7hb Oktober 2011, seorang anak saudara kami menyambut ulang tahun pertama. Usia Darlene sudah setahun. Happy belated birthday Darlene!!!
Pada tarikh yang sama anak-anak kami mendapat sepupu baru. Tahniah untuk Abang Amin dan Kak Long Suhana. Anak-anak mereka selang bunga. Perempuan, lelaki, perempuan, lelaki, dan yang terbaru ini perempuan. Anak-anak yang perempuan, awal nama mereka semua Nur Anis XXX. Nur Anis Afiqah, Nur Anis Syakirah dan yang terbaru ini... Nur Anis....? Sehingga pagi tadi, emak mertua, kakak ipar dan abang ipar masih berkomunikasi melalui telefon tentang nama yang harus diberikan.
Yalah, kena rujuk juga dengan orang tua apakah elok nama yang hendak diberikan kepada anak kita. Bukankah nama yang baik maksudnya akan dipanggil dahulu di Padang Mahsyar nanti? Maka, adalah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk memberikan nama yang baik kepada anak-anak.
Dan pada tarikh itu juga datuk mereka, Abah Hussein sudah hari kedua di Hospital Annur, Bangi. Ya, Abah Hussien masuk hospital lagi. Ahad kelmarin sudah discaj. Malam semalam Abang Zaim dah hantar Abah Hussien dan Emak Enon ke rumah kami kerana esok awal pagi Papa Nasir harus hantar abah untuk temujanji rawatan yang telah dipercepatkan di IJN.
So, anak saudara terbaharu kami... rasa-rasanya namanya nanti Insya-Allah NUR ANISAH FAIHA!
The girls in family yang akan sambut birthday on the same day...
The sweet Faiha & Darlene!
comelnya...nape jadi anisah pulak?hehe
ReplyDeleteerr... itu plan je yg didengar hari sabtu.. anis besar tu cakap baby dia ni anis juga tapi tambah ah kat belakang... beza sikit, last kot... hu hu.. pandai2 je akak kan...
ReplyDeleteheheh mmg comel
ReplyDelete