LEPASKAN KEMBALI AKU KE LAUT
(RELEASE ME BACK TO THE SEA)
SHAARI ISA
Novel ini juga merupakan koleksi novel tempatan yang saya sayang sangat hingga ke hari ini.
Saya telah membaca karya ini sewaktu di tingkatan satu.
Hari ini, apabila saya ingin berkongsi tentang buku ini, secara rasminya saya ketahui bahawa buku ini telah diterbitkan pada tahun 1981 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia (I was 9 years old at that time).
Alhamdulillah saya telah dapat memiliki buku ini sewaktu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada tahun 2008. Cuma it is not the same cover with the one I have read before. Malangnya, saya masih belum berkesempatan untuk mengulang baca melalui buku yang baru saya beli itu berikutan pelbagai limitasi yang tidak mampu ditolak ke tepi.
Mengapa karya ini menjadi antara bacaan yang saya tidak boleh lupa? (based on what I have read many-many years ago... ingat-ingat lupa)
Biasanya novel-novel yang ditulis menggunakan watak utama (hero dan heroin) yang cantik jelita dan tampan. Nama-nama watak pun sedap didengar dan disebut (tak usahlah kata orang lain, me myself pun memang suka kepada yang cantik...).
Tetapi novel tulisan Shaari Isa ini menceritakan tentang kehidupan seorang pemuda yang bernama Kasman dan keluarganya pada zaman penjajahan British di Tanah Melayu dulu. Ia juga membawa ke fasa peralihan penjajagan kepada Jepun, komunis Bintang Tiga sehinggalah Tanah Melayu diisytiharkan merdeka. Ia juga menceritakan tentang watak Isma, seorang gadis kalau tidak silap saya digambarkan oleh penulis sebagai seorang yang juling-juling air. Hmm..
In conclusion, novel ini disampaikan dengan begitu berkesan akan sejarah bagaimana Malaysia ditubuhkan, juga tentang penderitaan serta kesukaran yang ditempuhi oleh generasi sebelum merdeka demi usaha mereka untuk mencapai kemerdekaan. Saya percaya semua yang pernah membaca naskah ini akan menyetujui saya.
Novel ini juga telah diadaptasikan ke layar TV sebagai sebuah drama bersiri di TV1 yang simbolik, memapar dan mengetengahkan nilai-nilai persahabatan, kekeluargaan serta perjuangan menuntut kemerdekaan.
Teks novel ini telah diolah ke dalam skrip layar oleh Siti Jasmina Ibrahim yang juga merupakan isteri kepada pengarah lakon TV, saudara Khir Rahman (baru-baru ini terbaca tentang beliau dan pencapaian di dalam bidang ini di dalam akhbar). I adores her too so much! And I can't help myself from imagining and dreaming to be someone like her. But it is too far away from me. Tapi tak salah kan kalau kita ada impian begitu? Sekurang-kurangnya dalam hidup ini ada sesuatu yang ingin kita jangkau walaupun belum pasti kita mampu menggapainya. At least dreams can colour our life kan?
Malah novel ini juga antara novel-novel sastera yang terawal telah diterjemahkan ke dalam versi bahasa asing - bahasa Inggeris, oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM).
LEPASKAN KEMBALI AKU KE LAUT merupakan judul yang begitu simbolik dan begitu dekat dengan saya, sebagai pembaca, sebagai wanita, dan sebagai seorang rakyat Malaysia. Pada saya karya saudara Shaari Isa ini memberikan impak yang besar kepada generasi Malaysia tentang kesukaran dan penderitaan yang ditempuh dan diharungi oleh generasi awal dulu di dalam merealisasikan impian kemerdekaan Tanah Melayu, melalui olahan gaya hidup dan perhubungan masyarakat zaman itu.
Walaupun penyampaian jalan cerita menggunakan ayat-ayat zaman itu yang mungkin sukar untuk generasi muda masa ini terima, tetapi ia adalah wadah tauladan dan pembangkit semangat yang seharusnya menjadi bacaan oleh setiap lapisan generasi.
Ini adalah pandangan saya sebagai seorang pembaca sahaja...

i'd read this book years back, waktu umur saya 10 tahun, collection from my mom, the front cover have a mermaid and blue cover book.. tapi dah x jumpa buku tu.. sgt suka storynyer secara detail memaparkan cara hidup di tanah melayu sebelum merdeka, dan keadaan di rumah gabenor british dimana mak si isma bekerja.. dah x jumpa dah buku tu.. :(
ReplyDeleteya, seingat saya pun begitulah covernya dulu dan ia cuma satu jilid (combine 3 yang ada sekarang)... pinjam di library... memang dah tak jumpa bukunya kalau hendak dibuat koleksi... glad we share the same interest! Thanks Noor!
ReplyDelete