Tuesday, October 25, 2011

Di manakah awak? Saya Rindu....

Bila membaca posting tentang kucing di dalam blog cousin-in-law saya WIDA semalam, saya asyik tersenyum sampai habis waktu kerja. Sedang rushing menyudahkan kerja di pejabat pun boleh senyum juga, sedang tension dengan karenah orang-orang ni pun saya senyum juga hu hu... Bagi masalah jam 10 pagi. Jam 10.05 init sudah mahu solution. Ingat kita apa... Bigwonder?! I am just a SmallWonder je lah... isk isk sob sob... Okay, it is about Kucing.... Cat... kalau budak-budak kecil panggil Mioww...

Ada banyak mitos tentang kucing. Antaranya tidak boleh ambil gambar kucing nanti kucing itu mati. Orang yang ada lelah tidak boleh terkena atau terhidu bulu kucing kerana ia boleh mengakibatkan serangan asma. Ada juga buku yang saya baca mengatakan petua orang zaman dulu mencari jodoh ialah melihat pada rumah-rumah yang ada kucing. Sekiranya rumah itu ada kucing, bermakna anak gadis di dalamnya seorang yang penyayang dan elok dijadikan isteri. Kontra pula dengan satu lagi mitos ini yang mengatakan anak gadis yang suka memelihara kucing akan menjadi ADT (andartu). Bukan saya kata tau... ini mitos yang pernah saya dan mungkin juga ramai di kalangan kita pernah mendengarnya.

Cuma... membaca sharing Wida tentang kucing mengingatkan saya kepada suatu masa yang tidak begitu lama dahulu. Ia mungkin kisah biasa atau kebetulan tetapi ia tetap melekat kuat di dalam memori saya. Dalam jangka waktu yang tidak lama sebelum saya bertemu Papa Nasir (sebelum kahwin dulu), saya didatangi dan didampingi oleh seekor kucing kecil.

Hairan juga.. kerana rumah kami memang tidak pernah memelihara kucing kerana abah tidak suka. Lagipun abah tidak mahu saya yang memang ada asma ini jatuh sakit disebabkan oleh bulu kucing. Suatu waktu dulu ketika saya baru baik sakit yang lama di hospital, berlakulah suatu cerita ini. Pada suatu petang ketika saya pulang dari pejabat, seekor kucing kecil duduk di atas tangga batu paling atas memandang ke arah saya sambil menggoyang-goyangkan ekornya.

Hmm... comelnya tetapi saya buat tidak tahu sahaja. Bila saya masuk ke dalam rumah, kucing ikut juga. Ke mana saya pergi hari itu kucing akan ikut di kaki saya. Lalu kucing itu saya pegang. Miow! Miow! Tiba-tiba ada satu perasaan aneh yang datang dalam diri. Terasa sayang sangat pada kucing itu. Sudahnya tanpa pengetahuan orang lain di dalam rumah itu, saya hidup bertemankan kucing yang memang saya panggil Kucing saja. Tidak sempat pula hendak namakan dia.  Setiap petang dia akan tunggu saya balik kerja. Hatta tidur pun Kucing akan baring di sebelah saya. Siap berselimut lagi dengan saya. Tepuk-tepuk Kucing akhirnya saya yang lelap.

Abah sudah membebel marahkan saya kerana berkepit dengan Kucing. Berkali-kali Abah suruh saya buang sahaja kucing itu tetapi tetap saya buat tidak tahu sahaja. Sehinggalah suatu hari, Kucing tidak lagi menunggu saya pulang dari kerja. Saya hairan sangat. isk, mana Kucing ni? Sampai hati tak tunggu saya balik? Seluruh pelusuk rumah luar dan dalam saya cari Kucing malangnya tidak berjumpa. Kucing! Kucing... mana awak? Bila saya tanyakan pada Abah, jawapannya, "Dah buang..."

Saya menangis macam rumah hendak roboh je. Lama juga saya merajuk dan patah hati kerana kehilangan Kucing. Macam orang putus cinta pulak ek hu hu. Saya selalu hiba bila kenang-kenangkan di manalah Kucing tidur, mesti kesejukan di luar sana, makan apalah dia... takut-takut dipukul atau dilenyek kereta. Sudahlah Kucing itu masih kecil, manja pulak. Bolehkah dia survive di luar sana? Sedih sangat hati bila mengenangkan semua itu. Hari-hari saya berharap Kucing akan pulang semula.




Kucing,
di manakah awak?
Baliklah...
saya rindu...





Tetapi Kucing tidak lagi pulang menemani saya. Hancur hati... sampai hati Abah pisahkan saya dengan Kucing...

Tidak beberapa hari selepas kehilangan teman saya itu, lalu Tuhan pertemukan pula saya dengan seorang lelaki bernama Abdul Nasir Bin Hussien. Dan beliau sudah jadi teman pendamping saya sehingga saat ini. Moga-moga sampai Syurga juga. Rupa-rupanya Allah pinjamkan Kucing sekejap kepada saya sebelum dia berikan seorang teman hidup yang begitu lama saya tunggu dalam ranjau hidup penuh suka duka ini.

Sejak itu, saya tidak mahu pelihara kucing lagi. Suka hatilah kucing-kucing semua hendak buat apa dan hendak pergi mana. Saya sudah tidak sanggup untuk hidup berpatah hati kerana kehilangan Kucing saya dulu itu dulu... cukuplah dengan adanya Papa Nasir seorang. Hu hu hu...


Nota kaki :
Walaupun Abah tidak suka kucing, tapi sampai hari ini dalam rumah Abah ada kucing kerana Bibik Megawati yang saya ambil untuk jaga mereka di kampung juga seperti saya. Siang, malam, pagi, petang dengan Kucingnya. Makan nasi dengan lauk ikan goreng dalam pinggan lagi kan Kucing. Tu lah abah.. buang lagi Kucing Along... hu hu hu...

2 comments:

  1. smpai skrg kucing tu wida x berani nak pegang. kesian pulak kat dia duduk sekor2 dlm cage.

    emm..kesian betul

    ReplyDelete
  2. hu hu
    kelakarlah wida ni..
    tak de nye kucing tu nak gigit...
    waiz tak main dgn kucing tu ke?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS