Mula melihat nama Noor Fadzillah Omar (NO) di FB, saya terfikir samada beliau ini kawan saya semasa di Kolej Mara Kuala Nerang/Kulim dahulu. Semasa belajar di Kolej MARA, saya punya seorang kawan bernama Noorfadzillah Omar juga, yang kami panggil Ad (kalau tidak salah ingatan). Saya pun Add lah beliau. Rupa-rupanya NO penulis ini senior dua tahun dari usia saya, so confirmlah bukan si Ad itu.
Ku Seru Nur Kasih (KSNK) ini juga buku pertama NO yang saya baca dan buku ketiga selesai dihabiskan bacaannya dalam bulan September lepas selepas Gelora dan Yess Bos. Persepsi awal saya terhadap buku setebal 819 halaman ini ialah kisah yang ala-ala The Ugly Betty hih hih... Namun ia sebenarnya novel Islamik terbitan PTS Litera Utama Sdn Bhd yang agak mencabar bagi saya membacanya. Gaya bahasa yang digunakan dalam KSNK tidak seperti buku fiksyen lain kerana ia sangat penuh dan hampir baku. Terasa membaca buku ala-ala sastera bangsawan pula.
Saat membaca dialog percakapan yang begitu penuh menjadikan susunannya lebih formal, agak kurang sampai ke rasional saya kerana biasanya kita berbual dengan bahasa percakapan biasa. Justeru bila dialog perbualan itu terlalu formal bunyinya, sudah terasa seperti berada dalam golongan bangsawan dulu-dulu pula...
Menyudahkan lebih satu pertiga ceritanya, saya dirasuk keinginan untuk tahu. Mahu lagi dan lagi meskipun ceritanya disampaikan dalam flow yang teratur tanpa ada flasback yang banyak atau story jumping yang membuatkan kita mahu selak mukasurat sebelumnya untuk confirmkan cerita di halaman baru itu. Very smooth. Dalam kelurusan ceritanya, masih ada sedikit misteri yang cuba ditonjolkan penulis. Tetapi saya seperti biasa sudah boleh tahu apakah misterinya itu hu hu.
Saya suka sangat dengan watak Yasmin kerana ia bukan heroin typical, walaupun ada masanya saya sangatlah tidak setuju dengan sikapnya itu. Tidak ditonjolkan sebagai cantik jelita mahupun sempurna dan berjaya, tetapi Yasmin adalah juga seperti diri saya dan mungkin seperti sebahagian gadis yang memang wujud di alam maya. Not everyone of us is a Cinderella or Princess Diana or Kareena Kapoor or Erra Fazira kan...
Seorang gadis yang sangat kekampungan asalnya, punya masalah nervous dan anxiety melampau dan selalu ada rasa rendah diri yang menghalang personalitinya untuk menyerlah. Yasmin digambarkan sebagai seorang gadis Muslimah yang begitu menyerap ajaran Islam yang telah dididik oleh ibubapanya, tetapi penulis tetap mengambil realiti bahawa bagaimanapun seseorang itu, pasti ada keinginan untuk disayangi dan menyanyangi. Itu yang paling betul sekali... kerana Tuhan telah berikan kita sekeping hati untuk merasai perasaan itu. Kerana kasih sayang itu titi kepada ukhwah dan pengembangan umat.
Orang selalu kata cinta itu ialah bila dari mata turun ke hati. Lumrahnya mata hanya suka memandang yang indah. Kalau terpandang yang cantik manis dan jelita serta tampan bergaya, cepat sahaja jatuh cinta walaupun tak ke mana. Cuba kalau yang dipandag itu jelek dan buruk, adakah hati akan jatuh cinta juga? Hmm... satu dalam seribu pun susah nak berlaku. Cuma jika kita membenarkan minda dan hati yang memandang maka mata tidak akan punya kuasa mutlak untuk memilih. Yang cantik dan jelita, yang tampan dan segak bergaya bukan tiket untuk hidup bahagia. Kalaupun ada bahagia, selalunya ia untuk sementara. Benarlah, kalau kita cinta pada seseorang kerana Dia, insya-Allah akan bersama sampai Syurga....
Orang selalu kata cinta itu ialah bila dari mata turun ke hati. Lumrahnya mata hanya suka memandang yang indah. Kalau terpandang yang cantik manis dan jelita serta tampan bergaya, cepat sahaja jatuh cinta walaupun tak ke mana. Cuba kalau yang dipandag itu jelek dan buruk, adakah hati akan jatuh cinta juga? Hmm... satu dalam seribu pun susah nak berlaku. Cuma jika kita membenarkan minda dan hati yang memandang maka mata tidak akan punya kuasa mutlak untuk memilih. Yang cantik dan jelita, yang tampan dan segak bergaya bukan tiket untuk hidup bahagia. Kalaupun ada bahagia, selalunya ia untuk sementara. Benarlah, kalau kita cinta pada seseorang kerana Dia, insya-Allah akan bersama sampai Syurga....
Merupakan sebuah novel Islamik yang sarat dengan isu, pengetahuan juga didikan melalui pengembangan konsep biasa iaitu cinta. Hmm... siapa yang boleh menafikan ajal, maut, jodoh dan pertemuan itu di tangan Tuhan? Orang kata cinta tak akan datang kalau tidak dicari... tapi meski kita cari dan kita simpan dalam kotak emas, kalau sudah di Loh Mahfuz tidak ditulis Tuhan cinta itu milik kita.... ia tetap bukan milik kita. So the phrase that said. "Cinta Tak Boleh Dipaksa", ha itu baru betul...
Overall, I love this story and it become the starting point untuk saya membaca tulisan Saudari Noorfadzilah Omar yang lain juga.
**********************
Ya Rabbi.
Benarkah cinta sesama insan itu mensyaratkan kesempurnaan fizikal.
Kesempurnaan seorang Hawa. Kesempurnaan sifat mulia.
Bagaikan Khadijah di mata Rasulullah.
Ibarat kasih sayang Fatimah Az-Zahra.
Berikanlah aku petunjuk-Mu. Suburkan jua cintaku pada-Mu. Abadikanlah kasih-Mu di jiwaku.
(KSNK)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.