Monday, April 11, 2011

THE GREAT ALONE, I love most!


This is the book (English romance cum epic novel) I love most to date.
The Great Alone by Janet Dailey.

As far as I can remember, saya ulang baca buku ni rasanya 3 atau 4 kali.
First time, baca merangkak-rangkak sebab masa tu baru di menengah rendah.
Second, to get the overall idea of the story sambil memperkayakan my English vocabulary
and the few series of final adalah untuk menghayatinya.
I read it cover to cover sebab saya sangat-sangat mengkagumi this piece!

Walaupun novel ini masih berlatarbelakangkan kisah cinta tetapi ia bukan dihasilkan dari formula novel yang konvensional.

Membaca The Great Alone yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1986 (when I was 9 years old?), mempunyai lebih dari 1000 mukasurat (tak ingat exact pages sebab saya tidak bawa buku itu ketika ini) with so many characters and a huge span of time (1742 hinga 1945) merupakan pengalaman manis paling panjang buat saya.

The background material was so amazing and very impressive. Ms. Dailey tentu telah melakukan penyelidikan dan kajian terhadap sejarah Alaska secara menyeluruh as to explain the long historical period dengan begitu cantik. Membacanya membuatkan saya seolah-olah berada di Alaska dan menjadi setiap watak dalam novel ini.

Bermula di tahun 1742, The Great Alone menceritakan tentang ketibaan pedagang bulu dari Rusia and telah menjelajah ke seluruh kepulauan Aleutian (sejarah Alaska). Ia bermula dengan kisah cinta seorang wanita Indian yang cantik, bernama Winter Swan dengan pemburu Cossack yang bernama Luka Kharkov dari kalangan sosial tinggi dan terhormat (nobble) serta bercita-cita tinggi.

Dari kisah cinta dan perkahwinan dua watak inilah yang telah menjadi kesinambungan ceritera untuk 7 generasi mereka yang seterusnya sebagai orang asal Alaska iaitu campuran darah antara orang Rusia, Inggeris, Indian and orang asal Amerika itu sendiri.

Melalui buku ini, saya belajar buat pertama kalinya bukan mudah menjadi seorang penulis. Bukan mudah untuk menulis sebuah naskhah yang begitu cantik dan penuh dengan segala isi. Dan melaluinya, saya belajar bahawa untuk menulis kita perlu banyak pengetahuan, pengalaman dan kesabaran untuk melakukan begitu banyak dan begitu dalam kajian.

Dan saya juga belajar merasai perih dan kentalnya perjuangan populasi awal dahulu untuk membentuk generasi dan tamadun dunia (every place in the map) hari ini.
Dan buku ini juga yang telah saya baca seawal usia belasan tahun dulu menjadi buku sejarah dunia pertama buat saya mengenali dan mengetahui serba sedikit tentang sejarah Amerika dan beberapa misteri yang pasti memberi keterujaan untuk diketahui.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS