Monday, October 3, 2011

Yang Celik Tu Siapa?

Hari Rabu minggu lepas saya menghadiri Wacana Celik Undang-Undang Siri 1 : Undang-Undang Islam, Pengenalan dan Pengamalannya di Malaysia. Sebenarnya menemankan rakan yang belum cukup jam latihan.

Semasa membaca email tentang seminar pendek ini ada juga terdetik hati. Best juga kalau dapat dengar... Malangnya, jujur saya akui saya cuma fokus untuk 10 minit pertama kemudian lihat kiri dan kanan, ramai yang terlentok. 

Bukan penceramahnya tidak bagus. Bagus sangat! Seorang peguam syarie kanan mahkamah persekutuan lagi. Banyak dah pengalaman dalam bidang perundangan. Sewaktu melihat ke arah beliau, saya rasa macam familiar sangat. Dila (rakan saya) pun berasa yang sama. Tapi kalau beritahu pada Papa Nasir ni mesti dia kata, "Semua orang dalam dunia awak kata macam pernah nampak, macam familiar. Siapa je yang tak familiar bagi awak...." Ceh!

Ya lah, tak boleh nak salahkan penceramah juga. Sudah tajuknya Pengenalan, memang semua ceramah bab pengenalanlah. Dari definasi sampai istilah sampai akta sampai sejarah negeri selat. Bagus sebenarnya pengetahuan begitu, cuma 'belajar' teori undang-undang dalam umur begini adalah sesuatu yang begitu mencabar agaknya. Hah hah hah! 

Apapun saya hargai seminar ini kerana mata saya celik kembali sewaktu sesi soal jawab. Mahkamah Syariah, isunya haruslah semua kita sudah maklum. Ada yang bertanya mengapa Mahkamah Syariah seolah tidak efisyen dalam menjalankan tugas kerana banyak pengalaman mengatakan untuk satu kes contoh iaitu mendapatkan pengesahan cerai sahaja harus makan masa selama lima atau enam tahun.

Hmm... Penceramah jawab itu isu terpencil. Banyak kes yang mereka selesaikan dengan cepat tetapi tiada siapapun hargai. Ramai yang tidak mahu ambil pusing mengapa kes sebegitu mengambil masa yang lama. Pengesahan talak misalnya kalau tanpa kehadiran suami, agaknya sampai kiamat pun sukar untuk dilakukan. Sudahnya memang talak itu pada suami. Kalau pada buku, senang cerita. Begitu juga dengan kes lain, barangkali ada dokumen, syarat atau prosedur yang tidak lengkap menyebabkan penyelesaian sesuatu kes tertangguh hingga begitu lama. Sistem perundangan itu bukankah memerlukan bukti-bukti sahih sebelum dijatuhkan keputusan?

Ada satu cerita yang disampaikan. Seorang suami mahu menceraikan isteri melalui telefon.

Suami : Saya ceraikan awak.
Isteri : (tidak jelas suara suami) Apa dia?
Suami : Saya ceraikan awak.
Isteri : Abang ni biar betul! Abang kata apa tadi?
Suami : Saya ceraikan awak!

Lalu bila dibawa ke mahkamah syariah, dijatuhkan keputusan keduanya bercerai talak 3 kerana suami menyebut talak sebanyak tiga kali. Namun bila dilanjutkan permohonan, keputusan berubah menjadi talak satu kerana faktor keadaan dan peristiwa. Hai.... kenapa tak buat elok-elok sewaktu perbicaraan pertama...

Islam dan hukumnya turut mengambilkira banyak sebab-musabab, faktor, tempat, keadaan dan yang paling penting niat!

Cuma... saya sehingga saat menarikan jari di atas keyboard ini masih terasa hendak jadi rama-rama. Takut pula hendak terus jadi manusia. Isu murtad dan peranan pemimpin disoal oleh seorang peserta seminar. Jawapan yang dihurai amat panjang dan tanpa ragu memang harus dapat A jika dijadikan soalan peperiksaan. Tetapi sejujurnya pada saya ia tidak menjawap soalan yang dikemukakan.

Perkara 3 dalam Perlembagaan menyatakan Islam adalah agama rasmi negara. Namun masih ramai yang belum menghayati maksud mendalam pernyataan ini.

Kalau ayat-ayat Al-Quran itu disokong agar lebih jelas oleh Sunnah, Qiyas dan Ijma'. Mengapa kalau statement agama Islam adalah agama rasmi negara tidak boleh diperjelaskan lagi sebagai 1, 2, 3, dan seterusnya. Agar seluruh rakyat akan lebih memahami, menghayati seterusnya perundangan akan dapat mengamalkan perundangan Islam dengan sempurna.

Inilah yang terkesan di jiwa saya, selain daripada sarapan mee gemuk yang sedap dan dapat habiskan bacaan novel Yes Boss! karya Areila Sahimi. Yang lain, dalam buku ada...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS