Thursday, October 13, 2011

ABAH Masuk IJN

Malam tadi Abah Hussien dikejarkan ke IJN. Abah Hussien tidak dapat bernafas. Papa dari kelas PM terus bergegas ke sana. Katanya hendak temankan Abah, tapi entah pukul berapa pagi tengok dia sudah terbaring di sebelah. Hari ini Papa pergi IJN lagi. 

Saya pula kebetulan mengalami sakit belakang tahap tak boleh tahan lagi di pejabat petang semalam. So, malam tadi minta Bonda Atiqah, jiran sebelah rumah urutkan. Pagi tadi langsung tidak boleh bangun. Jawabnya ambil MC sahajalah...

Ingat hendak pergi tengok Abah Hussien di IJN. Tapi... saya tidak tahu jalan... tambah-tambah lagi dalam kawasan Kuala Lumpur yang sesak itu. 

Appointment Abah Hussien di IJN ialah pada 20hb ini nanti. Tapi nampaknya Abah Hussien tidak boleh survive tanpa bekalan oksigen. Kalau begitu haruslah minta bantuan pihak IJN untuk mempercepatkan pembedahan jantung abah. Kasihan Abah, dalam masa sebulan sahaja dia sudah kurus sangat-sangat.

Doa diterima dari ramai... semoga Tuhan mempermudahkan segalanya...

1 comment:

  1. Ya ALLAH..semoga semuanya dalam keadaan baik. mohon dipermudahkan semua urusan..amin:(

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS