Semalam kami di IJN. Ramai saudara mara yang turut melawat beliau. Abah Hussien rupa-rupanya mendapat phenomia pula. So, walaupun saya lewat melawat Abah, sempat juga bertanya dengan doktor dari Pakistan itu. Phenomia Abah harus dirawat dahulu untuk membolehkan abah kuat bagi rawatan jantung pula. Jantung Abah sekarang hanya 20% sahaja yang berfungsi.
Petang semalam Alhamdulillah Abah Hussien sudah keluar dari CCU dan dipindahkan ke wad biasa. Melihat keadaan Abah Hussien, mulalah otak saya bekerja tentang jantung manusia. Dan silibus dalam subjek Biologi sewaktu di MRSM Jasin dulu datang kembali ke dalam minda. Hai, saya paling tak suka chapter jantung ini kerana tak boleh ingat apa dan di mana dalam jantung manusia.
Sewaktu memantau aktiviti anak-anak di ruang pelawat Wad Cempaka, Tingka 4 IJN itu, saya berkenalan dengan seorang wanita yang sangat manis. Namanya Pn. Kamsiah. Dari mukadimah pengenalan (biasalah...) saya bertukar cerita dengan beliau.
Pn Kamsiah bercerita tentang ibunya yang mengalami masalah jantung lima tahun yang lalu pada usia 65. Setelah melalui beberapa tempoh rawatan, doktor menyarankan agar pembedahan dilakukan namun hanya berani memberi angka 50-50 sebagai hasil prosedur itu.
Sebagai seorang yang tua, ibu Pn Kamsiah berkata dia tidak mahu menjalankan pembedahan hanya dengan angka 50-50 peluang itu. Ibu Puan Kamsiah berkata dia redha untuk menyahut seruan Illahi di rumah dari harus menderita kerana pembedahan yang tidak ada peluangnya itu.
Selepas dibawa pulang ke rumah, anak-anak mencari alternatif rawatan lain untuk ibu mereka. Dan mereka bertemu dengan satu kaedah rawatan yang dikenali sebagai Terapi Ozon. Menurut Pn Kamsiah, Terapi Ozon ini melalukan prosedur menggunakan oksigen untuk menapis darah. Setaip kali sesi rawatan, harganya berjumlah RM500.00. Sehingga 10 kali sesi rawatan, ibu beliau engggan menjalani terapi itu lagi kerana menyatakan beliau sudah sihat. Hmm... sehingga hati ini Ibu beliau masih hidup sihat Alhamdulillah sehingga usia 72 tahun dan penyakit jantung itu tidak lagi memberi kesan dalam kehidupan.
Hmm... selalunya kita hanya mendengar tentang Pembedahan Pintasan Jantung (Coronary Artery Bypass Graft) atau pembedahan menggantikan Injap dalam jantung dan sebagainya. Benar ini adalah kaedah perubatan yang telah banyak terbukti akan keberkesannya.
Cuba kita fikir, jantung adalah pam berotot yang mempunyai 4 ruang di mana 2 ruang yang dinamakan atria berfungsi mengumpul darah dan dua yang lain dipanggil ventrikel menghantar darah ke pelbagai bahagian tubuh. Jantung mengepam darah ke dalam aorta yang merupakan arteri besar yang disambung kepada bahgian atas jantung. Dan aorta ini yang bersambung ke suatu rangkaian pembuluh darah yang rumit akan menghantar darah ke semua organ dan tisu di dalam tubuh manusia. Inilah yang dipanggil sistem peredaran darah dan ia semestinya berpusat di jantung.
Darah kemudian akan mengalir semula ke pusat sistem iaitu jantung melalui suatu rangkaian pembuluh melusa dipanggil vena. Kemudian darah akan kembali ke atrium. Darah yang kembali ini yang telah kehabisan oksigen akan dipam ke paru-pary dari ruang jantung kanan melalui arteri pulmonari. Oleh itu darah yang sudah kehabisan oksigen ini akan dibekalkan semula dengan oksigen di dalam paru-paru sebelum kembali semula ke ruang sebelah kiri jantung melalui vena pulmonari.
Hai, banyak tak nama dalam sistem peredaran darah itu? Masa belajar dahulu, punyalah terseksa jiwa raga hendak hadap rupa bentuk jantung dengan segala ruang dan anak panah. Sekarang barulah lebih faham.... sebab itu saya selalu tekankan teori harus disokong dengan realiti baru pelajar yang kuraag cerdik seperti saya ini lebih memahami. Saya ini bukan suka baca buku dan hafal. Saya lebih banyak berimaginasi. So, kalau tidak dibimbing lain pula hala tuju imaginasi saya itu. Dari rupa seketul jantung dah jadi rupa pulau Hawaii dengan pokok-pokok kelapa tu semua. Tak ke haru bila menjawap kertas peperiksaan? Oh cikgu....
Okay, berbalik kepada jantung. Sebab itu dalam prosedur pembedahan, jantung dan paru-paru adalah dua organ yang penting. Contohnya seperti pembedahan pintasan (Coronary Artery Bypass), salah satu cara pembedahan yang dinamakan Pembedahan Pintasan Tradisional, kedua-dua jantung dan paru-paru diberhentikan/direhatkan dengan menggunakan larutan yang tinggi kandungan kalium (potassium) semasa pembedahan dilakukan. Mesin yang dinamakan jantung รข€“ paru-paru akan digunakan untuk mengambilalih tugas jantung dan paru-paru itu.
Saya sebenarnya bukan hendak cerita tentang prosedur jantung. Ia hanyalah sekadar penzahiran kesedaran bahawa seperti organ lain, jantung wajib dibekalkan dengan darah yang kaya dengan oksigen. Kita bernafas guna oksigen. Kesimpulannya tanpa oksigen yang bersih dan mencukupi untuk kitaran dalam tubuh badan, manusia itu akan mati.
Oksigen!
Sebab itu rawatan alternatif yang dipanggil Terapi Ozon tadi akhirnya diizinkan Allah berjaya menyelamatkan nyawa ibu Pn Kamsiah tadi. Dan oksigen juga, seperti sharing saya dalam posting sebelum ini bertajuk Obstructive Sleeping amat kritikal dalam penjaminan kelangsungan hayat insan. Malah dengan memperolehi bekalan oksigen yang mencukupi dan bersih, tubuh badan akan kuat maka dengan sendirinya penyakit-penyakit dan simptom-simpton tidak sihat akan mengundur diri. Dan menurut Pn Kamsiah lagi, Pusat Terapi Ozon itu juga mengeluarkan sejenis alat belakan oksigen dipanggil Alif. Beliau menyarankan saya agar search di Internet kerana kata beliau rawatan ini masih diteruskan oleh seseornag yang bernama Dr Hishamuddin di Bangi.
Kepentingan oksigen atau dalam bahasa perubatan yang dipanggil Teknik Ozonisasi ini sebenarnya telah dipraktiskan oleh manusia dalam kehidupan seharian. Cuma kita tidak nampat manfaatnya dalam teknik perubatan moden kerana ia tidak seperti pembedahan yang akan memberi keputusan yang cepat. Alternatif ozonisasi mengambil masa kerana ia secara alamiah menapis kekotoran dari dalam darah, justeru darah yang dibekalkan di dalam sistem peredaran darah akan punya cukup oksigen lalu membenarkan sistem tubuh badan berfungsi dengan lebih baik. Seterusnya sihat!
Justeru, Terapi Ozon bukan sahaja boleh digunakan untuk merawat penyakit koronari, tetapi juga untuk diabetes, strok, darah tinggi dan segala macam penyakit dunia. AIDS boleh ke...? Hmm... Wallahualam.
Err... ada tak rasanya dalam agenda politik pemimpin-pemimpin Malaysia atau dunia untuk membuat sesuatu usaha bagi menjamin kelangsungan bekalan oksigen yang bersih dan mencukupi untuk sejagat? Tak boleh bayangkan nanti generasi kita hidup dalam dunia yang bekalan oksigennya sangat terhad dan hanya mereka terpilih sahaja akan menempati ruang daerah yang ada oksigen. Yang lain terbiar mati di ruang tandus yang gersang. Oh tidak..... kalau begitu lebih relalah jika Tuhan arahkan Izrael meniupkan sangkalanya....
Read more?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.