Pada hari Jumaat 30hb September lepas, saya telah menghadiri Program Motivasi Ke arah Menjadi Pekerja Cemerlang: Renung-renungkan dan Selamat Beramal.
Penceramah program motivasi merupakan warga UiTM yang telah bersemarak juga nama beliau dalam bidang ini. Bukan sekadar menjadi pensyarah dan penceramah motivasi, beliau juga sering muncul di kaca TV malah turut ada watak dalam filem Hantu Bonceng dan drama Tersungkur Di Pintu Syurga. Hu hu hu...multi-task betul insan seorang ini. Bangga, kerana beliau anak Melayu. Beliau terkenal dengan tag line Tak Nak! Tak Nak! Tak Nak! dan 'Renung-Renungkan dan Selamat Beramal' dalam Radio Hot FM.
Beliau dikenali sebagai Prof Izzi atau nama penuh beliau ialah Profesor Madya Mohd Izzudin Bin Mohd Ali. Program motivasi selama satu hari itu sangat bertenaga, lebih hidup dan berkesan meskipun isi kandungan program itu telah saya biasa dengar. Tentulah berbeza, program motivasi kalau jadi seperti kelas teori, baik tak payah sebut program motivasi kan...
Prof Izzi juga telah menghasilkan beberapa buku motivasi. Sewaktu break untuk Solat Jumaat, sempat juga saya mendapatkan tiga buah buku beliau sekaligus memiliki autograf Prof Izzi.
Prof Izzi juga telah menghasilkan beberapa buku motivasi. Sewaktu break untuk Solat Jumaat, sempat juga saya mendapatkan tiga buah buku beliau sekaligus memiliki autograf Prof Izzi.
Dah lama rasanya tak menyertai program motivasi sejak habis belajar. Paling akhir ketika saya menyertai program SPIES, anjuran Kerajaan Negeri Selangor sewaktu berkhidmat di Tourism Selangor. Agaknya sebab itu kot, kurang semangat je saya ni. Oh, harus diingat! Motivasi itu sebenarnya bukan datang dari sumber lain, tetapi dari diri sendiri!
Saya kagum dengan Prof Izzi kerana penyampaian ceramah beliau yang punya extra-energy. Tidak ada walau sesaat yang boleh membuatkan para peserta leka mahupun berat mata. Dan yang paling saya suka adalah gaya penyampaian beliau lebih berkonsepkan contoh dan aksi yang sebahagiannya melibatkan para peserta.
Setiap waktu di sepanjang ceramah beliau, peserta-peserta tidak kering gusi dan ada juga yang ketawa sampai tidak ingat sekeliling. Saya tak bolehlah ketawa hingga tak ingat dunia sebab saya duduk di belakang kerusi VIP yang diduduki oleh bos saya sendiri dan seorang lagi bos bahagian lain. Itulah kesannya kalau datang lambat, kena duduk di hadapan. Bukan sepatutnya yang datang awal kena duduk depan ke? Naa... budaya di Malaysia yang masih belum berubah dari sekolah hingga dah bekerja. Dari zaman budak-budak sampai dah jadi mak bapak budak, ramai di antara kita masih suka isi tempat duduk belakang kan... saya pun sama sebenarnya. Tak apa, lepas ini untuk jadi insan cemerlang kita kena duduk di barisan hadapan!
Program motivasi sebegini, kandungannya sama. Cuma cara bagaimana ia disampaikan itu yang berbeza mengikut kapasiti dan keupayaan penceramah. Gaya dan cara penyampaian penting kerana ia yang akan membuatkan sesuatu isu yang sama itu menjadi isu baru yang lebih segar dan seterusnya memberi impak kepada setiap peserta yang mendengar.
Untuk jadi cemerlang kita harus..... bla... bla... bla... semua orang tahu. Tetapi ramai yang dah tak ingat. Kadang-kadang terlupa, kadang tak sempat nak praktis dan sebagainya. Paling penting, bila bekerja kita harus ikhlas dan buat semuanya kerana Allah. Betul, betul, betul!
Insya-Allah saya akan cuba menjadi lebih baik lagi selepas ini!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.