Monday, October 31, 2011

Yang tu tak de suara...

Babang Sofi sudah selesai peperiksaan hujung tahunnya. Khamis petang yang lepas sewaktu gigih menonton Nada Cinta dan Soffiya dalam gigil-gigil siaran yang terganggu dek hujan, kami memeriksa kertas-kertas ujiannya. Hmm... Math, BM dan BI dia dapat 100%. Yang lain meningkat dari markah ujian March all around 90 plus. Okaylah tu, dia langsung tak mengadap buku. Mentang-mentang Papa dia busy di IJN, cakap-cakap Ummi ni macam angin lalu je. Cit! Tetapi seperti biasa subjek Peribadi Muslim dia dapat low sangat, around 80 plus sahaja.

"Abang, tu lah... lain kali kena berusaha jadi anak yang lebih soleh supaya markah Peribadi Muslim ni dapat tinggi. Ini tak, Ummi suh baca buku abang kata bosan. Ummi suh tidur awal, abang kata tak mengantuk, nak main, nak lukis, Ummi suh makan abang kata tak lapar. Ummi suh mandi abang asyik kata nanti. Tu semua praktis peribadi muslim tau..."

Kemudian, ada sekeping gambar yang telah siap diframe Babang bawa balik ke rumah. Gambar Babang dengan rakan sekelas tahun 5 Aisyah dan guru kelas mereka. Comel-comelnya anak-anak ini. Ada di antara mereka yang masih melekat di hati saya kerana walau sudah sebulan bersekolah masih menangis setiap pagi di kelas. Malah ada ketikanya saya pula yang terlewat ke pejabat kerana sibuk memujuk anak orang yang menangis itu. Mak ayahnya dah balik... hu hu...

Saya tanya Babang supaya dia beritahu setiap nama rakan-rakan sekelasnya. Babang kata :
Duduk dari kiri :
Iqmal, Haris, Hamdi, Cikgu, Siti, Dhia, Nasuha

Berdiri di barisan tengah dari kiri :
Safwan, abang lah..., Danish, Amsyar, tak de suara, Saidatina

Berdiri di belakang sekali dari kiri :
Haziq, Amirul, Fahmi, tak de suara, Ain, tu tak de suarayang tu pun tak de suara jugak. 

Hmm... yang tak de suara?
Oh, rupa-rupanya yang tak de suara tu semuanya jenis pendiam, jadinya abang tak tahulah nama mereka. Aiseh...

Rasa-rasanya 20 tahun dari sekarang ada tak di antara mereka yang akan mencari semula gambar ini? Dan di antara wajah-wajah comel ini siapa akan menerajui Malaysia suatu hari nanti. Harap-harap janganlah anak saya, besar tanggungjawab tu... takut tak terbawa oleh dia. Dia hanya Muhammad Putera Yang Suci. Namun masih sucikah politik di dalam dunia ni? Muammar Gadaffi pun pergi begitu seksa... kecualilah kalau ada di antara anak-anak ini yang boleh memegang dunia, terutama sekali negara yang konon bapa kepada segala politik dunia tu! Ceh...

Tapi tak apa... tunggu sahaja... kerana ada pepatah yang mengatakan :

"Tangan yang menghayun buaian itu akan menggegar dunia!!"
Err... budak sekarang guna buai elektrik...

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS