Sebenarnya ada banyak cerita last week, tapi tak sempat nak share. Early this week pulak ada orientation plus meeting di tempat kerja. Hari ni baru dapat move fingers on keyboard...
Jumaat malam Sabtu yang lepas, saya dan anak-anak temankan suami bersama kawannya En NR yang saya panggil Abang Aji, melawat seorang teman universiti mereka. PP (bukan nama sebenar, takut dia tak suka pula saya guna...), baru sahaja selamat menjalani pembedahan pintasan usus tiga minggu yang lepas. Sememangnya lelaki-lelaki berdua itu merancang untuk membuat kunjungan mengejut.
Malangnya PP tiada di rumah kerana membawa isteri dan anak sulungnya keluar untuk beli kasut anaknya itu (yang baru mendapat keputusan SPMnya) menghadiri temuduga MassCom course di UiTM Shah Alam. Esok juga, anak saudara kami Zura yang mendapat 6A dalam peperiksaan SPMnya yang lalu akan menghadiri temuduga di universiti yang sama untuk kursus TESL.
Since Pak Pin and his wife were out, we planned to meet di sebuah ‘restoran tepi tasik’ sahaja. Soon after we completed our dinner, baru PP sampai. Borak-borak for sometimes, tanya khabar and what so-ever (dah lama tak jumpa), kami pun berangkat pulang. However, my husband, abang Aji still hanged together di luar kereta. Saya pun tumpang sekaki...
Suddenly Abang Aji said, "I surprised tengok fenomena tu.” Saya dan husband menurut arah pandangan abang Aji. Di depan sebuah restoran yang meja dan kerusinya diletakkan di atas parking lot (persis restoran mamak dan gerai makan China di waktu malam), kami melihat beberapa perkumpulan remaja yang sedang duduk menikmati makanan dan juga Shisha.
“Hish, it has been like Bangsar here. But I am not surprised if it is Bangsar, ye lah kita pun tahulah Bangsar tu Bandar... but I do not expect Shah Alam has this kind of culture?”
Jangankan Abang Aji, saya pun yang kerja di Shah Alam dan selalu lalu lalang pun tak sedar akan keadaan ini. I think dah lama kot Shisha ni ada di Shah Alam? Cuma saya je yang tak tahu... tapi kalau abang Aji suprised macam tu, apa maksudnya ye? Hairan kot tengok di kawasan elit Melayu yang saya rasa agak respectable ni pun ada pengaruh begini. Abang Aji duduk di Damansara dan bekerja di PJ.
Saya perhati lagi ke seluruh tempat duduk yang dipenuhi oleh remaja-remaja itu. Of course having food and drinks. Tapi Shisha tu pun ada di setiap meja, budak-budak remaja tu. Selamba je remaja-remaja lelaki dan perampuan tu sedut shisha, hisap rokok dan ketawa suka hati. Pakaian pun bagi saya yang konvensional ni, macam tak sedap hendak dipandang (kalau anak sendiri dah kena rotan tu!). Rambut the girls ada yang blonde... suka hatilah kot. Nanti orang kata saya tak ikut zaman...
"Hairan ye budak2 sekarang ni, tak segan kat orang tua." Abang Aji referred to us la kot?
"Dulu, kita pun nakal juga kan Nash? Biasalah hisap rokok, tapi kalau kita nampak orang lebih tua, kita sorok kan? Depa ni open habis..." he said to my husband.
"Are they students?" Hmm... yelah, mesti orang anggap budak2 UiTM or UNISEL... hish!
“Kenapa Shisha ni ada lagi? I thought is is worst than smoking?” soal saya dengan dahi berkerut.
“Yup, 70 times lebih dari rokok,” Abang Aji mengiakan.
“Then kenapa masih dibenarkan lagi di jual di kedai-kedai? Bagi budak-budak pulak tu?”
Hmm... kenapa ye? Kalau tidak salah saya, telah disiarkan pun satu dokumentari pendek tentang Shisha dan kesan buruknya di kaca TV sedikit masa dulu. Tetapi mengapa benda ini masih ada dan begitu mudah diperolehi dan digunakan di tempat yang terbuka.
My husband said, “Sebab yang hisap Shisha tu orang Melayu. Cuba kalau yang hisap tu China ke India ke... bisinglah diorang. Tapi sekarang yang hisap tu majority orang Melayu, sebab tu tak naik sangat isunya.”
Saya jadi bingung @ bengong sekejap waktu itu. Apa benda ni? Kalau dah tahu benda tu bahaya, tak kisahlah orang putih ke, orang hitam ke, orang coklat ke, orang kelabu ke, orang kuning ke... it is still harmful to life kan? Then it should be forbidden, right?
Apa kalau Shisha ni orang Melayu je yang hisap, biarlah! Biar orang Melayu mati? Begitu ke? Bukan ini tanah air kita ke? Bukan yang sepatutnya menguatkuasakan undang-undang tu orang Melayu ke? Then why is Malay being so passive in this matter.
Kalau setakat hisap shisha tu merbahaya untuk kesihatan, elok lah kot. Cepat mati, kurang sikit berat tanah Malaysia ni. Tapi yang sakit, tak productive dan yang mati tu SIAPA?
Itu satu hal lah... ni yang budak-budak remaja berkumpul malam-malam, bercampur lelaki perempuan (Muslim pulak tu?),.. mesti ada SIDE EFFECT lain dalam SOSIAL kan?
Betullah yang hisap shisha tu bukan anak-anak saya (Nauzubillah), but I used to be pendidik. Saya masih ada jiwa pendidik. Mereka itu adalah anak bangsa saya.... anak bangsa kita. Yang buka kedai-kedai di Shah Alam tu pun kan banyaknya orang kita jugak? Tak boleh fikir ke? Kenapa hendak sogok benda yang tak elok untuk anak-anak kita? Kalau nak tarik pelanggan pun, kalau nak untung banyak pun... kita kena fikir untuk jangka masa panjang.
Dan bila Abang Aji kata, “Kalau macam ni lah keadaanya, I tak berani bawa my family datang sini...” dan saya jadi begitu kerdil. Tanggung malu untuk orang-orang itu yang tidak tahu erti segan. Sorry Abang Aji... the new culture in life nampaknya memang begitu mempengaruhi kita kan...
Ada tak shisha yang tak merbahaya?
Ada pun, takkan nak bagi anak-anak kita lepak tak tentu hala macam tu kan?
At least, saya tak nak! Tak tahulah orang lain...
kak yati, kt pekan sabak pon ade kedai mkn jual SHISHA..tp xtau la pas isu shisha tu dikeluarkan dorg jual lg ke x..
ReplyDeletekedai makan Melayu ke? Tu lah pasalnya sakit hati ni...
ReplyDeleteaah kedai mkn melayu, yg jual pon remaja melayu :(
ReplyDeleteSelling shisha & alfaher in Jakarta 08567358064
ReplyDeleteini yg asli ga ada yg palsu