Abah Hussien dan Papa Nasir mengacau dodol |
Seminggu sebelum majlis menyambut menantu bongsu di Sabak Bernam bulan lepas, orang-orang lelaki dewasa keluarga diketuai Abah Hussien telah mengerah tenaga mengacau dodol atau ada orang panggil ia penganan. Dodol ini sebagai juadah pemanis mulut yang istimewa semasa kenduri. Masa mereka mengacau dodol ini saya tidak ikut balik kerana penat sangat selepas balik majlis pernikahan Muizila di Melaka. Yang lelaki-lelaki balik straight away dari Melaka malam itu setelah berehat seketika di rumah kami.
Oleh kerana mahu share resepi dodol abah ini sebagai warisan keluarga, saya suruh juga Papa Nasir tanya pada Abah Hussien sewaktu beliau menjaga abah di IJN semalam. Lagipun ada jugalah aktiviti Abah Hussien di sana selain terbaring kebosanan... kan bah...?
Resepi Dodol Abah Hussien
Bahan-bahannya:
4kg santan kelapa yang segar
4 pot susu Tapai Pulut
2kg Tepung pulut
5kg Gula Pasir
1/2kg Gula merah
Kawah @ kuali besar!
Dapur... of course!
Cara-cara membuatnya:
Kalau nak senang campur sahaja semua bahan dan kacau...
tapi kalau ikut cara Abah Hussien...
Masakkan santan kelapa di dalam kuali besar
sehingga mendidih.
Setelah mendidih masukkan gula dan gula merah
diikuti dengan tepung pulut serta
tapai pulut yang telah dikisar.
Kemudian kena kacau NON-STOP ya sehingga likat!
Nanti bila dah sudah likat dan sejuk jadilah ia dodol!
Ta daa!!!
Eh, ni bukan dodol Abah Hussien... ni dodol commercial... saya suka tengok dodol yang cecomel macam ni... |
Bahan-bahan di atas untuk satu kawah dodol dan biasanya ia akan mengambil masa selama 4-5 jam untuk mengacau adunan tu secara non-stop. Kalau tak ada yang bergilir, mahu terseliuh pinggang dengan tangan... hu hu... namun begitu lain orang mungkin lain resepi, cara membuat atau petuanya. Tapi dodol dari resepi Abah Hussien ni memang sedap! Yum yum! Tapi tak ada gambar dodol abah kerana sudah habis....
Okay, saya mahu keluar rehat yang panjang untuk hari Jumaat. Sharing ni saya postingkan sahaja kerana ia memang sudah siap diceriterakan malam tadi. Sekejap lagi saya akan bertemu sahabat yang sudah lama tidak bersua. Yang banyak kenangan suka duka pahit manis kami semasa bekerja bersama dahulu...
Details about DODOL?
bagus tu sis..nnti ada lah yg gntikan wak husin buat dodol.kesian wak usin..dah tua2 pon kacau dodol lagi.
ReplyDelete