Selepas potong dahan rambutan & petik buah rambutan Abah Hussien yg dah merah meranum, kami bersiap utk memulakan travel. Saya tak panggil stay away from home kami kali ini percutian krn kbykn masa kami dihabiskan 'ukur jalan'. Cit...
Sabtu 26hb Nov. jam 3 lebih ptg kami bertolak ke Tapah, Perak. Waktu itu hujan tetapi dgn tawakal dan basmallah kami teruskan perjalanan lima beranak. Actually this trip was also for Papa Nasir's working purpose.
Along the way, kami lihat pemandangan. Especially UiTM Tapah, fakulti baru yg sepatutnya saya memulakan tugas di dlmnya. Tapi... heh.. heh...
Kami bermalam di rumah sepupu Papa di kaki Cameron, iaitu di Kg Datok, Tapah. Sbbnya... saya mmg dah 'taubat' nak bermlm di Cameron Highlands. Tak tahan sejuk. 1st trip bersama keluarga ramai 2 thn lps sudah cukup buat saya kalau blh tak mahu naik CH lagi.
Di rumah Abang Bagok (panggilan kpd sepupu Papa Nasir) juga actually sgt sejuk. Apatah lagi bila tak ada water heater, hai sorok2k juga saya msk air utk mandi air panas anak-beranak heh heh... di sini kami puas makan durian! Tapi tak ada gambar durian ye, syok makan sampai tak ingat dunia.
Pagi Ahad esoknya kami naik Cameron Highland. Jalin ukhwah dgn seorang teman yg Papa kenal waktu jaga Abah Hussien di IJN. Lagipun kata Pa, Abang Mat pnh kata kalau naik Cameron jgn lupa singgah kedai dia. Baik!
Papa Nasir bsm Abang Mat (pemilik salah sebuah kedai makan di Cameron Highland). TQ to d'spouse for the meal treatment. |
Setting dlm kereta utk anak2 spjg travel. 2x berhenti krn Babang & Didik muntah. Abby pula dah masukkan kepala dlm plastik sepanjang jalan naik CH |
Dulu saya juga pemabuk jalan. Ada petua yg kata telan anak ikan hidup-hidup supaya tak mabuk bila berjalan. Ye ke? Tak pernah telan... Scott Emulsion tu pun dah telan dari kecik sampai sekarang rasa nak muntah. But many acknowledge SE bagus untuk kesihatan anak-anak. I doubt my kids will favour it...
Ultraman! Cubalah rasa waffles strawberry saya... |
Utraman dok situ dediam ye... Adik nak makan strawberry |
Tak pernah berenggang dgn Ultraman sepanjang jalan... ceh!
'Melajuk'... semakin obvious terserlah sepanjang travel. |
Isi perut sebelum memulakan travel yg panjang |
Ah, sedapnya! Sampai terpejam mata Babang menikmati laksa CH |
Teringin nak mkn brokoli goreng CH (walapun sbnrnya boleh ja buat di rumah kan), tapi masa naik ini tak jumpa pulak. Kempunan...
bila lah nak jejak kaki ke CH..teringin sgt pergi. tapi MKS tu jenis tak tahan sejuk..sakit2 pulak nnti
ReplyDeleteAri tu ingat nak bawakan strawberry untuk wida, tapi Papa kata nanti dah keluar dari habitatnya dia jadi masam heh heh...
ReplyDeleteMKS boleh geng dgn akak!