Monday, October 3, 2011

Selepas Aidilfitri

Ahad lepas penduduk di taman perumahan saya, Taman Pinang Raja telah bersama-sama dalam majlis jamuan makan Aidilfitri (walaupun sudah beberapa hari selepas Aidilfitri). Maklumlah hendak mengumpulkan semua penduduk dalam bulan Syawal pun bukan mudah. Jadi tarikh 2hb Oktober itu sahajalah yang paling sesuai untuk diadakan majlis sekaligus dengan Mesyuarat Agong Taman Pinang Raja Kali ke-3.


Kelakar pulak rasanya bila duduk dalam mesyuarat agong masyarakat dan harus membuang undi untuk memilih dari kerusi Pengerusi sehinggalah AJKnya. Saya respect sangat mereka-mereka yang sukarela dipilih dan dipertanggunjawabkan dengan tugas kemasyarakatan meskipun tidak dibayar gaji atau elaun. Saya... hmm... saya belum bersedia lagi untuk terjun dalam perkhidmatan begitu. Aktiviti sendiri pun mengah hendak selesaikan. Kadang 24 jam sehari tidak mencukupi. Setakat hendak jadi 'tukang kacau' atau tukang disuruh. bolehlah sikit-sikit...

Sabtu malam sebelumnya, setiap baris blok perumahan meriah dengan aktiviti memasak. Kerja-kerja memasak dan menunya telah dibahagi-bahagikan mengikut setiap baris blok. Blok saya mendapat menu laksa dan nasi impit. Semasa memasak bersama-sama itu, saya dapat ilmu bagaimana hendak menjadikan laksa lebih lazat. Saya tidak pernah dengar tentang petua itu, tak tahulah kalau anda sudah lama mempraktiskannya. Menurut Kak Hasnah, kalau mahu laksa kita lebih lazat, goreng ikan masin yang berdaging lalu kisar halus dan kemudian campurkan ke dalam kuah laksa. Begitu juga ikan sardin tin yang dikisar boleh digunakan untuk memekatkan kuah laksa.

Hmm...  seumur hidup saya belum pernah masak laksa. Ada dua sebab :
1. Papa Nasir lebih suka makan mee kari, maka menu mee kari sahajalah yang saya masak
2. Malas hendak kerjakan ikan untuk buat kuah laksa
Tetapi sekarang Babang dan Didik suka makan laksa. Kena buat juga satu hari ni...

Sabtu malam itu juga, kami menyambut ulang tahun lahir adik saya Angah yang ke-33 (kot) dan dan anaknya Nuha yang pertama (Muhd Nuqman Naha Mohd Naharuddin - saya make short jadilah NUHA).


Nuha, sorry Ummi dan abang-abang tak sempat beli hadiah. Tapi tak pa, Ummi jamak nanti hadiahnya hingga Nuha berumur 2 tahun ya. Ummi dan Papa ada plan nak bagi hadiah yang paling menarik dan memberi kebaikan sehingga Nuha besar ok! Doa Ummi, Papa, Babang dan Didik semoga Nuha menjadi anak yang soleh kepada Ibu dan Abah ya. Merendah diri dan hati tetapi harus kaya dengan ilmu, pekerti dan peribadi. Biarlah orang hendak kata apa pada kita, lama-lama nanti mulut mereka akan kena 'ulser'. We have each other, that's more than enough and we happy be this way.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS