Kenapa pulak lah sejak baca kisah kucing Wida, sampai hari ni asyik perkara kucing je yang terjadi dalam hidup saya? Nak tergelak pulak...
Dua tiga hari lepas tak tahan dengar Papa Nasir membebel pasal kucing dan tahi kucing. Macam tau-tau saja saya dilanda sentimen kucing sehari dua ni. Sebenarnya dah berkali-kali terjadi entah kucing siapa atau kucing dari mana suka sangat buang air besar mereka di halaman rumah kami. Huis, Papa Nasir kalau dah marah kalah perempuan juga mencecehnya. Dan tak akan ada yang buat dia paling marah dalam dunia melainkan kucing dan tahinya. Hah hah hah! saya nak ketawa sekejap.
Tapi diakui juga, saya pun kalau keluar dari pintu rumah tak tahan bau tahi kucing tu. Yang Papa paling tak tahan marah kucing bertuah tu siap pi buang air atas tanah yang dua tahun lepas kami tanam uri Didik Zafri. Anak dia kan... alah Papa, anak sendiri pun tak reti bila dicakap inikan pula kucing.
"Pa, buanglah tahi kucing tu..." ya lah, dari hari Isnin dia tak buat apa-apa melainkan menceceh marahkan kucing.
Papa Nasir merengus. Dia memang hilang macho dan keperkasaan kalau sampai bab tahi kucing. Kalau suruh juga dia buang alamat bertong-tong muntah dia di situ nanti.
"Ya lah... esok Deepavali, Ummi buanglah..." kata saya kelmarin. Hmm... aku juga. Ingatkan dulu kat rumah parents je yang tak boleh bela kucing. Ni dah ada rumah sendiri pun, suami pulak yang anti-kucing. Dah apa ceritanya... hopefully kisah kucing tamat setakat hari ini ya.
Agaknya jiran-jiran di perumahan Taman Pinang Raja, Klang Selangor mengalami masalah yang sama ke? Ke rumah kami je yang kucing suka? Maklumlah rumput di halaman rumah kami yang sekangkang semut tu dah jadi lebih comfort daripada karpet. Pa, bila kita nak potong rumput? Atau kita simen terus je... mesti Kucing segan nak buang air kat situ kan?
hehehe..
ReplyDeletekalau kat rumah ni, MKS lah yg kena buang tahi2 kucing tu..
nak suruh wida..ampunnn