Monday, October 10, 2011

KT29

Alhamdulillah... 
akhirnya sampai jua waktu Abah & Emak Sekinchan menyahut seruan.



Abah & Emak Sekinchan adalah mertua adik perempuan saya, Siti Habesah yang kini telah kembali berkhidmat di UAE beberapa hari selepas hari raya Aidilifitri yang lepas. Tinggallah suami dan dua orang puteranya di sini. Kadang sayu hati tengok anak-anak saudara saya Fafa dan Mimin yang tidak dapat bersama Mama mereka meskipun mereka masih terlalu kecil. Aduhai, saya tak pasti apakah saya mampu menjadi sekuat Siti Habesah untuk meninggalkan anak-anak. Tak apalah... kadang-kala kita perlu melakukan banyak pengorbanan dalam hidup ini untuk mendapat kebahagiaan dan kemanisan di suatu waktu nanti. Dan bukan semua orang mampu membuat pengorbanan begitu. Semoga Fafa dan Mimin tahu Mama mereka jauh merantau mencari rezeki untuk masa depan keluarga dan akan sentiasa sayangkan Mama mereka...

Petang Jumaat sebelumnya, Rafie, adik ipar saya itu menghantar SMS memberitahu tentang jadual penerbangan ibubapanya. Haih, terperanjat juga... petang ini baru dapat tahu jadual, 8am besok dah nak mendaftar di Tabung Haji Kelana Jaya dah...

Mujur segala peralatan dan keperluan Abah & Emak Sekinchan sudah dilengkapkan sebelum Siti Habesah bertolak ke UAE. Dan anak-anak mereka juga semuanya berkumpul, walaupun ada yang tinggal di Pahang. Malah sempat menjamu tetamu yang turut mengiring keberangkatan Abah & Emak Sekinchan dengan sarapan nasi lemak home-made lagi. Terima kasih dan Alhamdulillah... sedap...

Memandang Abah & Emak Sekinchan mengheret bagasi melalui kaunter check in, saya sayu benar. Mereka sudah terlalu berusia, kurang sihat pula... berat hati melihat mereka berdua melangkah pergi. Kalau ada pilihan, saya mahu pergi jadi tukang angkat bagasi mereka pun tak apalah.

Allah Maha Besar kan... Insya-Allah dan semoga Allah mempermudahkan ibadat buat Abah & Emak Sekinchan. Semoga selamat pergi dan kembali dengan ketenangan dan kepuasan menunaikan ibadat Haji yang mabrur. Amin.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS