Awal bulan ini, seorang kenalan saya telah meletakkan jawatan selepas berbelas tahun berkhidmat di sebuah syarikat tempat dia bekerja. Beliau telah meminta saya menulis draf surat mengikut apa yang beliau inginkan. Saya memang dari dulu selalu jadi tukang tulis, tukang edit, tukang isi untuk orang...
He told me everything he wanted to put in the letter. Resignation cum complaint letter lah ni. I wrote the letter and I read it few times. Hmm... the issue is world wide and I believe ramai orang pernah melaluinya. Company did not fairly recognize their employees and keep blind eyes on something that were very wrong in the company. After so many years service, company did not even appreciate what he has done for the company.
What or who is COMPANY? Based on wikipedia, Company is a form of business organization. It is a collection of individual and physicals assets with a common focus and an aim of gaining profit. This collections exist in Law and therefore a company is considered a Legal Person.
Oh, company tu adalah orang juga. Itu kalau kita refer literature. Tetapi kalau kita lihat dari sudut realiti? a company is a business institution yang diberikan pelbagai nama untuk membolehkan sekumpulan orang melalukan urusniaga yang berorientasikan duit. Untung. Kalau saya tidak pernah belajar business, saya akan kata any companies could not run by itself. Mesti ada orang yang akan buat kerja for the company. So people works for company kan? Sebab itu dalam silibus Human Resource akan ada bahagian yang menceritakan tentang recruitment dan kepentingannya dalam syarikat.
Boleh kita cuba imbas sikit apa yang pernah kita pelajari dulu? HR, is another vital function in any company to find suitable candidates trough few methods, conduct the interview as to find the best personnel to do specific task for company, give those people the company hired, training and courses. And the processes do not stop there. Those personnel yang company lihat potential and contributions are those yang dikatakan asset syarikat. Those who loyal, committed and dedicated in the task for the better sake of the company are the ones who should be retained. Saya score dengan baik setiap HR test and exams....
Just how to retain a good staff in company? There are many kind of incentives enable this effort. Higher salary to compensate their qualification and experience, medical incentives, bonus etc. But trust me, after sometimes all this monetary benefits would not be the critical factors to retain those good staff. Good working environment and healthy working culture, sometimes can be a factor in demotivating the company’s staff. Apa yang menyebabkan pekerja merasa diri mereka has been unfairly treated in a company? Adakah itu salah company?
Personally company has no fault at this since yang membuatkan suasana kerja menjadi tidak sihat adalah orang-orang yang telah diamanahkan untuk membuat kerja-kerja pengurusan di dalam sesebuah syarikat. Company bukan ada mata, telinga, hidung, kaki dan tangan pun. Semua pancaindera ini adalah milik manusia yang mengasas dan bekerja di dalam syarikat. Tetapi apa yang menyedihkan, orang-orang ini kadang-kala telah menyalahgunakan ‘power and authority’ untuk kepentingan diri mereka, atau untuk kepentingan pihak yang punya agenda tersendiri.
Boleh tak saya buat pepatah, kalau hendak berada di kalangan kambing, kenalah mengembek, kalau nak duduk di habitat harimau kenalah mengaum. Tapi kalau kita duduk dalam habitat kambing, tiba-tiba disuruh mengaum boleh tak? Hmm... ada kena-mengena ke dengan perkongsian kita ni?
Senang kata, perkara yang tak betul dan salah selalu lebih diterima berbanding perkara yang betul. Saya rasa kalian juga pernah berada dalam situasi di mana kita terpaksa tutup mulut, atau bahasa kurang sedapnya ialah butakan mata, pekakkan telinga. Saya tidak nafikan kadang-kadang itu yang terbaik untuk cover periuk nasi kita. Tapi pernahkah kita fikir kesannya kepada suatu pihak bila kita tutup mulut dan secara tidak rela membiarkan yang salah terus berleluasa? Dan pernahkah kita fikir hidup ini ibarat roda, satu hari kita di atas dan pasti akan satu hari yang lain itu kita akan ke bawah. Ini perjalanan hidup dalam dunia...
Sebab itu saya selalu percaya kita bekerja dengan satu niat. Bekerja untuk rezeki yang halal. So bila hendak kerja demi rezeki yang halal, we have to work for company yang bayar gaji kita, subject to the work is being conducted on the correct platform, not to work for some people yang ada agenda tersendiri - kurang sihat lagi. Kita manusia, orang lain juga manusia. Kalau kita bekerja untuk mencari rezeki, ornag lain juga begitu. Maka mengapa harus ada sebahagian orang yang ingin maju dengan memijak orang lain? Mengapa ada orang yang terus mempertahankan sesuatu yang tidak betul, yang salah hanya untuk kepentingan diri sendiri?
Saya pun manusia, saya juga pernah melalui situasi begitu. Saya faham rasanya bila kita telah memberikan yang terbaik tetapi tidak dihargai hanya kerana kita kita tidak pandai bodek. Saya faham rasanya bila sesuatu yang baik itu dari usaha kita, tapi orang lain yang dapat nama tanpa berkongsi sedikitpun dengan kita.
Saya juga faham dilemanya bila kita harus melakukan sesuatu yang bercanggah dari prinsip kita. Sehingga pengalaman saya di tempat kerja yang ketiga, personally I believe from the scenario, that some people do works for company, but it is very hard for the company to work for us.
Yelah, kalau dah ada seribu staff, manalah ‘company’ larat nak layan semua kan. Orang yang ada anak ramai pun kadang-kadang ter’over-see’ anak-anak dia. Kalau dalam family pun ada isu mak bapak tak adil dengan anak ni dan anak yang tu, dalam company apatah lagi kan...? Tetapi kalau satu sistem yang betul dilaksanakan dan dipatuhi, insya-Allah everything is possible. Terpulanglah kepada setiap dari kita menilainya.
Sejujurnya bagi saya, selagi larat teruskanlah. Kalau sudah tidak mampu menanggungnya, undurlah diri kita. Orang putih kata ‘love is all around’. Tetapi di sini kita boleh kata, ‘rezeki pun ada di mana-mana, melimpah ruah di atas muka bumi Allah ini, selagi kita mahu berusaha’.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.