Friday, April 8, 2011

ANNE OF GREEN GABLE?

Suddenly, today my mind think about
Anne of Green Gables.
********************

I am not sure what triggered the memory. Mungkin sebab lunch break hari ni panjang sangat kot? 12.15 – 2.45pm. For almost 12 years kerja dengan private companies dulu, lunch break cuma 1 hour every Monday to Friday. Sabtu sekerat hari, tak adalah lunch break... Itupun kebanyakkan hari lunch break itulah masa yang paling ideal untuk siapkan kerja. No bosses, no phone calls and no everything.


Ataupun sebab kepala ni dah penuh dengan segala bentuk nombor (diberi tugasan belanjawan scr adhoc heh heh..). So I really need a break for a while... nak rejuvenate diri sendiri!

Okay, back to Anne of Green Gables. I watched this story (not cartoon) , I believe when I was in primary school? Rasa-rasa macam masih ingat lagi about the story kerana gaya persahabatan antara Anne with his boy friend (bukan ‘boyfriend), ada sikit-sikit similar dengan satu episod hidup saya bersama seorang kawan di sekolah dulu. Biarlah namanya dirahsiakan walaupun sebentar tadi memang nampak namanya di dalam FB.

I did some checking on internet, ingat nak cari and buy the book as collection. I believe semua orang pun tahu Anne of Green Gables was a bestselling novel, hasil karya seorang penulis Kanada yang bernama Lucy Maud Montgomery. Buku ini telah diterbitkan pada tahun 1908. Very much older than me...

Buku yang ini ditulis oleh Lucy ini merupakan sebuah fiksyen yang boleh dibaca oleh pelbagai lapisan pembaca, tetapi I believe it is more considered as children’s book. Ya la, because I was very fanatic watching this series back time. (wonder kenapa tidak diulang tayang...).

Sama seperti novel Lepaskan Kembali Aku Ke Laut yang telah saya baca sewaktu di menengah rendah (buku library juga). I adored the story very much kerana ia lari dari typical style of novel yang memerlukan hero dan heroin yang kacak dan jelita. Heroin dalam novel ini juling air, teringat pula saya kepada Kak Sulihah (nama sebenarnya Masura)...

I had a dream to have this novel. Syukur, during last 2 years’s Book Fair, saya dapat juga membeli ketiga-tiga jilid buku ini (dulu sangat tebal dalam satu jilid) selepas menyakinkan suami (dia yang bayar kan...) bahawa this is the precious book in my life.

Hmm... hari ini saya ingin berkongsi tentang sesuatu.
Mungkin ia berguna untuk kita mahupun untuk anak-anak kita.

Once upon a time... saya merupakan seorang pelajar yang dikatakan cerdiklah juga sewaktu di sekolah menengah. Setiap kali exam saya selalu score markah yang tinggi and will be among the top. Pun saya merupakan pet student untuk beberapa orang guru. I believe I had write this in my earlier post. But this time is meant for another story.

When I was 15 years old, di mana hujung tahunnya itu saya akan menduduki SRP (now is PMR). Tiba-tiba... out of nowhere reputasi saya telah digugat oleh seorang pelajar. Kebanyakan markah ujian saya was number two after him. Wah! Who is this boy? Masa tu saya marah sangat kerana guru-guru sudah mula memberi lebih perhatian kepada dia. Begitu juga rakan-rakan. Ini tidak boleh jadi!

I believe masa itu saya rasa cemburu dan tidak dapat menerima kenyataan bahawa saya tidak lagi yang terbaik. Now it became my eldest son punya perangai pulak dah... Setiap kali main PS dengan kakak-kakak dia, he alwasy wanted to be the winner. If kakak-kakak, Papa atau cousins dia yang menang dia akan jerit, marah dan hempas remote. Like what my second step-daugther told us, “Teruklah abang ni! Terima jelah kenyataan abang tu kalah!”.

I hate that boy (rupanya rakan sekelas sejak tingkatan satu, tapi punyalah low profile sampai saya tidak notice dia. Atau saya ni yang katak bawah kristal?

He always wanted to make friend with me, tapi tak tahulah kenapa saya rasa benci sangat pada dia. Selalunya kata-kata saya kasar sahaja pada dia. To be honest rasa cemburu kerana dia telah menewaskan reputasi saya menyebabkan saya tidak mahu be friend dengannya walaupun kawan-kawan selalu menegur akan sikap saya itu. Memanglah saya tahu tidak baik...

Saya pun bukanlah seorang yang berhati batu.. pun bukannya mak tiri Cinderella. I am only a step-ummi to Ayong and Abby sahaja...

Suatu hari I intended to be in peace with him. Tak kuasalah nak berkrisis-krisis. Dalam kelas tak bercakap, kalau bertembung tak menyapa (saya paling muka adalah lagi), kalau dari jauh namapak dia saya pun akan pusing 180 darjah. Pun dah boring denganr kawan-kawan membebel.

Tetapi ada satu sebab kenapa saya tidak dapat meneruskan hasrat saya itu.. do I have to tell it here? Tak apalah.. itu hanya kisah munyet! Therefore, I remained an enemy to him.

Tibalah masanya percubaan SRP diadakan. First day, first paper... I remember my seat was the final in the hall. Belakang sekali. Sewaktu duduk for final review untuk subjek itu (I believe about 7.30 in the morning), one of my friend came close to me. She whispered, “Sekarang puaslah hati kau kan?!”. And then she went away.

Kening saya berkerut sampai hendak bercantum. Apa bendanya ni!? Tetapi the girl did not want to look at my face anymore...

Setelah kertas peperiksaan diedarkan ke setiap meja, perkara pertama yang diumumkan ialah... “Seorang rakan kamu tidak dapat bersama-sama kamu untuk menjawab kertas peperiksaan pagi ini, dan mungkin tidak akan dapat menduduki peperiksaan ini langsung. Beliau mengalami kemalangan...”

The rest of the announcement sudah tidak saya dengar lagi. Yang kembali terngiang di cuping telinga hanyalah bisikan saya setengah jam sebelum peperiksaan ini bermula.

“Ya Allah, aku tidak mahu ditewaskan lagi. Aku mahu jadi yang terbaik, tetapi dia akan menghalang aku. Ya Allah, aku pinta pada-Mu, walau apa cara sekalipun, tolonglah jangan benarkan dia mengambil peperiksaan ini...”


Dan airmata yang bertali menjadi dakwat untuk aku menintakan jawapan-jawapan di atas kertas peperiksaan Bahasa Melayu pagi itu.

Saya sudah meminta maaf dari dia (years after that), tetapi dia tidak tahu ucapan maaf itu untuk apa... (this is why cerpen Noktah Ragu tak pernah siap...)



Moral of the story:
*************************

Allah itu Maha Pemurah,

mintalah apapun dengan-Nya, Insya-Allah akan Dia berikan,
baik atau buruk, cepat atau lambat...
dan setiap doa yang diperkenankan itu pasti ada hikmah di sebaliknya...

Janganlah jadi terlalu obses dengan hak ke atas sesuatu kejayaan.
Ia hanya pinjaman dan ia juga milik sesiapa yang berusaha untuknya.


Bersangka baik lah kepada semua makhluk Allah.
Kalau tahu diri kita bersalah, mintalah maaf...
(boleh tak kalau kita minta maaf tanpa beritahu apa salah kita kepada orang itu? )


Tapi kadang-kadang,
kita terpaksa buat sesuatu yang memedihkan demi untuk menggembirakan orang lain kan?




3 comments:

  1. Siapa agaknya gerangan that boy yati. Yus kenal agaknya, sbb sama kelas since form 1 kan.

    Apa pun yus biasa jatuh no 2 di belakang yati, kalau tidak mesti yati tak pandang juga muka yus ya..hehe.

    Anne of Green Gables, yus ingat cerita itu. Selalu tengok dulu, tapi yus tak pernah baca novelnya...

    Nice ti see u so success today. Eh! Pertanyaan yus di msg inbox fb tak berjawab. Kenal husband yus tak? Dulu dia mrsm jasin gak, kelas E, orang panggil dia pakdin.

    ReplyDelete
  2. Hi yus... tu la, ingat nak cari juga bukunya buat koleksi, pun boleh suruh anak2 ni baca...

    tu le, yus punye question tu buat saya tengok your husband picture macam nak telan je... tak sempat pulak nak go deeper dlm fb dia or yus.

    Dah lama sangat sampai tak boleh cam... ke memang rupa dia dah berubah byk sangat? Saya dulu kelas G - Gempaque. Tapi bila yus sebut pakdin, baru comeback to this brain... hmm... pernah la selalu dengar panggilan tu dulu... hih hih... tak sangka my mrsm mate jadi husband my school mate... alhamdulillah...

    Sebenarnya smlm dah terdetik hati, kalau yus terbaca ni... betul2 yus baca ye. Memang yus kenal rasanya... bila yus dah pindah sekolah tu baru dia shining... harap2 dia tak bacalah citer ni.. heh heh... he went to another mrsm. cerita lama... bila dikenang banyak tauladan yang boleh diceritakan kepada anak2 and to be shared with other too...

    ReplyDelete
  3. Haha...tengok gambar dia sampai mcm nak telan? Ya kot dia lain dari masa di mrsm dulu. Dulu dia kecik je orangnya, ada orang panggil dia popeye rasanya...hihi.

    That boy pun di mrsm ya dulu. MRSM Trendak ke? Yus tahu ada sorang ex-classmate from SMBG dulu yg study di mrsm trendak. Betul ke tekaan yus?

    Yus pun kenal husband yus masa english course yg mara buat untuk budak2 mrsm ni. Yati dulu di mana? Yus ex-mrsm juga...lain mrsm lah..:)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS