"Askum ni pn yati ke, owner ptcc s.7 s.alam?
sy R suami pd WN, dia jadi cikgu bm n sejarah pd 2010.
td dia dh sdr dr koma tp msh dlm *some text missing*
Saya terkedu seketika menerima SMS ini jam 11 pagi semalam kerana minda tiba-tiba tidak boleh buka buku maklumat. Siapa ye... tapi segera pula saya mendail nombor itu. Malangnya tidak berjawab. Malam semalam saya cuba berkali-kali juga tidak berjawab. Meskipun saya antara ingat dengan tidak, masih berat juga rasa susah hati ini. Koma? WN koma? Kenapa? Bila?
Pagi ini saya cuba buat beberapa panggilan. Alhamdulillah akhirnya dapat juga berbual dengan saudara perempuan WN. Rupa-rupanya WN koma setelah melahirkan anak keduanya. Seingat saya, kali terakhir kami berjumpa di Taman Rekreasi Shah Alam hampir setahun yang lalu. Aduhai, betapa pantasnya waktu berlari meninggalkan diri. Waktu itu perutnya sudah besar juga. Kebetulan adik ipar saya Seha juga ada dan mereka berbual tentang EDD yang hampir sama. Betullah telahan saya usia anaknya sudah hampir setahun kerana Darleen baru sahaja menyambut ulang tahun pertamanya sewaktu abah dimasukkan ke hospital Annur Bangi tempoh hari.
Oh ya, Abah Hussien sudah selamat menjalani endogram dengan satu balloon dimasukkan ke dalam jantung beliau pada hari Jumaat lepas di IJN. Sebelum Maghrib semalam, ketiga-tiga puteranya menghantar Abah Hussien pulang ke Sabak Bernam untuk berehat. Semoga Abah Hussien segera sembuh dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa.
Saya pernah cuba bekerja sendiri suatu masa dulu. Awalnya kerana mahu membantu seorang teman yang baru setahun lebih dikenali. Namun bekerja sendiri tidak semudah yang dijangka. Pahit maung suka duka kena tanggung sendiri. Apatah lagi kalau kebanyakan tanggungjawab dipundakkan ke atas bahu seorang tanpa ada tanda-tanda perubahan yang baik akan berlaku. Lalu saya putuskan untuk mengundur diri meskipun rasa bersalah masih menghantui. Malah Seha juga yang saya tarik masuk untuk membantu, ikut berundur.
Segala penat lelah dan ringgit yang kami laburkan masih di sana kerana PTCC masih beroperasi dan survive bersama teman saya itu. Semoga dia lebih memahami erti tanggungjawab di sana. Untuk kami tak apalah... insya-Allah ada rezeki yang akan Tuhan beri untuk cover apa yang telah hilang. Saya juga masih simpan azam untuk recover apa yang boleh untuk adik ipar saya itu atas rasa tanggungjawab saya untuk dia walaupun ia akan mengambil masa. Insya-Allah suatu hari nanti...
Semasa mengendalikan PTCC saya gunakan ilmu dan pengalaman yang pernah saya ada. Macam-macam keadaan, karenah dan ragam saya jumpa. Dalam ramai-ramai, WN adalah di antara mereka yang sehingga hari ini masih ada dalam diari hidup saya kerana mengajar saya erti syukur akan kehidupan, erti diri bertuah kerana diberi sedikit kelebihan oleh Allah.
WN adalah seorang graduan, isteri dan ibu. Sama seperti saya, WN sering tidak sihat tetapi semangatnya sangat kuat. Beliau banyak membantu mengendalikan kelas di PTCC tanpa demand terhadap upah yang diberi. Awal kehamilan saya terpaksa memberi cuti rehat yang panjang kepada WN kerana sering tidak sihat dan keluar masuk hospital. Saya pernah melalui situasi begitu, jadi saya boleh mengerti dan memahami...
Meskipun kami sudah tidak bersama PTCC, masih jua kadang-kala berhubung terutama pada waktu-waktu kami saling memerlukan bantuan. Sedih hati bila diberitahu beliau koma kerana jangkitan kuman pada paru-paru setelah melahirkan anak kedua itu. Malah anak kecil itu juga sering keluar masuk ICU di HKT. Suaminya memberitahu WN baru sedar dari komanya semalam... anaknya itu memang langsung tidak dapat disusukan malah belum pernah melihat Mamanya. Bersama airmata yang menitis ini kami ucapkan Masya-Allah, Subhanallah... Alhamdulillah Ya Allah untuk ujian ini.

Meronta hati hendak pergi menziarah. Tetapi apakan daya saya, beliau berada jauh di Hospital Kuala Terengganu, di negeri kediaman keluarganya kerana suaminya bekerja di KL. Terkenang pula akan kemelut yang dilalui oleh En R. Semoga beliau tabah berulang alik KL-KT-KL dan mengharungi dugaan bahagian hidup ini. Mungkin ada waktunya ramai insan di sekeliling kita tidak mahu menyelami dan memahami malah tambah menyukarkan kehidupan, tetapi percayalah ini ujian dari Allah untuk suatu sinar di hari muka.
Insya-Allah jika diberi kesempatan, pasti kami akan bertemu suatu hari. Kalau kehidupan ini baik untuk kita semua, pasti Allah akan memberkati usia. Ya Allah, izinkanlah WN bangun dari sakit ini untuk dia kembali ke pangkuan keluarga serta anak-anak yang masih memerlukan kasih sayangnya.
Untuk En. R, terima kasih kerana berusaha mengembalikan bantuan yang pernah kami hulurkan lama dulu. Tetapi anggap sahaja ia bantuan kecil dari saudaramu. Ikhlas dari nurani kami, dunia sampai akhirat. Kalau ia bantuan dari kami, maka saya juga anggap apa yang telah R dan WN lakukan untuk PTCC itu juga bantuan yang tidak akan mungkin terbalas walau sudah pernah dilunaskan dengan wang ringgit.

WN, kentalkan semangat,
berusahalah untuk bangun dari payahnya kesakitanmu...
berusahalah untuk bangun dari payahnya kesakitanmu...
ramai yang menanti dengan doa dan harapan buatmu di sini...
Aisya akan masuk tadika Januari nanti, mungkin sebaya Babang Sofi
Farish Daniel sudah cukup setahun 21 Oktober baru ini.
Aduhai, ulang tahun pertamanya tidak sebertuah Darleen kami
Tabahlah anak-anakku...
semoga Allah berikan kalian bahagia yang melimpah ruah...

kesiannya..
ReplyDeletesis kalau dtg trgnu mai tido rumah wida ek.
Insya-Allah...
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih Wida for offer!
Kalau ada rezeki sampailah suatu masa nanti ke sana...