sebagai fiksyen, saya juga hendak berkongsi sedikit pengetahuan bersamanya... "indirect knowledge transfer/sharing in the fiction".
Bila dibuat sedikit pemikiran, kadang kita boleh mengenal perwatakan seseorang melalui gaya pembacaan, ada kebenarannya tak? Ada yang boleh menyelam pemikiran berat, ada yang mahu santai dan direct. Ada yang mahu membaca untuk release, dan ada yang mahu membaca untuk meluaskan fikiran... apapun saya tetap hargai dan hormati pemikiran dan gaya hidup masing-masing.
Masih segar dalam ingatan komunikasi bersama seorang jiran saya tentang filem Ombak Rindu. Seperti beliau saya juga tidak pernah berpeluang membaca novel karya Fauziah Ashari itu. Cover filemnya serta casting yang sangat cantik dan hebat.
"Akak tahu tak, saya pergi tengok OR dengan kawan2 saya sebab best friend saya kata dia menangis gila2 bila menontonnya. Saya siap bawa berpek tisu dan bagi seorang satu kepada kawan2 saya. Mereka semua menangis sampai cair maskara, tapi saya hairan saya tidak langsung merasa apa2 melainkan perasaan marah especially dengan sikap Haris dan kelemahan Izzah dalam cinta. Personally saya akui ia cerita yang baik juga, tetapi ada banyak lompong di sana-sini dan presentasi cerita yang bagi saya tak masuk akal (improvise satu perkataan beliau yang tidak boleh saya sebutkan di sini). Kawan2 saya kata saya tidak ada perasaan."
Mungkin itu yang dimaksudkan oleh Fauziah Ashari bilamana beliau berkata apa yang dipersembahkan di dalam filem OR tidak seperti maksud yang dia sampaikan di dalam novel.
Jiran saya si lani berkata lagi filem yang betul-betul menyentap hati dan buat dia menangis adalah Armagedon. Betul. Saya juga begitu, sangat senak hati walaupun ditonton sehingga ke hari ini. Ia bukan sekadar cinta antara lelaki dan perempuan. Dalam dunia dan kehidupan ini ada banyak sisi kasih dan cinta. Meskipun ia adalah cinta antara uda dan dara, mungkin ada baiknya jika kita melihat dari satu angle yang lain bagaimana the cliche itu boleh memberikan penambahbaikan dalam hidup dan sebagai pembangun motivasi diri. Tidaklah kita terus hanyut dibuai perasaan oleh airmata hanya dengan mengharapkan sesuatu itu dihasilkan mengikut kemahuan jiwa dan naluri kita sahaja...
Hmm... saya buat review Ombak Rindu pula? Maaflah, saya tidak bermaksud begitu. Saya pun belum sempat menonton OR. Wa wa wa! Tidak tahu mana hendak letak Babang&Didik kalau saya dan Papa hendak pergi dating ke cinema. Hendak dibawa takut kena halau dari panggung hu hu... Tetapi kata-kata Lanie itu sedikit sebanyak menyedapkan perasaan saya, kerana sekurang-kurangnya saya tahu saya tidak bersendirian dan terasing dalam daerah sisi pemikiran begini. Tidak mengapalah, mungkin akan tiba waktunya nanti intention saya akan dimengertikan juga oleh semua pada suatu waktu nanti...
When we willing to look at something
from the different angle of thought, we'll see what others don't... (RAN)
Assalamualaikum Puan,
ReplyDeleteManusia dijadikan berbagai ragam, kehendak, citaras dll.. bagi saya, novel SEANDAINYA cukup membuat hati saya meruntun pilu.. biarpun gaya bahasa, jalan ceritanya sebegitu, itulah SPECIALnyer novel puan... saya suka.. kawan2 saya pun turut memberi komen +ve
Saya nak share sewaktu saya baca novel puan tu saya sedang mengendalikan sesi kursus outdoor. sewaktu saya menunggu slot rakan2 saya, sempat saya isikan masa saya dgn melayan novel puan sehingga ada yg menegur 'kak, baca novel pun touching ker...' "dik, ko kena baca baru ko feel..akak nak masuk bilik dulu, nak layan novel nie"-balik bilik nak nangis sebenarnyer hhiihihihii..
Tahniah puan sebab hasilkan novel yg. sebegitu tragis dan berjaya menarik minat pembaca yg benar2 menghayatinya... hope ada yg ke2. Amin
Wsalam Puan Deyona! Malam ini semangat saya yang kadang kembang dan selalu kuncup ini mekar semula... Bicara Puan buat saya senyum kembali... Sebab itu bila adakalanya hati saya kuncup dan putus asa saya selalu pujuk hati bahawa di arena ini ada pelbagai pengkhususan pembaca... dan menjadi diri saya mungkin tidak dapat memenuhi kehendak dan citarasa segolongan pembaca yang lain meskipun saya masih terbawa sifat dan keinginan sebagai seorang pendidik iaitu mahu berkongsi bukan sekadar fiksyen...
ReplyDeletesaya sangat hargai Puan dan mereka2 yang saya abadikan komen mereka di 'rumah' saya ini kerana punya mentaliti dan appreciation yang begitu generous and always spare rooms untuk memahami dan memberi laluan kepada hasrat 'kami'.
Atas dukungan dan doa dari Puan dan semua rakan pembaca yang sangat murah hati, insya-Allah saya akan terus berusaha untuk belajar memperbaiki diri... yang ke-2 kalau ada izin-Nya, saya juga masih dalam hitungan debar menanti kelahiran STKG... Amin, amin, amin ya Allah...
Terima kasih!