Thursday, October 20, 2011

Duhai Diriku dan Kamu Wanita...

Tersentuh bila membaca ini di FB. Tapi tidaklah sebagaimana saya rasa hendak hilang nyawa melihat beberapa episod hidup dalam hari-hari pelik yang mungkin menghampiri fasa akhir dunia ini. Saya tak mahu cakap tentang itu! I just pray Allah gives the worst and more than worst disaster to them for their worst than animal ignorance toward a very small human being! Kadang terfikir jika kiamat itu lebih baik daripada membiarkan manusia menjadi lebih teruk dari binatang... tapi...

Dan juga sebuah episod kehidupan yang semua orang pastinya sudah melihat dan mendengar... saya benci Berita TV!!! Sorry, I am more than a bit emotional sampai demam... dah berhari-hari hingga Papa Nasir pun tension dengan saya.

Wish to keep it here as a reminder to myself and to every lady friends of mine. Allah made us special, so soft and gentle but very much strong to bear the pain, the heart break, the suffer in life... so much more we could never be able to imagine the love from Allah to us, woman. Saya pun sama... kadang terlupa saya ini disayangi Tuhan...

Setiap kali tengok TV, saya kemudian perhati anak-anak. Then saya tengok diri saya... pergi pejabat saya tengok semua warga kerja. Pergi makan saya tengok semua gadis-gadis dan wanita-wanita yang cantik-cantik dan berwarna-warni itu. Dan saya sangat bersyukur Allah menjadikan saya sebagai diri saya walau tidak sesempurna mana...

Kerana saya ada agama dan tuhan,  ilmu, prinsip hidup, saya orang bebas tidak buat jenayah, saya ada suami yang baik dan penyayang, ada anak-anak meskipun pernah dikatakan tidak mungkin punya zuriat, dan saya sayang anak-anak saya walaupun kasih sayang itu kalau silap orang melihat ditafsir sebagai garang dan keras. Sungguhpun begitu saya belum tergamak mahu abaikan anak-anak saya, sekalipun mengelar mereka...

Kenapa ada wanita yang sanggup membuang, mencampak, membiar tidak mengendah dan membunuh anak mereka? Mungkinkah kerana mereka dengan saya dan juga kita semua ini berbeda meskipun kita wanita yang seharusnya punya naluri yang sama? Tetapi Allah kan tidak membedakan wanita sebagimana berbezanya naluri kita kerana telah dinyatakan begitu indahnya kesemua hadiah-hadiah ini buat kita.... duhai diriku dan kamu wanita sekaliannya....

2 rakaat solat wanita hamil lebih baik
dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
Wanita hamil diberi pahala puasa disiang hari
& pahala ibadat di malam hari.
Wanita yang bersalin diberi pahala 70 thn solat
& puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya,
Allah bagi satu pahala haji.
Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari
selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.
Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya
diberi 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
Wanita yang beri minum susu badannya
kepada anaknya yang menangis
maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
Kalau wanita menyusui anaknya hingga
cukup tempoh 2 setengah tahun,
maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
Ibu yang menghabiskan masa malamnya
dengan tidur yang tidak selesa
kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala
seperti membebaskan 20 orang hamba.
Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari
kerana menjaga anaknya yang sakit
akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya &
bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

Mungkin yang berbeza adalah... bila kamu wanita mengikut haluan kiri yang pekat hitamnya itu meskipun sudah nyata larangan dan azab-Nya, kamu pasti tidak akan punya naluri wanita penuh keinsanan dan keibuan itu... justeru wanita itu pasti lebih terkutuk perbuatan dan dosanya...

Wahai putera-putera dan terutama sekali puteri-puteri suamiku... tidak pernahkah kamu tahu untuk apa segala kata-kata, larangan, nasihat dan marah berapi Ummi ini kepada kalian... kerana dunia ini sudah menjadi terlalu menakutkan untuk didiami insan...

Agaknya sebab itu kadang-kala terdengar ayat-ayat, "Kalau aku tahu kau nak jadi macam ni, baik aku bunuh kau masa kecik-kecik dulu!" Ish, kenapalah yang buat jahat ni semua dulu tidak mati je...!?

Ya Allah... ampunilah diriku, ampunilah kami semua... please make this world a better place for our sons. daugthers, grandsons and grandaughters and their generations...

3 comments:

  1. betullah Yati...

    kadang2 pelik dengan manusia zaman sekarang ni.
    Bila tengok berita di tv, macam2 berlaku, semakin di beritakan, makin menjadi-jadi pula.

    macam takde pengajaran langsung dari apa yang cuba di sampaikan di berita tv itu. Mana pergi sifat dan naluri kemanusiaan lebih2 lagi bagi seorang ibu, yang mengandungkan, melahirkan. Langsung takde terbit rasa sayangkah??

    Sama dengan yati, ada masa malas nak tgk berita tv...

    ReplyDelete
  2. zaman skrg manusia dah jadi tak berperikemanusian..anak sendiri sanggup dibunuh.

    ReplyDelete
  3. didikan agama semakin kurang..sifat perikemanusian dan sifat kasih sayang dah hilang...harap org2 sebegini segera insaf..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS