Semalam kawan-kawan beragama Hindu menyambut Perayaan Cahaya mereka. Happy DEEPAVALI to Yoges & family, my Indian former students and teachers, Indian friends and neighbours!
Hari Sabtu 22hb Oktober, kami pergi melawat abah yang masih di CCU setelah menjalani endogram. Mendengar cerita apakah dan bagaimanakah endogram itu, saya minta dengan Allah janganlah duga saya dengan penyakit jantung seperti ini. Saya ini sudahlah lembik... sikit-sikit sakit, sikit-sikit demam, sikit-sikit semput. Sakit tau bila kita menjalani endogram. Terbaring dalam keadaan sedar dengan lingkaran wayar membawa kamera menjalar di seluruh tubuh hingga ke jantung. Siap tinggalkan ballon dallam jantung lagi... kemudian bila wayar itu hendak dikeluarkan, kesakitannya akan lebih terasa kerana saat ini pesakit tidak diberi ubat bius. Hah?! Abah kata sakit... kasihan abah...
Okay, just to share experience yang sudah sekali dua pernah dilihat. Ukiran Kolam atau juga RANGOLI untuk menyambut Deepavali yang dibuat di lobi IJN.
Material untuk melukis Kolam : Beras hancur yang direndam di dalam pelbagai pewarna kemudian dikeringkan. Boleh juga gunakan sagu, gandum dan seumpama dengannya. Hampas kelapa pun boleh. |
Sister ini sedang tekun melukis Kolam. Expert gila... Kolam ini biasa dan hanya dilukis di lantai, tak pernah lihat lagi kat dinding dan siling hu hu |
Kolam Deepavali yang telah siap. Macam karpet terbang pulak... |
Mursyid, Zuhair dan Didik Zafri Didik kalau senyum mata mesti tutup sebelah... kembar kening terangkat sebelah ke? |
Bila saya tanya kepada sister yang melukis tu apa tujuan dan makna kolam ni. Dia kata, "tak ada apa-apa makna, cuma untuk perayaan sahaja, bagi cantik." Hmm... saya macam kurang berpuas hati sedikit dengan jawapan cik kak ni. Tak apa, nanti saya boleh search...
Melalui pembacaan, hiasan kolam adalah sebagai item yang wajib ada untuk menyambut Deepavali. Kalau tak ada macam tak berseri. Lagipun bagaimana ia dilukis, elemen yang dilukis dan warna yang digunakan juga memberi makna tertentu.
Dibaca lebih lanjut lagi kita akan mendapati bahawa hiasan kolam ini kalau menurut lagenda masyarakat Hindu adalah lambang penyembahan Dewa Lakshimi iaitu dewa kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan 'kolam' di pintu masuk rumah mereka.
Hmm... macam kalau kita orang Islam, rumah-rumah yang selalu dibacakan ayat suci al-Quran dan punya kalimah Allah yang tergantung, malaikat suka menziarah, syaitan terpelanting lintang pukang. More or least the concept nya lah... ikut kepercayaan masing-masing.
Dalam Islam kita tidak boleh menyambut 'perayaan agama' lain. Cuma, saya yang memandang ini bukan mengkagumi peranan kolam @ Rangoli menurut lagenda Hindu. Saya memang suka kepada warna, walaupun saya tidak suka pakai yang berwarna sangat. Keunikan dan keindahan kolam ini yang menarik hati. Betapa halusnya seni kerja tangan mereka, kreativiti dan imaginasi yang akan menzahirkan makna abstrak melalui elemen lukisan kolam itu sendiri sebenarnya yang mencuri sedikit kekaguman mereka-mereka yang melihat.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.