Monday, October 10, 2011

HUGE EXPENDITURE?

Ramai yang teruja dengan Bajet 2012 yang hampir keseluruhannya memberi banyak benefit kepada golongan masyarakat dari pelbagai peringkat dan bangsa. Saya pun suka juga especially chapter salary revision dan bonus tu kan... hu hu, ada orang yang tak suka dapat bonus dan naik gaji ke?

Sejak meninggalkan alam pekerjaan swasta, saya dah lama tidak merasa imbuhan bonus. Kalau bekerja dengan syarikat swasta dulu, setiap tahun dapat bonus dua tiga kali gaji (tapi tidaklah seperti orang-orang bank yang boleh dapat sampai enam tujuh kali gaji kan... ada ke?).

Okaylah... bonus is not the point here. Cuma saya suka sangat dengan frasa 'Bajet 2012, bajet pemurah dalam sejarah'. Hu hu... bagusnya kan... Alhamdulillah, terima kasih Malaysia lah yang sepatutnya kita kata. Tapi ada juga yang kata Bajet 2012 itu gula-gula PRU13 lah, strategi ambil hati dan undilah, big expenditure lah dan macam-macam lagi. Saya? Saya selalu mahu belajar untuk percaya bahawa semua orang berniat baik dan akan berbuat baik, sudahlah...

Cuma sebagai seorang anak Malaysia, saya berharap ini bukan bajet pemurah pertama dan terakhir dalam sejarah Malaysia. Now bila kita belanja banyak-banyak, harus ada hasil yang dijanakan. Tak mahulah negara berhutang dan rakyat pula yang membayar suatu hari nanti. Kalau pun kita tak ada lagi di muka bumi, anak-anak kita pasti masih ada.. ada cucu cicit piut dan segala. Janganlah bebankan mereka...

Apapun motif Bajet 2012, yang baik itu kita syukuri, berterima kasih untuknya. Kalau ada agenda tersembunyi sekalipun, harap-harap Tuhan melindungi dan merestui juga memberkati. Luahan, pandangan dan pendapat Dr Ridhuan Tee pun selama ini harap-harap termasuk juga di dalam perhatian dan pertimbangan Bajet. Biar walau adil dan saksama, harus menjaga hak yang berhak juga.

Tapi apa-apapun yang paling saya suka ialah, pembentangan Bajet setiap tahun dibuat pada hari Jumaat. Ya lah, mudah-mudahan berkat.. so far so good kan...

Details in :

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS