Monday, October 31, 2011

Yang tu tak de suara...

Babang Sofi sudah selesai peperiksaan hujung tahunnya. Khamis petang yang lepas sewaktu gigih menonton Nada Cinta dan Soffiya dalam gigil-gigil siaran yang terganggu dek hujan, kami memeriksa kertas-kertas ujiannya. Hmm... Math, BM dan BI dia dapat 100%. Yang lain meningkat dari markah ujian March all around 90 plus. Okaylah tu, dia langsung tak mengadap buku. Mentang-mentang Papa dia busy di IJN, cakap-cakap Ummi ni macam angin lalu je. Cit! Tetapi seperti biasa subjek Peribadi Muslim dia dapat low sangat, around 80 plus sahaja.

"Abang, tu lah... lain kali kena berusaha jadi anak yang lebih soleh supaya markah Peribadi Muslim ni dapat tinggi. Ini tak, Ummi suh baca buku abang kata bosan. Ummi suh tidur awal, abang kata tak mengantuk, nak main, nak lukis, Ummi suh makan abang kata tak lapar. Ummi suh mandi abang asyik kata nanti. Tu semua praktis peribadi muslim tau..."

Kemudian, ada sekeping gambar yang telah siap diframe Babang bawa balik ke rumah. Gambar Babang dengan rakan sekelas tahun 5 Aisyah dan guru kelas mereka. Comel-comelnya anak-anak ini. Ada di antara mereka yang masih melekat di hati saya kerana walau sudah sebulan bersekolah masih menangis setiap pagi di kelas. Malah ada ketikanya saya pula yang terlewat ke pejabat kerana sibuk memujuk anak orang yang menangis itu. Mak ayahnya dah balik... hu hu...

Saya tanya Babang supaya dia beritahu setiap nama rakan-rakan sekelasnya. Babang kata :
Duduk dari kiri :
Iqmal, Haris, Hamdi, Cikgu, Siti, Dhia, Nasuha

Berdiri di barisan tengah dari kiri :
Safwan, abang lah..., Danish, Amsyar, tak de suara, Saidatina

Berdiri di belakang sekali dari kiri :
Haziq, Amirul, Fahmi, tak de suara, Ain, tu tak de suarayang tu pun tak de suara jugak. 

Hmm... yang tak de suara?
Oh, rupa-rupanya yang tak de suara tu semuanya jenis pendiam, jadinya abang tak tahulah nama mereka. Aiseh...

Rasa-rasanya 20 tahun dari sekarang ada tak di antara mereka yang akan mencari semula gambar ini? Dan di antara wajah-wajah comel ini siapa akan menerajui Malaysia suatu hari nanti. Harap-harap janganlah anak saya, besar tanggungjawab tu... takut tak terbawa oleh dia. Dia hanya Muhammad Putera Yang Suci. Namun masih sucikah politik di dalam dunia ni? Muammar Gadaffi pun pergi begitu seksa... kecualilah kalau ada di antara anak-anak ini yang boleh memegang dunia, terutama sekali negara yang konon bapa kepada segala politik dunia tu! Ceh...

Tapi tak apa... tunggu sahaja... kerana ada pepatah yang mengatakan :

"Tangan yang menghayun buaian itu akan menggegar dunia!!"
Err... budak sekarang guna buai elektrik...

Thursday, October 27, 2011

Kolam Yang Cantik

Semalam kawan-kawan beragama Hindu menyambut Perayaan Cahaya mereka. Happy DEEPAVALI to Yoges & family, my Indian former students and teachers, Indian friends and neighbours!

Hari Sabtu 22hb Oktober, kami pergi melawat abah yang masih di CCU setelah menjalani endogram. Mendengar cerita apakah dan bagaimanakah endogram itu, saya minta dengan Allah janganlah duga saya dengan penyakit jantung seperti ini. Saya ini sudahlah lembik... sikit-sikit sakit, sikit-sikit demam, sikit-sikit semput. Sakit tau bila kita menjalani endogram. Terbaring dalam keadaan sedar dengan lingkaran wayar membawa kamera menjalar di seluruh tubuh hingga ke jantung. Siap tinggalkan ballon dallam jantung lagi...  kemudian bila wayar itu hendak dikeluarkan, kesakitannya akan lebih terasa kerana saat ini pesakit tidak diberi ubat bius. Hah?! Abah kata sakit... kasihan abah...

Okay, just to share experience yang sudah sekali dua pernah dilihat. Ukiran Kolam atau juga RANGOLI untuk menyambut Deepavali yang dibuat di lobi IJN.
Material untuk melukis Kolam :
Beras hancur yang direndam di dalam pelbagai pewarna kemudian dikeringkan.
Boleh juga gunakan sagu, gandum dan seumpama dengannya.
Hampas kelapa pun boleh.

Sister ini sedang tekun melukis Kolam. Expert gila...
Kolam ini biasa dan hanya dilukis di lantai,
tak pernah lihat lagi kat dinding dan siling hu hu

Kolam Deepavali yang telah siap. Macam karpet terbang pulak...

Antara cucu-cucu Atok Hussien yang hanya main di lobi sahaja
sebab budak-budak tak boleh naik CCU
Babang Sofi, Mursyid, Zaimah, Didik Zafri

Zaimah yang comel ini buat lawak,
"Sofi! Awak nak MELAMAR saya ke?"
Hah???!
Mursyid, Zuhair dan Didik Zafri
Didik kalau senyum mata mesti tutup sebelah...
kembar kening terangkat sebelah ke?

Bila saya tanya kepada sister yang melukis tu apa tujuan dan makna kolam ni. Dia kata, "tak ada apa-apa makna, cuma untuk perayaan sahaja, bagi cantik." Hmm...  saya macam kurang berpuas hati sedikit dengan jawapan cik kak ni. Tak apa, nanti saya boleh search...

Melalui pembacaan, hiasan kolam adalah sebagai item yang wajib ada untuk menyambut Deepavali. Kalau tak ada macam tak berseri. Lagipun bagaimana ia dilukis, elemen yang dilukis dan warna yang digunakan juga memberi makna tertentu.

Dibaca lebih lanjut lagi kita akan mendapati bahawa hiasan kolam ini kalau menurut lagenda masyarakat Hindu adalah lambang penyembahan Dewa Lakshimi iaitu dewa kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan 'kolam' di pintu masuk rumah mereka.

Hmm... macam kalau kita orang Islam, rumah-rumah yang selalu dibacakan ayat suci al-Quran dan punya kalimah Allah yang tergantung, malaikat suka menziarah, syaitan terpelanting lintang pukang. More or least the concept nya lah... ikut kepercayaan masing-masing.

Dalam Islam kita tidak boleh menyambut 'perayaan agama'  lain. Cuma, saya yang memandang ini bukan mengkagumi peranan kolam @ Rangoli menurut lagenda Hindu. Saya memang suka kepada warna, walaupun saya tidak suka pakai yang berwarna sangat. Keunikan dan keindahan kolam ini yang menarik hati. Betapa halusnya seni kerja tangan mereka, kreativiti dan imaginasi yang akan menzahirkan makna abstrak melalui elemen lukisan kolam itu sendiri sebenarnya yang mencuri sedikit kekaguman mereka-mereka yang melihat.

Hish, Memang Tau...

Kenapa pulak lah sejak baca kisah kucing Wida, sampai hari ni asyik perkara kucing je yang terjadi dalam hidup saya? Nak tergelak pulak...

Dua tiga hari lepas tak tahan dengar Papa Nasir membebel pasal kucing dan tahi kucing. Macam tau-tau saja saya dilanda sentimen kucing sehari dua ni. Sebenarnya dah berkali-kali terjadi entah kucing siapa atau kucing dari mana suka sangat buang air besar mereka di halaman rumah kami. Huis, Papa Nasir kalau dah marah kalah perempuan juga mencecehnya. Dan tak akan ada yang buat dia paling marah dalam dunia melainkan kucing dan tahinya. Hah hah hah! saya nak ketawa sekejap.

Tapi diakui juga, saya pun kalau keluar dari pintu rumah tak tahan bau tahi kucing tu. Yang Papa paling tak tahan marah kucing bertuah tu siap pi buang air atas tanah yang dua tahun lepas kami tanam uri Didik Zafri. Anak dia kan... alah Papa, anak sendiri pun tak reti bila dicakap inikan pula kucing.

hu hu Ummi RAN sedang membuat operasi pembersihan
sebab Papa Nasir dah tak lalu nak tahan muntah.
Didik juga setia temankan Ummi dia... teman tengok je...
Hmm... nasib baiklah Kucing ni kesayangan Nabi... kalau tidak....
"Pa, buanglah tahi kucing tu..." ya lah, dari hari Isnin dia tak buat apa-apa melainkan menceceh marahkan kucing.

Papa Nasir merengus. Dia memang hilang macho dan keperkasaan kalau sampai bab tahi kucing. Kalau suruh juga dia buang alamat bertong-tong muntah dia di situ nanti.

"Ya lah... esok Deepavali, Ummi buanglah..." kata saya kelmarin. Hmm... aku juga. Ingatkan dulu kat rumah parents je yang tak boleh bela kucing. Ni dah ada rumah sendiri pun, suami pulak yang anti-kucing. Dah apa ceritanya... hopefully kisah kucing tamat setakat hari ini ya.

Agaknya jiran-jiran di perumahan Taman Pinang Raja, Klang Selangor mengalami masalah yang sama ke? Ke rumah kami je yang kucing suka? Maklumlah rumput di halaman rumah kami yang sekangkang semut tu dah jadi lebih comfort daripada karpet. Pa, bila kita nak potong rumput? Atau kita simen terus je... mesti Kucing segan nak buang air kat situ kan?

Tuesday, October 25, 2011

Ya Allah, Izinkanlah dia bangun...

"Askum ni pn yati ke, owner ptcc s.7 s.alam?
sy R suami pd WN, dia jadi cikgu bm n sejarah pd 2010.
td dia dh sdr dr koma tp msh dlm *some text missing*

Saya terkedu seketika menerima SMS ini jam 11 pagi semalam kerana minda tiba-tiba tidak boleh buka buku maklumat. Siapa ye... tapi segera pula saya mendail nombor itu. Malangnya tidak berjawab. Malam semalam saya cuba berkali-kali juga tidak berjawab. Meskipun saya antara ingat dengan tidak, masih berat juga rasa susah hati ini. Koma? WN koma? Kenapa? Bila?

Pagi ini saya cuba buat beberapa panggilan. Alhamdulillah akhirnya dapat juga berbual dengan saudara perempuan WN. Rupa-rupanya WN koma setelah melahirkan anak keduanya. Seingat saya, kali terakhir kami berjumpa di Taman Rekreasi Shah Alam hampir setahun yang lalu. Aduhai, betapa pantasnya waktu berlari meninggalkan diri. Waktu itu perutnya sudah besar juga. Kebetulan adik ipar saya Seha juga ada dan mereka berbual tentang EDD yang hampir sama. Betullah telahan saya usia anaknya sudah hampir setahun kerana Darleen baru sahaja menyambut ulang tahun pertamanya sewaktu abah dimasukkan ke hospital Annur Bangi  tempoh hari.

Oh ya, Abah Hussien sudah selamat menjalani endogram dengan satu balloon dimasukkan ke dalam jantung beliau pada hari Jumaat lepas di IJN. Sebelum Maghrib semalam, ketiga-tiga puteranya menghantar Abah Hussien pulang ke Sabak Bernam untuk berehat. Semoga Abah Hussien segera sembuh dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

Saya pernah cuba bekerja sendiri suatu masa dulu. Awalnya kerana mahu membantu seorang teman yang baru setahun lebih dikenali. Namun bekerja sendiri tidak semudah yang dijangka. Pahit maung suka duka kena tanggung sendiri. Apatah lagi kalau kebanyakan tanggungjawab dipundakkan ke atas bahu seorang tanpa ada tanda-tanda perubahan yang baik akan berlaku. Lalu saya putuskan untuk mengundur diri meskipun rasa bersalah masih menghantui. Malah Seha juga yang saya tarik masuk untuk membantu, ikut berundur.

Segala penat lelah dan ringgit yang kami laburkan masih di sana kerana PTCC masih beroperasi dan survive bersama teman saya itu. Semoga dia lebih memahami erti tanggungjawab di sana. Untuk kami tak apalah... insya-Allah ada rezeki yang akan Tuhan beri untuk cover apa yang telah hilang. Saya juga masih simpan azam untuk recover apa yang boleh untuk adik ipar saya itu atas rasa tanggungjawab saya untuk dia walaupun ia akan mengambil masa. Insya-Allah suatu hari nanti... 

Semasa mengendalikan PTCC saya gunakan ilmu dan pengalaman yang pernah saya ada. Macam-macam keadaan, karenah dan ragam saya jumpa. Dalam ramai-ramai, WN adalah di antara mereka yang sehingga hari ini masih ada dalam diari hidup saya kerana mengajar saya erti syukur akan kehidupan, erti diri bertuah kerana diberi sedikit kelebihan oleh Allah.

WN adalah seorang graduan, isteri dan ibu. Sama seperti saya, WN sering tidak sihat tetapi semangatnya sangat kuat. Beliau banyak membantu mengendalikan kelas di PTCC tanpa demand terhadap upah yang diberi. Awal kehamilan saya terpaksa memberi cuti rehat yang panjang kepada WN kerana sering tidak sihat dan keluar masuk hospital. Saya pernah melalui situasi begitu, jadi saya boleh mengerti dan memahami...

Meskipun kami sudah tidak bersama PTCC, masih jua kadang-kala berhubung terutama pada waktu-waktu kami saling memerlukan bantuan. Sedih hati bila diberitahu beliau koma kerana jangkitan kuman pada paru-paru setelah melahirkan anak kedua itu. Malah anak kecil itu juga sering keluar masuk ICU di HKT. Suaminya memberitahu WN baru sedar dari komanya semalam... anaknya itu memang langsung tidak dapat disusukan malah belum pernah melihat Mamanya. Bersama airmata yang menitis ini kami ucapkan Masya-Allah, Subhanallah... Alhamdulillah Ya Allah untuk ujian ini.

Meronta hati hendak pergi menziarah. Tetapi apakan daya saya, beliau berada jauh di Hospital Kuala Terengganu, di negeri kediaman keluarganya kerana suaminya bekerja di KL. Terkenang pula akan kemelut yang dilalui oleh En R. Semoga beliau tabah berulang alik KL-KT-KL dan mengharungi dugaan bahagian hidup ini. Mungkin ada waktunya ramai insan di sekeliling kita tidak mahu menyelami dan memahami malah tambah menyukarkan kehidupan, tetapi percayalah ini ujian dari Allah untuk suatu sinar di hari muka.

Insya-Allah jika diberi kesempatan, pasti kami akan bertemu suatu hari. Kalau kehidupan ini baik untuk kita semua, pasti Allah akan memberkati usia. Ya Allah, izinkanlah WN bangun dari sakit ini untuk dia kembali ke pangkuan keluarga serta anak-anak yang masih memerlukan kasih sayangnya.

Untuk En. R, terima kasih kerana berusaha mengembalikan bantuan yang pernah kami hulurkan lama dulu. Tetapi anggap sahaja ia bantuan kecil dari saudaramu. Ikhlas dari nurani kami, dunia sampai akhirat. Kalau ia bantuan dari kami, maka saya juga anggap apa yang telah R dan WN lakukan untuk PTCC itu juga bantuan yang tidak akan mungkin terbalas walau sudah pernah dilunaskan dengan wang ringgit.

WN, kentalkan semangat,
berusahalah untuk bangun dari payahnya kesakitanmu...
ramai yang menanti dengan doa dan harapan buatmu di sini...
Aisya akan masuk tadika Januari nanti, mungkin sebaya Babang Sofi
Farish Daniel sudah cukup setahun 21 Oktober baru ini.
Aduhai, ulang tahun pertamanya tidak sebertuah Darleen kami
Tabahlah anak-anakku...
semoga Allah berikan kalian bahagia yang melimpah ruah...

Di manakah awak? Saya Rindu....

Bila membaca posting tentang kucing di dalam blog cousin-in-law saya WIDA semalam, saya asyik tersenyum sampai habis waktu kerja. Sedang rushing menyudahkan kerja di pejabat pun boleh senyum juga, sedang tension dengan karenah orang-orang ni pun saya senyum juga hu hu... Bagi masalah jam 10 pagi. Jam 10.05 init sudah mahu solution. Ingat kita apa... Bigwonder?! I am just a SmallWonder je lah... isk isk sob sob... Okay, it is about Kucing.... Cat... kalau budak-budak kecil panggil Mioww...

Ada banyak mitos tentang kucing. Antaranya tidak boleh ambil gambar kucing nanti kucing itu mati. Orang yang ada lelah tidak boleh terkena atau terhidu bulu kucing kerana ia boleh mengakibatkan serangan asma. Ada juga buku yang saya baca mengatakan petua orang zaman dulu mencari jodoh ialah melihat pada rumah-rumah yang ada kucing. Sekiranya rumah itu ada kucing, bermakna anak gadis di dalamnya seorang yang penyayang dan elok dijadikan isteri. Kontra pula dengan satu lagi mitos ini yang mengatakan anak gadis yang suka memelihara kucing akan menjadi ADT (andartu). Bukan saya kata tau... ini mitos yang pernah saya dan mungkin juga ramai di kalangan kita pernah mendengarnya.

Cuma... membaca sharing Wida tentang kucing mengingatkan saya kepada suatu masa yang tidak begitu lama dahulu. Ia mungkin kisah biasa atau kebetulan tetapi ia tetap melekat kuat di dalam memori saya. Dalam jangka waktu yang tidak lama sebelum saya bertemu Papa Nasir (sebelum kahwin dulu), saya didatangi dan didampingi oleh seekor kucing kecil.

Hairan juga.. kerana rumah kami memang tidak pernah memelihara kucing kerana abah tidak suka. Lagipun abah tidak mahu saya yang memang ada asma ini jatuh sakit disebabkan oleh bulu kucing. Suatu waktu dulu ketika saya baru baik sakit yang lama di hospital, berlakulah suatu cerita ini. Pada suatu petang ketika saya pulang dari pejabat, seekor kucing kecil duduk di atas tangga batu paling atas memandang ke arah saya sambil menggoyang-goyangkan ekornya.

Hmm... comelnya tetapi saya buat tidak tahu sahaja. Bila saya masuk ke dalam rumah, kucing ikut juga. Ke mana saya pergi hari itu kucing akan ikut di kaki saya. Lalu kucing itu saya pegang. Miow! Miow! Tiba-tiba ada satu perasaan aneh yang datang dalam diri. Terasa sayang sangat pada kucing itu. Sudahnya tanpa pengetahuan orang lain di dalam rumah itu, saya hidup bertemankan kucing yang memang saya panggil Kucing saja. Tidak sempat pula hendak namakan dia.  Setiap petang dia akan tunggu saya balik kerja. Hatta tidur pun Kucing akan baring di sebelah saya. Siap berselimut lagi dengan saya. Tepuk-tepuk Kucing akhirnya saya yang lelap.

Abah sudah membebel marahkan saya kerana berkepit dengan Kucing. Berkali-kali Abah suruh saya buang sahaja kucing itu tetapi tetap saya buat tidak tahu sahaja. Sehinggalah suatu hari, Kucing tidak lagi menunggu saya pulang dari kerja. Saya hairan sangat. isk, mana Kucing ni? Sampai hati tak tunggu saya balik? Seluruh pelusuk rumah luar dan dalam saya cari Kucing malangnya tidak berjumpa. Kucing! Kucing... mana awak? Bila saya tanyakan pada Abah, jawapannya, "Dah buang..."

Saya menangis macam rumah hendak roboh je. Lama juga saya merajuk dan patah hati kerana kehilangan Kucing. Macam orang putus cinta pulak ek hu hu. Saya selalu hiba bila kenang-kenangkan di manalah Kucing tidur, mesti kesejukan di luar sana, makan apalah dia... takut-takut dipukul atau dilenyek kereta. Sudahlah Kucing itu masih kecil, manja pulak. Bolehkah dia survive di luar sana? Sedih sangat hati bila mengenangkan semua itu. Hari-hari saya berharap Kucing akan pulang semula.




Kucing,
di manakah awak?
Baliklah...
saya rindu...





Tetapi Kucing tidak lagi pulang menemani saya. Hancur hati... sampai hati Abah pisahkan saya dengan Kucing...

Tidak beberapa hari selepas kehilangan teman saya itu, lalu Tuhan pertemukan pula saya dengan seorang lelaki bernama Abdul Nasir Bin Hussien. Dan beliau sudah jadi teman pendamping saya sehingga saat ini. Moga-moga sampai Syurga juga. Rupa-rupanya Allah pinjamkan Kucing sekejap kepada saya sebelum dia berikan seorang teman hidup yang begitu lama saya tunggu dalam ranjau hidup penuh suka duka ini.

Sejak itu, saya tidak mahu pelihara kucing lagi. Suka hatilah kucing-kucing semua hendak buat apa dan hendak pergi mana. Saya sudah tidak sanggup untuk hidup berpatah hati kerana kehilangan Kucing saya dulu itu dulu... cukuplah dengan adanya Papa Nasir seorang. Hu hu hu...


Nota kaki :
Walaupun Abah tidak suka kucing, tapi sampai hari ini dalam rumah Abah ada kucing kerana Bibik Megawati yang saya ambil untuk jaga mereka di kampung juga seperti saya. Siang, malam, pagi, petang dengan Kucingnya. Makan nasi dengan lauk ikan goreng dalam pinggan lagi kan Kucing. Tu lah abah.. buang lagi Kucing Along... hu hu hu...

Friday, October 21, 2011

Seandainya... from reader's perspective (IX)

Terima kasih kepada semua pembaca yang sudi
menerima, memberi ruang & menyelami 
SEANDAINYA...
Ia sudah masuk CETAKAN KE-04
sehingga kini
kerana anda menerima kami seadanya...

**************************

Nabila Huda Zahari commented on your Wall post.
thanks akak sudi approve..
novel seandainya,,
penulisan akak best sngt..:)
"welcome,,best la jln citer novel akak,,sy baca smpai nagis2,,
sbb x exspect lansung yg wan zahariss akan meninggal.."

"hm,,pe2 pun best sngt novel akak..:)"


Nuraini Azahari wrote:
"Salam Rys Areesa Nasir @ Rozen yang Kak Nino kasihi..
hi..sorry..seperti dijanjikan sudah beli bulan 1 novel Rozen..
baru Okt ada kesempatan untuk membacanya..
dan seminggu dapat menyudahkan bacaan..
Komen?
Uiii...secara keseluruhannya TAHNIAH!!
Satu permulaan yang menarik..
teruskan usaha untuk menghasilkan karya-karya anda!!
Bab yang Kak Nino sangat suka ialah
antara Areena dengan Shamsul Azhar..
konflik mereka dalam ikatan perkahwinan..
kalau boleh..touch up lagi supaya lebih sentimental..
memang besar pengorbanan Azhar kepada Areena..
rasa macam nak tolak-tolak Areena
supaya pergilah kepada suaminya..
cuma..Kak Nino rasa kalaulah..
kalaulah babak Areena dengan Nabila pada klimaks cerita itu
bukan di kawasan hutan atau di latar tempat tersebut
nampak lebih realistik..
♥ endingnya...
akhirnya kebahagiaan dan kegembiraan dikecapi..
dan digarap dengan unsur keislaman yang menyuruh kita
sentiasa berdoa dan tidak berputus asa
dengan segala dugaannya
dan menerima qada dan qadar tuhan..
TAHNIAH sekali lagi Rozen daripada Kak Nino..
semoga terus berkarya..
Insya'allah... Tunggu novel Rozen seterusnya..
walaupun minat menulis..
tapi Kak Nino sekadar melakarnya dalam diari ajelah... :)
Selamat malam AREENA ku sayang...he!he!
Assalamualaikum.. ♥"


*************

Waalaikumsalam
Tidak ada yang lain melainkan seikhlas dan setinggi ucapan terima kasih
dari kerendahan hati saya buat
Kak Nino @ Snow White sister!
& my newly FB sis, Nabila Huda Zahari
I appreciate your kind and honest advise...

Resepi Dodol Abah Hussien

Abah Hussien dan Papa Nasir mengacau dodol
Seminggu sebelum majlis menyambut menantu bongsu di Sabak Bernam bulan lepas, orang-orang lelaki dewasa keluarga diketuai Abah Hussien telah mengerah tenaga mengacau dodol atau ada orang panggil ia penganan. Dodol ini sebagai juadah pemanis mulut yang istimewa semasa kenduri. Masa mereka mengacau dodol ini saya tidak ikut balik kerana penat sangat selepas balik majlis pernikahan Muizila di Melaka. Yang lelaki-lelaki balik straight away dari Melaka malam itu setelah berehat seketika di rumah kami.

Oleh kerana mahu share resepi dodol abah ini sebagai warisan keluarga, saya suruh juga Papa Nasir tanya pada Abah Hussien sewaktu beliau menjaga abah di IJN semalam. Lagipun ada jugalah aktiviti Abah Hussien di sana selain terbaring kebosanan... kan bah...?

Resepi Dodol Abah Hussien

Bahan-bahannya:
4kg santan kelapa yang segar
4 pot susu Tapai Pulut
2kg Tepung pulut
5kg Gula Pasir
1/2kg Gula merah
Kawah @ kuali besar!
Dapur... of course!

Cara-cara membuatnya:
Kalau nak senang campur sahaja semua bahan dan kacau...
tapi kalau ikut cara Abah Hussien...
Masakkan santan kelapa di dalam kuali besar
sehingga mendidih.
Setelah mendidih masukkan gula dan gula merah
diikuti dengan tepung pulut serta
tapai pulut yang telah dikisar.
Kemudian kena kacau NON-STOP ya sehingga likat! 
Nanti bila dah sudah likat dan sejuk jadilah ia dodol!
Ta daa!!!

Eh, ni bukan dodol Abah Hussien...
ni dodol commercial... saya suka tengok dodol yang cecomel macam ni...
Bahan-bahan di atas untuk satu kawah dodol dan biasanya ia akan mengambil masa selama 4-5 jam untuk mengacau adunan tu secara non-stop. Kalau tak ada yang bergilir, mahu terseliuh pinggang dengan tangan... hu hu...  namun begitu lain orang mungkin lain resepi, cara membuat atau petuanya. Tapi dodol dari resepi Abah Hussien ni memang sedap! Yum yum! Tapi tak ada gambar dodol abah kerana sudah habis....
 
Okay, saya mahu keluar rehat yang panjang untuk hari Jumaat. Sharing ni saya postingkan sahaja kerana ia memang sudah siap diceriterakan malam tadi. Sekejap lagi saya akan bertemu sahabat yang sudah lama tidak bersua. Yang banyak kenangan suka duka pahit manis kami semasa bekerja bersama dahulu...
Details about DODOL?

Thursday, October 20, 2011

Duhai Diriku dan Kamu Wanita...

Tersentuh bila membaca ini di FB. Tapi tidaklah sebagaimana saya rasa hendak hilang nyawa melihat beberapa episod hidup dalam hari-hari pelik yang mungkin menghampiri fasa akhir dunia ini. Saya tak mahu cakap tentang itu! I just pray Allah gives the worst and more than worst disaster to them for their worst than animal ignorance toward a very small human being! Kadang terfikir jika kiamat itu lebih baik daripada membiarkan manusia menjadi lebih teruk dari binatang... tapi...

Dan juga sebuah episod kehidupan yang semua orang pastinya sudah melihat dan mendengar... saya benci Berita TV!!! Sorry, I am more than a bit emotional sampai demam... dah berhari-hari hingga Papa Nasir pun tension dengan saya.

Wish to keep it here as a reminder to myself and to every lady friends of mine. Allah made us special, so soft and gentle but very much strong to bear the pain, the heart break, the suffer in life... so much more we could never be able to imagine the love from Allah to us, woman. Saya pun sama... kadang terlupa saya ini disayangi Tuhan...

Setiap kali tengok TV, saya kemudian perhati anak-anak. Then saya tengok diri saya... pergi pejabat saya tengok semua warga kerja. Pergi makan saya tengok semua gadis-gadis dan wanita-wanita yang cantik-cantik dan berwarna-warni itu. Dan saya sangat bersyukur Allah menjadikan saya sebagai diri saya walau tidak sesempurna mana...

Kerana saya ada agama dan tuhan,  ilmu, prinsip hidup, saya orang bebas tidak buat jenayah, saya ada suami yang baik dan penyayang, ada anak-anak meskipun pernah dikatakan tidak mungkin punya zuriat, dan saya sayang anak-anak saya walaupun kasih sayang itu kalau silap orang melihat ditafsir sebagai garang dan keras. Sungguhpun begitu saya belum tergamak mahu abaikan anak-anak saya, sekalipun mengelar mereka...

Kenapa ada wanita yang sanggup membuang, mencampak, membiar tidak mengendah dan membunuh anak mereka? Mungkinkah kerana mereka dengan saya dan juga kita semua ini berbeda meskipun kita wanita yang seharusnya punya naluri yang sama? Tetapi Allah kan tidak membedakan wanita sebagimana berbezanya naluri kita kerana telah dinyatakan begitu indahnya kesemua hadiah-hadiah ini buat kita.... duhai diriku dan kamu wanita sekaliannya....

2 rakaat solat wanita hamil lebih baik
dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
Wanita hamil diberi pahala puasa disiang hari
& pahala ibadat di malam hari.
Wanita yang bersalin diberi pahala 70 thn solat
& puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya,
Allah bagi satu pahala haji.
Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari
selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.
Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya
diberi 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
Wanita yang beri minum susu badannya
kepada anaknya yang menangis
maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
Kalau wanita menyusui anaknya hingga
cukup tempoh 2 setengah tahun,
maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
Ibu yang menghabiskan masa malamnya
dengan tidur yang tidak selesa
kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala
seperti membebaskan 20 orang hamba.
Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari
kerana menjaga anaknya yang sakit
akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya &
bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

Mungkin yang berbeza adalah... bila kamu wanita mengikut haluan kiri yang pekat hitamnya itu meskipun sudah nyata larangan dan azab-Nya, kamu pasti tidak akan punya naluri wanita penuh keinsanan dan keibuan itu... justeru wanita itu pasti lebih terkutuk perbuatan dan dosanya...

Wahai putera-putera dan terutama sekali puteri-puteri suamiku... tidak pernahkah kamu tahu untuk apa segala kata-kata, larangan, nasihat dan marah berapi Ummi ini kepada kalian... kerana dunia ini sudah menjadi terlalu menakutkan untuk didiami insan...

Agaknya sebab itu kadang-kala terdengar ayat-ayat, "Kalau aku tahu kau nak jadi macam ni, baik aku bunuh kau masa kecik-kecik dulu!" Ish, kenapalah yang buat jahat ni semua dulu tidak mati je...!?

Ya Allah... ampunilah diriku, ampunilah kami semua... please make this world a better place for our sons. daugthers, grandsons and grandaughters and their generations...

Monday, October 17, 2011

Didik, Beras & Sarung vs Suatu Masa Dulu....


 Inilah habit Didik yang masih belum hilang
sampai hari sharing ini dibuat.
Orang makan nasi, dia makan beras pulak!
Didik memang tidak boleh nampak tong beras,
dia akan pergi ambil beras masukkan dalam pot
lalu di usung sana-sini.
Makan sebutir dua, yang lain bertabur buat tepung tawar beras.
Janganlah begitu Dik... itu rezeki kita, janganlah dibuang-buang.

Dahulu sewaktu Mak Lang Besah (MLB : adik saya yang bongsu) mereka masih kecil, juga begitu. Sangatlah obses dengan beras. Beza dengan Didik, MLB memang makan beras tu sungguh-sungguh. Sampai arwah Wan sorokkan tong beras. Kalau hendak ambil beras untuk masak nasi pun harus sembunyi-sembunyi, kena ambil pelan-pelan jangan sampai MLB yang dipanggil si Telinga Jengang oleh arwan Wan tu dengar. Miracle, bagaimana jauhpun MLB dibawa keluar rumah, namun bila butiran nasi itu jatuh ke dalam periuk (sungguhpun bunyi tak didengari), MLB akan berlari terkedek-kedek ke dalam rumah dan kata, "Ha! Ash, ash, ash....). Semangat beras menyeru dialah tu... Kalau tak diberi juga, nanti dia akan marah dan panggil kita "Angang!" (bangang). La ni, adalah pewaris MLB tu. Anak saya pula rupanya mengikut...


Satu lagi habit Didik...
suka berselimut dengan sarung bantal yang
sudah dipasangkan kepada bantal. 
Budak-budak ini semua tidak suka tidur berselimut.
Tetapi dia suka tidur dalam sarung bantal dan
berbantalkan bantal itu sendiri.

Suka hatilah Dik.. bila tengok kesukaan budak-budak ini saya terkenang suatu masa dahulu. Kecil-kecil dulu saya dan adik yg kedua (MNA) ada bantal busuk sendiri. Tapi saya bila sudah besar tak adalah angkut lagi bantal busuk itu. Lagipun bantal busuk saya tidaklah busuk, malah cantik lagi. Beza dengan MNA yang memang dari kecil sampai besar tidak boleh berenggang dengan bantal busuknya yang sememangnya busuk. Pergi kolej bawa, pergi pejabat pun bawa, hatta pergi dating pun dia bawa juga bantal busuknya yang berwarna hijau kepam itu. Bila sudah berkahwin, suami di sebelah sana, bantal busuk wajib juga di sebelah sini sehingga adik ipar saya itu tidak boleh kata apa lagi.

Dulu Sofi pun akan kata "eeei, busuknya bantal Mak Ngah"  lalu tanpa disedari sesiapa Sofi yang baru pandai berjalan telah membasuh bantal busuk MNA. Keruh sungguh airnya.. masya-Allah, bayangkanlah sebaya dengan usia MNA bantal itu tidak pernah dibasuh atau ditukar sarung.... menangislah MNA kerana bantal busuknya sudah tidak busuk lagi dibasuh Sofi.
 MNA dan MLB bersama anak pertama masing-masing

Cuma sekarang sejak ada anak, MNA sanggup korbankan bantal busuknya itu demi tidak mahu anak yang dia tunggu selama sepuluh tahun ini sakit pula kerana bakteria hah hah hah... Dan yang paling kelakar anaknya si Nuha itu sekarang pun ada yang busuk juga... KAIN BUSUK! Mana-mana pergi bawa kain busuk dia juga... hai, mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi, tapi kuah kari dah jadi kuah gulai...

Sunday, October 16, 2011

Do's & Dont's For Heart

Saya masih ingin share tentang HEART. Jantung. Sakit jantung adalah antara pembunuh terbesar di Malaysia. Kenapalah ramai yang mendapat sakit jantung ini? Saya sedar ajal, maut, sakit dan sihat itu di tangan Allah. Tetapi Tuhan pun tak suruh kita buat benda-benda yang tidak elok yang akan mendatangkan kemudharatan kepada diri... alah, saya cakap saja pandai, tapi bagaimana hendak tahan hati dari makan aiskrim dan air batu yang berwarna warni tu? Hmm... tapi tak adalah selalu, sekali-sekala sahaja... hu hu...

Dulu-dulu rasanya sakit jantung lebih associated dengan golongan tua. Tapi zaman sekarang orang-orang bawah umur 40 pun ramai yang ada sakit jantung. Why? The changes of life style, environment, meal etc of course. Saya tertarik hendak share tentang do's and dont's yang biasa untuk jantung kita. Terbaca dari sebuah blog ni.

Sakit jantung biasanya disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut. So, these are the most common DONT'S if we were to live our life healthy :

1. Merokok berlebihan dalam jangka masa panjang
Nota : Papa Nasir dan yang seangkatan dengannya... bila mahu berhenti merokok? Tiap kali diajukan       soalan itu jawapan Papa Nasir hanya satu : Abang merokok tapi abang bersukan, keluarkan peluh. Lagipun abang akan selalu minum air masak setiap awal pagi dan selepas makan untuk melawaskan semua sisa-sia rokok tu. Pandailah...

2. Suka sangat makan junk food / jajan 
Nota : Err... lepas ni kena kurangkan makan Twistie lah nampaknya...

3. Tekanan darah tinggi
Nota : Nasib baik... diri sendiri cuma ada darah rendah hu hu

4.Penyakit kencing manis (diabetic)
Nota : Kurangkan makanan yang manis dan juga yang berkabohidrat tinggi?

5. Kurang bersukan
Nota : Mak-mak orang ni kalau menjaga anak-anak yang hyperactive pun boleh kira sukan ke tu?

6. Stress
Nota : Gulp!! 

7. Alkohol
Nota : Orang Islam ada yang minum alkohol ke (ayat sindir ye). Hati-hati jugalah, kadang-kadang kita tak sedar pun dalam makanan ada alkohol. Sebab itu ada banyak isu tentang hotel. Begitu juga dengan kek-kek yang kita beli dari bakery, ada yang menggunakan alkohol supaya kek tahan lama dan sedap rasanya. 

And the DO'S are... calon-calonnya! Of course the opposite of the above lah...
Kita juga sebenarnya boleh mengamalkan gaya hidup sihat untuk mengelakkan penyakit koronari dengan pemakanan. Sayur-sayuran herba juga antara yang terbaik dalam menjamin kesihatan seperti yang berikut :

1. Daun Dewa (Gynura Segetum) - anticoagulant, cairkan darah beku, lancarkan sirkulasi darah dan bersihkan toksid. Guna daun dan akarnya.
Nota : Tak kenal daun ni... nanti pi tengok kat zoo flora lah... 

2. Mengkudu (Morinda Citrifolia) - turunkan tekanan darah, kolesterol dan kadar gula
Nota : Saya cuma makan daun mengkudu sebagai ulam...

3. Bawang Putih (Allium Sativum) - lancarkan sirkulasi darah, anticoalaguant, turunkan olesterol dan kadar gula, tambah sistem imunisasi.
Nota : Masak memang dah guna bawang putih.. kira aci tak?

4. Bawang Bombay (Allium Cepa) - anticoagulant, turunkan kadar lemak darah, kadar gula dan tekanan darah

5.  Jamur Kuping Hitam (auricularia auricula) - mencegah strok dan pendarahan otak, elok untuk jantung dan pembuluh darah

6. Rumpai Laut (Laminaria japonica) - mencegah penyempitan pembuluh darah, turunkan kolesterol dan tekanan darah
Nota : Ni macam gamat ke...

7. Terung Ungu (Solanum melongena L.) - mencegah aterosklerosis, peningkatan kolesterol darh dan turunkan ketegangan saraf.
Nota : Saya memang hantu terung. Segala masakan terung wajib saya makan kalau jumpa. Tapi nak masak sendiri rasa membazir, sebab Papa Nasir tak makan, katanya tak elok untuk orang lelaki. Ya ke?

8. Jantung Pisang - mencegah strok dan pendarahan otak, baik untuk jantung dan pembuluh darah.
Nota : Ya, saya juga hantu ulam jantung pisang ni. Kalau cicah sambal belacan, sedapnya... tapi Papa Nasir tak kasi makan selalu, nanti semputlah pulak...

9. Bunga Mawar (Rosa chinensis) - Melancarkan sirkulasi darah, meneutralkan toksid.
Nota : Mungkin sebab nama saya ada Ros, sebab itu saya suka sangat bunga ros. Ada cita-cita nak miliki taman bunga ros saya sendiri, insya-Allah satu hari... dan satu tabiat saya dulu-dulu juga tiap kali jumpa ros, selepas cium saya akan tarik sekelopak untuk makan. Cuma selepas Papa Nasir ternampak dan kata saya manusia pelik, saya tidak makan lagi kelopak bunga ros sampai sekarang. Pun nanti ada juga yang kejar saya tengok bunga ros depa gondol ye tak? Pa, jom makan bunga ros, elok untuk kesihatan ape....   tapi untuk tujuan kesihatan, hanya dinasihatkan makan 3-10gram bunga ros kering je ye, bukan yang hidup tu hu hu....

10. Siantan (Ixora stricta roxb) - anticoagulant, menurunkan tekanan darah.

Selain daripada tumbuhan herba di atas, Omega 3 pada ikan dan telur juga elok mengubah kadar asam lemak dalam plasma darah. Tapi saya memang tak boleh makan telur Omega 3 tu. Rasanya lain dari telur asli yang datang dari ladang kan....



Saya...? Saya suka makan sayur dan ulam. Segala sayur dan ulam dalam dunia saya makan Insya-Allah. 

TERAPI OZON

Semalam kami di IJN. Ramai saudara mara yang turut melawat beliau. Abah Hussien rupa-rupanya mendapat phenomia pula. So, walaupun saya lewat melawat Abah, sempat juga bertanya dengan  doktor dari Pakistan itu. Phenomia Abah harus dirawat dahulu untuk membolehkan abah kuat bagi rawatan jantung pula. Jantung Abah sekarang hanya 20% sahaja yang berfungsi.

Petang semalam Alhamdulillah Abah Hussien sudah keluar dari CCU dan dipindahkan ke wad biasa. Melihat keadaan Abah Hussien, mulalah otak saya bekerja tentang jantung manusia. Dan silibus dalam subjek Biologi sewaktu di MRSM Jasin dulu datang kembali ke dalam minda. Hai, saya paling tak suka chapter jantung ini kerana tak boleh ingat apa dan di mana dalam jantung manusia.

Sewaktu memantau aktiviti anak-anak di ruang pelawat Wad Cempaka, Tingka 4 IJN itu, saya berkenalan dengan seorang wanita yang sangat manis. Namanya Pn. Kamsiah. Dari mukadimah pengenalan (biasalah...) saya bertukar cerita dengan beliau. 

Pn Kamsiah bercerita tentang ibunya yang mengalami masalah jantung lima tahun yang lalu pada usia 65. Setelah melalui beberapa tempoh rawatan, doktor menyarankan agar pembedahan dilakukan namun hanya berani memberi angka 50-50 sebagai hasil prosedur itu.

Sebagai seorang yang tua, ibu Pn Kamsiah berkata dia tidak mahu menjalankan pembedahan hanya dengan angka 50-50 peluang itu. Ibu Puan Kamsiah berkata dia redha untuk menyahut seruan Illahi di rumah dari harus menderita kerana pembedahan yang tidak ada peluangnya itu.

Selepas dibawa pulang ke rumah, anak-anak mencari alternatif rawatan lain untuk ibu mereka. Dan mereka bertemu dengan satu kaedah rawatan yang dikenali sebagai Terapi Ozon. Menurut Pn Kamsiah, Terapi Ozon ini melalukan prosedur menggunakan oksigen untuk menapis darah. Setaip kali sesi rawatan, harganya berjumlah RM500.00. Sehingga 10 kali sesi rawatan, ibu beliau engggan menjalani terapi itu lagi kerana menyatakan beliau sudah sihat. Hmm... sehingga hati ini Ibu beliau masih hidup sihat Alhamdulillah sehingga usia 72 tahun dan penyakit jantung itu tidak lagi memberi kesan dalam kehidupan.

Hmm... selalunya kita hanya mendengar tentang Pembedahan Pintasan Jantung (Coronary Artery Bypass Graft) atau pembedahan menggantikan Injap dalam jantung dan sebagainya. Benar ini adalah kaedah perubatan yang telah banyak terbukti akan keberkesannya.

Cuba kita fikir, jantung adalah pam berotot yang mempunyai 4 ruang di mana 2 ruang yang dinamakan atria berfungsi mengumpul darah dan dua yang lain dipanggil ventrikel menghantar darah ke pelbagai bahagian tubuh. Jantung mengepam darah ke dalam aorta yang merupakan arteri besar yang disambung kepada bahgian atas jantung. Dan aorta ini yang bersambung ke suatu rangkaian pembuluh darah yang rumit akan menghantar darah ke semua organ dan tisu di dalam tubuh manusia. Inilah yang dipanggil sistem peredaran darah dan ia semestinya berpusat di jantung. 


Darah kemudian akan mengalir semula ke pusat sistem iaitu jantung melalui suatu rangkaian pembuluh melusa dipanggil vena. Kemudian darah akan kembali ke atrium. Darah yang kembali ini yang telah kehabisan oksigen akan dipam ke paru-pary dari ruang jantung kanan melalui arteri pulmonari. Oleh itu darah yang sudah kehabisan oksigen ini akan dibekalkan semula dengan oksigen di dalam paru-paru sebelum kembali semula ke ruang sebelah kiri jantung melalui vena pulmonari. 

Hai, banyak tak nama dalam sistem peredaran darah itu? Masa belajar dahulu, punyalah terseksa jiwa raga hendak hadap rupa bentuk jantung dengan segala ruang dan anak panah. Sekarang barulah lebih faham.... sebab itu saya selalu tekankan teori harus disokong dengan realiti baru pelajar yang kuraag cerdik seperti saya ini lebih memahami. Saya ini bukan suka baca buku dan hafal. Saya lebih banyak berimaginasi. So, kalau tidak dibimbing lain pula hala tuju imaginasi saya itu. Dari rupa seketul jantung dah jadi rupa pulau Hawaii dengan pokok-pokok kelapa tu semua. Tak ke haru bila menjawap kertas peperiksaan? Oh cikgu....

Okay, berbalik kepada jantung. Sebab itu dalam prosedur pembedahan, jantung dan paru-paru adalah dua organ yang penting. Contohnya seperti pembedahan pintasan (Coronary Artery Bypass), salah satu cara pembedahan yang dinamakan Pembedahan Pintasan Tradisional, kedua-dua jantung dan paru-paru diberhentikan/direhatkan dengan menggunakan larutan yang tinggi kandungan kalium (potassium) semasa pembedahan dilakukan. Mesin yang dinamakan jantung Ã¢€“ paru-paru akan digunakan untuk mengambilalih tugas jantung dan paru-paru itu.

Saya sebenarnya bukan hendak cerita tentang prosedur jantung. Ia hanyalah sekadar penzahiran kesedaran bahawa seperti organ lain, jantung wajib dibekalkan dengan darah yang kaya dengan oksigen. Kita bernafas guna oksigen. Kesimpulannya tanpa oksigen yang bersih dan mencukupi untuk kitaran dalam tubuh badan, manusia itu akan mati.

Oksigen!

Sebab itu rawatan alternatif yang dipanggil Terapi Ozon tadi akhirnya diizinkan Allah berjaya menyelamatkan nyawa ibu Pn Kamsiah tadi. Dan oksigen juga, seperti sharing saya dalam posting sebelum ini bertajuk Obstructive Sleeping amat kritikal dalam penjaminan kelangsungan hayat insan. Malah dengan memperolehi bekalan oksigen yang mencukupi dan bersih, tubuh badan akan kuat maka dengan sendirinya penyakit-penyakit dan simptom-simpton tidak sihat akan mengundur diri. Dan menurut Pn Kamsiah lagi, Pusat Terapi Ozon itu juga mengeluarkan sejenis alat belakan oksigen dipanggil Alif. Beliau menyarankan saya agar search di Internet kerana kata beliau rawatan ini masih diteruskan oleh seseornag yang bernama Dr Hishamuddin di Bangi.

Kepentingan oksigen atau dalam bahasa perubatan yang dipanggil Teknik Ozonisasi ini sebenarnya telah dipraktiskan oleh manusia dalam kehidupan seharian. Cuma kita tidak nampat manfaatnya dalam teknik perubatan moden kerana ia tidak seperti pembedahan yang akan memberi keputusan yang cepat. Alternatif ozonisasi mengambil masa kerana ia secara alamiah menapis kekotoran dari dalam darah, justeru darah yang dibekalkan di dalam sistem peredaran darah akan punya cukup oksigen lalu membenarkan sistem tubuh badan berfungsi dengan lebih baik. Seterusnya sihat!

Justeru, Terapi Ozon bukan sahaja boleh digunakan untuk merawat penyakit koronari, tetapi juga untuk diabetes, strok, darah tinggi dan segala macam penyakit dunia. AIDS boleh ke...? Hmm... Wallahualam.

Err... ada tak rasanya dalam agenda politik pemimpin-pemimpin Malaysia atau dunia untuk membuat sesuatu usaha bagi menjamin kelangsungan bekalan oksigen yang bersih dan mencukupi untuk sejagat? Tak boleh bayangkan nanti generasi kita hidup dalam dunia yang bekalan oksigennya sangat terhad dan hanya mereka terpilih sahaja akan menempati ruang daerah yang ada oksigen. Yang lain terbiar mati di ruang tandus yang gersang. Oh tidak..... kalau begitu lebih relalah jika Tuhan arahkan Izrael meniupkan sangkalanya.... 


Read more?



Ku Seru Nur Kasih - Noor Fadzillah Omar


Mula melihat nama Noor Fadzillah Omar (NO) di FB, saya terfikir samada beliau ini kawan saya semasa di Kolej Mara Kuala Nerang/Kulim dahulu. Semasa belajar di Kolej MARA, saya punya seorang kawan bernama Noorfadzillah Omar juga, yang kami panggil Ad (kalau tidak salah ingatan). Saya pun Add lah beliau. Rupa-rupanya NO penulis ini senior dua tahun dari usia saya, so confirmlah bukan si Ad itu.

Ku Seru Nur Kasih (KSNK) ini juga buku pertama NO yang saya baca dan buku ketiga selesai dihabiskan bacaannya dalam bulan September lepas selepas Gelora dan Yess Bos. Persepsi awal saya terhadap buku setebal 819 halaman ini ialah kisah yang ala-ala The Ugly Betty hih hih... Namun ia sebenarnya novel Islamik terbitan PTS Litera Utama Sdn Bhd yang agak mencabar bagi saya membacanya. Gaya bahasa yang digunakan dalam KSNK tidak seperti buku fiksyen lain kerana ia sangat penuh dan hampir baku. Terasa membaca buku ala-ala sastera bangsawan pula.

Saat membaca dialog percakapan yang begitu penuh menjadikan susunannya lebih formal, agak kurang sampai ke rasional saya kerana biasanya kita berbual dengan bahasa percakapan biasa. Justeru bila dialog perbualan itu terlalu formal bunyinya, sudah terasa seperti berada dalam golongan bangsawan dulu-dulu pula...

Menyudahkan lebih satu pertiga ceritanya, saya dirasuk keinginan untuk tahu. Mahu lagi dan lagi meskipun ceritanya disampaikan dalam flow yang teratur tanpa ada flasback yang banyak atau story jumping yang membuatkan kita mahu selak mukasurat sebelumnya untuk confirmkan cerita di halaman baru itu. Very smooth. Dalam kelurusan ceritanya, masih ada sedikit misteri yang cuba ditonjolkan penulis. Tetapi saya seperti biasa sudah boleh tahu apakah misterinya itu hu hu.

Saya suka sangat dengan watak Yasmin kerana ia bukan heroin typical, walaupun ada masanya saya sangatlah tidak setuju dengan sikapnya itu. Tidak ditonjolkan sebagai cantik jelita mahupun sempurna dan berjaya, tetapi Yasmin adalah juga seperti diri saya dan mungkin seperti sebahagian gadis yang memang wujud di alam maya. Not everyone of us is a Cinderella or Princess Diana or Kareena Kapoor or Erra Fazira kan...

Seorang gadis yang sangat kekampungan asalnya, punya masalah nervous dan anxiety melampau dan selalu ada rasa rendah diri yang menghalang personalitinya untuk menyerlah. Yasmin digambarkan sebagai seorang gadis Muslimah yang begitu menyerap ajaran Islam yang telah dididik oleh ibubapanya, tetapi penulis tetap mengambil realiti bahawa bagaimanapun seseorang itu, pasti ada keinginan untuk disayangi dan menyanyangi. Itu yang paling betul sekali... kerana Tuhan telah berikan kita sekeping hati untuk merasai perasaan itu. Kerana kasih sayang itu titi kepada ukhwah dan pengembangan umat.

Orang selalu kata cinta itu ialah bila dari mata turun ke hati. Lumrahnya mata hanya suka memandang yang indah. Kalau terpandang yang cantik manis dan jelita serta tampan bergaya, cepat sahaja jatuh cinta walaupun tak ke mana. Cuba kalau yang dipandag itu jelek dan buruk, adakah hati akan jatuh cinta juga? Hmm... satu dalam seribu pun susah nak berlaku. Cuma jika kita membenarkan minda dan hati yang memandang maka mata tidak akan punya kuasa mutlak untuk memilih. Yang cantik dan jelita, yang tampan dan segak bergaya bukan tiket untuk hidup bahagia. Kalaupun ada bahagia, selalunya ia untuk sementara. Benarlah, kalau kita cinta pada seseorang kerana Dia, insya-Allah akan bersama sampai Syurga....

Merupakan sebuah novel Islamik yang sarat dengan isu, pengetahuan juga didikan melalui pengembangan konsep biasa iaitu cinta. Hmm... siapa yang boleh menafikan ajal, maut, jodoh dan pertemuan itu di tangan Tuhan? Orang kata cinta tak akan datang kalau tidak dicari... tapi meski kita cari dan kita simpan dalam kotak emas, kalau sudah di Loh Mahfuz tidak ditulis Tuhan cinta itu milik kita.... ia tetap bukan milik kita. So  the phrase that said. "Cinta Tak Boleh Dipaksa", ha itu baru betul...

Overall, I love this story and it become the starting point untuk saya membaca tulisan Saudari Noorfadzilah Omar yang lain juga.

**********************

Ya Rabbi. 
Benarkah cinta sesama insan itu mensyaratkan kesempurnaan fizikal. 
Kesempurnaan seorang Hawa. Kesempurnaan sifat mulia. 
Bagaikan Khadijah di mata Rasulullah. 
Ibarat kasih sayang Fatimah Az-Zahra. 
Berikanlah aku petunjuk-Mu. Suburkan jua cintaku pada-Mu. Abadikanlah kasih-Mu di jiwaku. 
(KSNK)

YESS BOS! - Areila Sahimi


First book of Areila Sahimi yang saya baca. Buku kedua dihabiskan dalam bulan September lepas.

Dan saya sangat suka! Nampaknya usia tidak menghalang saya membaca pelbagai genre dan bahasa buku. Seperti yang dinyatakan penulisnya, buku ini ditulis dengan gaya bahasa santai yang biasa digunakan dalam kehidupan seharian. Memang biasa, tetapi saya masih mampu menghayati susunan frasanya yang membentuk sebuah cerita yang sangat smooth flow dan berupa sebuah kisah yang sangat sweet untuk dibaca. Tidak peningkan kepala, terasa tenang jiwa raga dan senyum sepanjang pembacaan dari mukasurat satu sampai sudah. Tapi... kenapalah saya tidak pandai menulis begini. Kalau saya yang menulis, bukan yang membaca pun kerut dahi, saya sendiri tak reti nak alter. Tu tandanya kena pergi kelas penulisan RAN...

Saya suka tajuknya yang simple tapi catchy. And the cover is what I love most, ala-ala cover fiction novel Inggeris. It is indeed a very comel book and story. Wonder how sweet her other books... nantilah saya cari beberapa buah lagi buku tulisannya.

Ending... hmm... kalaupun saya kurang merasa 'surprise' kerana sudah boleh duga penghujungnya, tapi that's the way the story should go...

Overall, saya admire Yess Bos, saya faham dengan mudah dunia ceritanya dan lapang dada membacanya. Nak baca juga?

MLC - GELORA

Buku MLC yang kedua saya baca. Buku pertama yang habis dibaca dalam bulan September lepas. Took a long time to complete the reading since daily routine was heavy. Tak tahulah mengapa pada usia begini, menghabiskan satu naskhah buku mengambil masa yang agak lama. 

Hmm... nak kata apa ya... overall I got the story and honestly I adores it. Sebagaimana Selamat Tinggal Sayang (STS), Gelora punya gaya penceritaan yang serupa, oleh itu senang untuk difahami. Namun sedikit berbeza dengan STS, saya mampu mengikuti flow penceritaan Gelora dengan lebih baik. Tidak ada yang saya rasa pelik tentang story-jumping. All was done in smooth flow.

Membaca Gelora, saya lebih suka mendalami watak Adam Geofrey berbanding Mila. Hmm... kenapa saya tak mau mendalami Mila? Tak tahu nak kata bagaimana, it just that I had less interest in her. Mungkin kalau tukar nama, okay kot hu hu... (sebab terbayangkan Mila the cute singer jadi half-bad girl dalam Gelora... macam tak kena.. padahal the first version of Gelora wujud sebelum Mila born in the music industry, perasaan sendiri...).

Again, saya lebih suka kalau cerita ini panjang sedikit lagi. Overall and honestly I love the story concept. Dan gaya penceritaan serta sususan bahasa MLC juga sudah amat saya kenali, fahami serta sukai.

Thursday, October 13, 2011

Eeee... Tak Baik Bercinta! (18SX?)

Biasalah dalam kehidupan suami isteri itu selalunya ucapan dan gaya manja menambah seri keharmonian rumah tangga. Setakat salam dan cium tangan suami dan suami beri small kissess on cheek, itukan biasa dan tidak salah kalau dilakukan di rumah sendiri. 

Duduk sama-sama, pegang-pegang tangan perkara biasa di rumah kami. Sehinggalah pada suatu hari dan sampai saat ini pun kami akan gelak besar setiap kali ia berlaku. Kerana? Kerana...

Suatu malam kami menonton TV sambil baring bersama. As usual akan adalah kissess yang came on my cheek. Tiba-tiba kami terdengar seseorang menjerit di belakang kami.

"Eeee! Bercinta ya? Ummi dan Papa bercinta ya? Eee... tak baik!"

Hah? Kami berdua saling berpandangan. Kehairanan. What!?

"Bercinta? Bila masa Papa dan Ummi bercinta pulak ni?" soal Papa kepada anaknya si Babang itu.

"Tadi tu! Papa cium Ummi tu! Bercintalah tu!" sahut Babang.

"La, tak boleh ke?" soal Papa lagi.

"Tak boleh!" Dengan tegasnya Babang berkata. "Ustazah kata jangan bercinta. Tak baik!"

Laa! Macam tu ke? Papa Nasir sudah tidak terkata apa. Ya lah, mahu sahut apa lagi? Takkan mahu cerita tentang Alam & Manusia kot, dah patut bagi Babang ke silibus tu? Uish, tak payahlah layan dia...

Sejak itu pantang nampak kami duduk dekat-dekat dan changing kissess, Babang mesti kata, "Eeee, jangan bercinta! Tak baik!" Hishlah budak ni!

Papa pun apa lagi, jadikan hal itu modal untuk usik Babang. Tiap kali dia cium Papa dia dan Didik peluk untuk cium Ummi, Papa Nasir akan ajuk, "Eeee... Babang cium Papa ye... Babang bercinta ya!" atau "Bang! Bang tengok Didik tu! Didik cium Ummi... Didik bercinta dengan Ummi..."

Foto tiada kaitan dgn cerita hu hu...
Babang & Didik singgah Zoo Melaka last May  (tak plan pun)

Tapi Babang dengan selamba berkata, 
"Mana ada... itu bukan bercintalah Papa. 
Itu SA-YANG..."

Peace.... my boys!

PAGEVIEWS