Wednesday, April 27, 2011

MY 27th APRIL...

Pagi ini bila buka email universiti, ada satu email dari VC. I opened it and his handsome picture came clear with his wish (macam kad ucapan hari rayalah pulak) : 

Dengan ingatan tulus dan ikhlas pada hari istimewa anda, Saya mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN’. 

Email tu macam tak boleh dibalas semula, atau saya ni yang memang rabun IT? It is not a big deal pun, I believe semua staff dapat this email on their day. Pun rasanya Dato’ sendiri tak punya masa untuk attend every staff personally. Mestilah ia dari staff jabatannya. Cuma saya terfikir, bila this kind of effort diberikan, bukankah ia berharga buat individu tertentu. Sikit-sikit mencerminkan bahawa kakitangan sentiasa ada dalam hati bos. Best kan? 

Then saya buka email Yahoo. Rutin setiap awal pagi. Wah, rasa terharu sebab ada begitu banyak email (actually dari FB, saya memang check FB dari Yahoo sahaja, bila tak berkesempatan log in FB...).

That’s how technology works, links every people. Mengeratkan ingatan dan silaturrahim. Alhamdulillah. Terima kasih juga untuk semua atas setiap ingatan, ucapan dan doa yang diberikan. Telah begitu banyak yang dikurniakan Tuhan di dalam hidup ini, still there are many more crazy dreams of mine to be pursued and realized. 

Untuk Pakcik-pakcik dan Makcik-makcikku, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, my relatives, my U-mates, my college-mates, my school-mates, all my seniors, teman-teman pejabat lama dan baru serta my former students, thank you very-very-very much. Terima kasih juga untuk kenalan-kenalan baru FB melalui Seandainya... Ingatan dan doa kalian menyuntik semangat baru. 

Tetapi mengapa pada hari ini, ada rasa yang terlalu berat... ada rindu yang terlalu pedih dalam hati? Belum terungkai hingga saat ini... Walau apapun, dengan rasa yang berat inilah, langkah terus berusaha meniti hari. Dan dengan kepedihan inilah, kudup hati ini melayangkan rindu dan kasih buat mereka, insan-insan yang paling banyak memberi kasih, dan juga yang telah membuat hati ini jadi begitu luluh. 

On this very day, both of you are still in my heart, regardless everything. Terima kasih  setulus hatiku, kerana telah membawaku melihat dunia ini, terima kasih yang tidak terhingga kerana telah membesarkanku dengan penuh darah dan lelah, terima kasih yang tidak berpenghujung untuk hujan kasih sayang dan kebanggaanmu, terima kasih hingga akhir nafasku untuk darah dan daging yang ada dalam diri ini, terima kasih paling dalam untuk setiap perasaan dan rasa hati. Dan terima kasih juga... untuk airmata ini. 
 
Anda berdua adalah siapa diriku, dan diriku ini adalah lambang anda berdua. Kalau diriku racun, maka bisalah anda berdua. Kalau diri ini bunga, maka yang berseri adalah juga hidup kalian seperti mana pernah ada tamannya. Kalau tiada syurga, di manakah kita semua... 


For my dearest husband, I thank Allah for blessing my life with you. You are the most precious gift I ever have after my parents. Terima kasih buat ucapan happy birthday darimu, selama lima tahun ini tepat jam 12 tengah malam, for always being the first flowering me with the wishes and kisses. 

Material tidak pernah ada dalam kamus hidupku melainkan mencari  impian, bahagia dan redha.
  Terima kasih Papa, kerana telah menerima diriku seadanya. 
Ampunkanlah segala kekuranganku.
Terima kasih kerana memberi limpahan bahagia dan
membuat diri ini berjaya menggapai sebutir-dua bintang.
Polaris dan Sirius... 

Teruslah bersamaku agar seluruh bintang di dada malam bersinar di ribaku, 
menerangi hidup kita berdua hingga akhirnya. Sampai syurga... 
 

Selamat ulang tahun untuk diriku, 27th April 2011. Sudah bertambah angka dalam hidupku. Akan ku lalui hidup ini dengan terus mencintai semua. Ya Allah, ampunkanlah hamba-Mu  ini yang selalu  lemah dan lalai, terima kasih Allah untuk seluruh kurnia, keampunan dan kasih sayang-Mu. Terima kasih Allah untuk semua kesakitan ini, kerana aku tahu melaluinyalah Kau beri redha dan keampunan-Mu, Tuhanku...

For everyone juga, ampunkanlah diriku untuk setiap salah dan dosa. Maafkanlah diriku untuk segala yang tidak pernah aku niat dan sengajakan. Semoga kasih sayang antara kita semua terus berkekalan walau kadang berjauhan... walau selalu tidak pernah pandai untuk aku ucap dan zahirkan...

Saya sayang semua 
SEDETIK LEBIH SELEPAS SELAMANYA...

2 comments:

  1. SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN... :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Sis... semlm birthday tak rasa pape, tapi hari ni macam sedih lah pulak... hish, i am getting older and yet so many things belum tercapai...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS