Inilah habit Didik yang masih belum hilang
sampai hari sharing ini dibuat.
sampai hari sharing ini dibuat.
Orang makan nasi, dia makan beras pulak!
Didik memang tidak boleh nampak tong beras,
dia akan pergi ambil beras masukkan dalam pot
dia akan pergi ambil beras masukkan dalam pot
lalu di usung sana-sini.
Makan sebutir dua, yang lain bertabur buat tepung tawar beras.
Janganlah begitu Dik... itu rezeki kita, janganlah dibuang-buang.
Dahulu sewaktu Mak Lang Besah (MLB : adik saya yang bongsu) mereka masih kecil, juga begitu. Sangatlah obses dengan beras. Beza dengan Didik, MLB memang makan beras tu sungguh-sungguh. Sampai arwah Wan sorokkan tong beras. Kalau hendak ambil beras untuk masak nasi pun harus sembunyi-sembunyi, kena ambil pelan-pelan jangan sampai MLB yang dipanggil si Telinga Jengang oleh arwan Wan tu dengar. Miracle, bagaimana jauhpun MLB dibawa keluar rumah, namun bila butiran nasi itu jatuh ke dalam periuk (sungguhpun bunyi tak didengari), MLB akan berlari terkedek-kedek ke dalam rumah dan kata, "Ha! Ash, ash, ash....). Semangat beras menyeru dialah tu... Kalau tak diberi juga, nanti dia akan marah dan panggil kita "Angang!" (bangang). La ni, adalah pewaris MLB tu. Anak saya pula rupanya mengikut...
Satu lagi habit Didik...
suka berselimut dengan sarung bantal yang
sudah dipasangkan kepada bantal.
suka berselimut dengan sarung bantal yang
sudah dipasangkan kepada bantal.
Budak-budak ini semua tidak suka tidur berselimut.
Tetapi dia suka tidur dalam sarung bantal dan
berbantalkan bantal itu sendiri.
berbantalkan bantal itu sendiri.
Suka hatilah Dik.. bila tengok kesukaan budak-budak ini saya terkenang suatu masa dahulu. Kecil-kecil dulu saya dan adik yg kedua (MNA) ada bantal busuk sendiri. Tapi saya bila sudah besar tak adalah angkut lagi bantal busuk itu. Lagipun bantal busuk saya tidaklah busuk, malah cantik lagi. Beza dengan MNA yang memang dari kecil sampai besar tidak boleh berenggang dengan bantal busuknya yang sememangnya busuk. Pergi kolej bawa, pergi pejabat pun bawa, hatta pergi dating pun dia bawa juga bantal busuknya yang berwarna hijau kepam itu. Bila sudah berkahwin, suami di sebelah sana, bantal busuk wajib juga di sebelah sini sehingga adik ipar saya itu tidak boleh kata apa lagi.
Dulu Sofi pun akan kata "eeei, busuknya bantal Mak Ngah" lalu tanpa disedari sesiapa Sofi yang baru pandai berjalan telah membasuh bantal busuk MNA. Keruh sungguh airnya.. masya-Allah, bayangkanlah sebaya dengan usia MNA bantal itu tidak pernah dibasuh atau ditukar sarung.... menangislah MNA kerana bantal busuknya sudah tidak busuk lagi dibasuh Sofi.
MNA dan MLB bersama anak pertama masing-masing
Cuma sekarang sejak ada anak, MNA sanggup korbankan bantal busuknya itu demi tidak mahu anak yang dia tunggu selama sepuluh tahun ini sakit pula kerana bakteria hah hah hah... Dan yang paling kelakar anaknya si Nuha itu sekarang pun ada yang busuk juga... KAIN BUSUK! Mana-mana pergi bawa kain busuk dia juga... hai, mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi, tapi kuah kari dah jadi kuah gulai...
hehe..
ReplyDeletesuka makan beras ni, sama mcm anak ketiga yus Abid. Dulu masa dia kecik mmg pantang nampak yus sukat beras, tp lama2 hilang sendiri...
singgah dari blog kak yus
ReplyDeleteterus follow sini
kalu sudi, jom follow ai pulak
maceh
^_"
mkn bersa..x sakit perut ker?hehehe..
ReplyDeletemcm2 lah didik ni