Monday, October 3, 2011

OBSTRUCTIVE SLEEPING

Sabtu lepas, saya menemankan suami bersarapan bersama kawan cum client PM dia di Subang Parade. Banyak perkara yang  kami perbualkan dengan pasangan suami isteri yang saya panggil Kak Ina dan Abang Ismail. Daripada cerita anak lelakinya yang tidak tahan duduk boarding school, tentang provokasi abang Ismail yang akhirnya menyebabkan pertandingan Gores & Menang diharamkan sehinggalah, cerita gengster, denggi, terminum tinner hingga pecah batu karang sampailah kepada cerita tentang tidur berdengkur! Macam-macam ada...

Dulu-dulu saya selalu fikir, bila seseorang itu tidur berdengkur atau bahasa pasarnya disebut berkeruh, pastinya kerana keletihan. Kemudian saya dapat tahu dengkuran terjadi kerana masalah pernafasan.

Ada juga seorang saudara saya yang tidurnya berdengkur siap dengan irama lagi. Awal-awal dulu, saya memang sungguh terganggu hinggakan tidak boleh tidur semalaman. Fasa itu memang satu penyeksaan bagi saya, tetapi bila dikenang-kenang sekarang boleh mengundang kelucuan. Sekarang mungkin sudah terbiasa, maka bunyi dengkuran itu sudah tidak menjadi hal lagi kepada saya.


Dengkuran terjadi kerana sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang itu tersumbat. Ini terjadi kerana sekatan yang terdapat aliran udara saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung. Apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar atara satu sama lain, bunyi dengkuran akan terhasil.

Meskipun dengkuran itu sebenarnya tidak berbahaya, namun jika berlarutan dengan faktor umur, persekitaran dan kesihatan, ia boleh membawa komplikasi bila ia mendatangkan masalah tidur yang serius dipanggil sleep apnea bila mana seseorang itu berhenti bernafas lebih dari 10 saat buat seketika sewaktu tidur.

Terdapat 3 keadaan dalam sleep apnea iaitu central (CSA) - pernafasan terganggu kerana kelemahan proses respiratori, obstructive (OSA) - pernafasan terganggu oleh sekatan secara fizikal kepada laluan pernafasan yang menyebabkan dengkuran dan complex @ mixed sleep apnea (MSA) (kombinasi central dan obstructive).

Di antara ketiga-tiga ini, OSA lebih banyak berlaku berbanding dua keadaan yang lain.  OSA yang kronik akan memberi implikasi rendah oksigen dalam darah (hypoxemia) dan lain-lain. Biasanya mereka sudah berumur dan lelaki cenderung untuk menghadapi masalah ini berbanding golongan muda dan wanita serta kanak-kanak. OSA juga berlaku dengan faktor pertambahan berat badan, aktiviti merokok, dan usia. Selain itu dikatakan pesakit diabetes juga mempunyai risiko 3 kali ganda orang biasa untuk mendapat OSA. Simptom biasa OSA adalah seperti dengkuran yang kuat, tidak lena tidur dan rasa mengatuk di siang hari.

Dalam kes abang Ismail, masalah tidur berdengkur beliau sehingga ke tahap choking ataupun nafas terhenti dalam beberapa saat dan terjadi empat atau lima kali sewaktu tidur. Hmm... no wonder ada orang yang meninggal sewaktu tidur ye... ke salah teori saya ni? Beliau kemudiannya menjalani kajian semasa tidur yang dilakukan dia dalam 'makmal tidur' untuk membolehkan E&T specialist mengenalpasti tahap keseriusan dengkuran dan impaknya kepada kesihatan pendengkur. Diagnostic test untuk OSA memang biasanya melibatkan kajian tidur atau home-oximetry @ polysomnography .

Akhirnya doktor menyarankan pembelian satu alat yang dipanggil Respironics. Ketika mereka membeli alat ini, harganya cuma RM8,000. Sekarang mesti sudah bertambah mahal.


Alat ini dipasang kepada suis dengan air yang diisi di dalam tank untuk menghasil dan membekalkan oksigen kepada penggunanya. Hmm... ke mana pergi harus bawa dan ia sememangnya mudah untuk mobile.

Abang Ismail menggunakan alat ini setiap kali tidur. Ia membekalkan oksigen ke dalam tubuh badan dan mengelakkan beliau berdengkur dan seterusnya menghalang berlakunya choking. Penggunaan mesin oksigen ini juga dapat menjamin sirkulasi oksigen yang mencukupi dalam badan seterusnya menjamin tidur yang berkualiti.

Dalam tempoh pemakaian alat ini, beliau mendapati tubuh semakin segar malah darah tinggi beliau juga kembali normal. Malah Kak Ina juga memberitahu, para doktor yang duty harian mereka agak chaostic juga menggunakan peralatan ini untuk membolehkan mereka mendapat tidur berkualiti dengan sirkulasi oksigen yang mencukupi untuk mereka kembali bertenaga walaupun tidur hanya selama 2 jam.

Pa! Kita ada OSA tak?

2 comments:

  1. waiz skrg ni pon tidur mesti berdengkur. tak tau lah sebab dia penat sgt bermain ker..atau keturunan, hihi

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS