Tuesday, April 12, 2011

HYPERTHYROID (THYROTOXICOSIS STORM) - PART 2

Allah itu memang Maha Berkuasa...

Walaupun awalnya doktor memberitahu akan kemungkinan saya tidak dapat menimang cahayamata sendiri pursuant to the thyroid disease I have, suami menyampaikan satu berita dengan linangan air mata lelakinya.

I am pregnant! Betul ke, macam tidak percaya. That news had been delivered by my 3rd sister who was at that time a staff nurse in PPUM. Wanita yang dapat tahu dia pregnant mestilah gembira kan... tapi saya pulak sebaliknya. Tiba-tiba saya teringat kembali apa yang pernah doktor beritahu pada saya tentang possibility untuk bayi (if I happen to get pregnant) saya menjadi 'tidak sempurna' .

And I adored my husband's strength and patience all the way of my pregnancy duration. Saya selalu bimbang bayi saya akan jadi cacat. Saya bayangkan anak saya tidak ada tangan atau kaki.. atau... tiap kali scan, saya akan tanya doktor kalau-kalau dia terlihat sebarang keganjilan pada bayi dalam perut saya.

Bukan saya tidak percaya pada Tuhan.. tapi saya hanya manusia biasa yang sangat-sangat lemah. Kadang-kadang bila hasutan itu lebih kuat dari iman yang selalu tergelincir saya akan jadi susah hati sangat.

Mengandungkan anak saya yang pertama begitu penuh dengan kebimbangan. Saya mudah penat dan asyik hendak tidur sahaja. Setiap hari tiba di pejabat, saya akan tidur dan bangun hanya untuk solat, makan then sambung tidur lagi hingga berakhir office hour. Sampai Boss suruh saya ambil cuti panjang.

Pun dalam waktu itu saya tidak suka dengan dapur dan suka makan tomyam yang panas. Biasalah, perangai orang yang mengandung kan macam-macam. Walaupun saya cuba amalkan membaca al-Quran terutama surah-surah yang terpilih, saya selalu rasa hendak marah, mungkin because of the thyroid.

The final check-up which is on the EDD date, 1st Dec. 2006, doctors put me in ward. Time to give-birth? Tapi saya tidak rasa sebarang tanda sakit pun.. dalam hati saya kata, "aku belum nak bersalin lah..."

And the hours in ward itu begitu sengsara (I believe semua wanita pun merasainya, ke saya seorang saja? sebabnya ramai je wanita yang ada anak 1, 2, 3, 4 sampai belas...). All the doctors concern sangat nak check saya. Nasib baiklah my husband's male cousins datang melawat (belum bersalin lagi diorang dah datang tengok heh heh), so dapatlah spend masa borak-borak.

The other early morning, they push me downstairs, to the labour room. Pun tak rasa sakit lagi. I was in this room for 2 patient. Next to my bed pun seorang bakal ibu yang akan melahirkan anak pertama. Wah, takutnya...

Di luar, saya dapat dengar begitu banyak jeritan kesakitan. Sakit sangat ke nak bersalin ni? Saya boleh fikir lagi begitu saat itu. Saya pegang perut yang penuh dengar wayar apa tu ECG ye, untuk dengar degup jantung baby. Sekejap-sekejap nurse tanya, dah sakit belum? Tentulah belum.

Kemudian doktor periksa, betul belum bersedia nak keluar anakku ni... One of the senior nurse tu tanya, "Bawalah jalan-jalan supaya cepat sikit buka." Okay, so saya jalan sana, jalan sini sepanjang labour room tapi tak juga sakit. Then saya rasa boring dan lapar sangat, I asked the nurse, "Nurse saya rasa lapar lah... boleh tak saya makan?"

Nurse kata jangan makan banyak, okay... saya fikir mungkin nanti kalau saya makan banyak-banyak, anak saya keluar dengan makanan (teringat cerita Dang Anum ke yang perutnya kena belah then baby dia keluar pegang tu?).

Kebetulan my husband memang kat luar ward, maka saya pun makanlah nasi lauk ayam dan sayur kangkung. Habis licin saya makan... suami saya pula katanya hendak balik sekejap salin pakaian di rumah Pak Usu di kuarters kastam Kelana Jaya sebab saya ni gaya macam lambat lagi nak bersalin. Okay...

Nurse suruh saya duduk semula on my bed untuk dengar degup jantung baby. Dalam pada itu, seorang doktor dan dua orang nurse bergegas masuk ke bilik dan menuju ke arah bed sebelah saya. Tirai ditarik menutupi kawasan itu. Dan lampu besar dibuka. Amboi!

Ups, dia sudah mahu bersalin. That was my first time... jantung saya pun dah dap dup!

Jelas kedengaran erangan wanita itu, dan juga teriakan doktor, "Push! Sikit lagi..." tetapi selepas seketika, semuanya jadi sepi. Cuma nurses itu sahaja yang bergegas keluar masuk. Dalam hati kata, senang je pun bersalin. Okay... saya pun nanti senanglah juga agaknya...

Troli dibawa masuk dan kemudian ditolak keluar. Saya sempat kerling baby atas troly tu.

Something was wrong! The baby did not cried at all!
Why? What happened!?

Kemudian setelah beberapa ketika, saya dengar esakan. Dan suara nurse yang jelas, "Sabarlah dik... ingat pada Allah. Kalau ada rezeki, insya-Allah..."

Saya pandang muka nurse pelatih yang sedang membetulkan wayar di perut saya tu, "Nurse, what happened?"

Dan nurse itu pula pandang saya macam hesitate nak beritahu. At last, "Baby dia meninggal..."

Aduh, perut saya terus sakit. Sejuk sangat rasanya seluruh badan. Barulah tahu that lady selama mengandung check up di klinik biasa, bila dah nak dekat bersalin baru datang PPUM. Memang doktor dah expect because the baby was so weak dalam rahim, and the mother pula ada darah tinggi.

Saya rasa airmata hendak menitis. Tambah-tambah bila dengar semua bicara-bicara, "Suami kat mana... nak bagi tahu ke tak?, "Tak apa.. saya call dia..." Then saya dengar dia menangis bila call husband dia... dengar lagi nurse tanya, "uri ni nak bawa balik ke tak?" Then saya rasa hendak tutup muka dengan bantal sebab nak cover muka saya yang sedih ni bila husband dia masuk dapatkan dia... Oh Tuhan.. saya pegang perut, what if my baby....?

Tetapi airmata itu tak sempat nak menitis bila doktor datang pada saya and asked the nurse untuk set... apa ntah. Yang saya ingat cuma diorang kata nak get myself ready for operation theater. What? Theater room? Of course bukan nak tengok teater kan dalam masa-masa begini?

Doktor kata diorang nak bedah saya, tak mahu ambil risiko macam ibu di katil sebelah tadi. Hah? Operation?

"Wait! Wait! Wait! I need to see my husband!"
"The operation theater can't wait."

"Please!" dan airmataku sudah berbaldi-baldi.


P/S: To be continued...

1 comment:

  1. wah menarik..cepat cepat, x sabar baca next episode:)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS