Wednesday, April 6, 2011

REALITI DUNIA PENULISAN?

Membaca merupakan minat utama saya sejak kecil. Malah sejak saya sudah mengenal huruf A, B dan seterusnya seawal usia empat tahun, saya sudah becok mengeja dan membaca pada setiap lembar, papan tanda hatta pada plat nombor kenderaan (according to my parents...).

Dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang sederhana, membeli buku-buku bukan necessity dalam kehidupan kami, kecualilah buku-buku sekolah. Tetapi bapa saya seorang yang cintakan ilmu. Pada setiap kesempatan dan kelapangan rezeki, buku merupakan item wajib yang dibelikan. Saya masih ingat ada ketika abah pulang kerja menyerahkan beberapa buah buku kepada saya, katanya pemberian teman-teman di tempat kerjanya.

Ketika menuntut, saya banyak menghabiskan waktu membaca buku cerita di perpustakaan berbanding buku akademik. Hendak beli tidak punya wang sendiri, maka baca di library lebih baik. Saya bermula dengan membaca novel-novel Inggeris dan sastera Melayu yang berat.

Di alam pekerjaan, masa membaca begitu terhad. Masih juga majikan saya mampu mengesan minat saya bila sesekali melihat saya membeli satu dua novel (dari books bundle – buku-buku terpakai dijual dengan harga lebih murah) setiap kali hujung bulan, lepas dapat gaji. Saya suka membeli buku-buku and I even have a dream to have my own library one day.

Beberapa kali juga bos yang saya panggil Karen (dia tidak mahu dipanggil Puan/Mrs/Ms/Bos) menghadiahkan saya buku-buku novel Inggeris yang tebal. Saya suka sangat! Saya simpan elok-elok sampai ke hari ini. Thank you Karen! Dan syukur, bila sudah berumahtangga, suami juga appreciates minat saya. Tiap-tiap waktu pun sponsor beli buku untuk saya.. thank you dear!

Pada kesempatan di kedai buku, saya selalu bayangkan suatu hari nanti buku saya akan ada di atas rak sana. Minat menulis sudah ada dalam diri saya sejak saya ada impian itu. Rasanya rakan-rakan sepengajian malah rakan-rakan bekerja juga mengetahui tentang impian ini.

Saya suka menulis. Dengan menulis, saya bisa menjadi semua watak yang saya ingin jadi dalam hidup saya. Dengan menulis saya boleh temui ramai orang, boleh bercinta dengan banyak watak, boleh pergi ke setiap destinasi zahir dan maya juga boleh memiliki semua bakat. Dengan menulis saya dapat luahkan apa yang ada dalam hati saya.

Dalam hidup ini saya ada banyak keinginan. Saya ingin berdakwah, tetapi saya bukan ahli sufi. Saya ingin melukis tetapi saya tidak pandai mewarna. Saya ingin menyanyi, tetapi tidak punya suara yang bisa menggegar hati, saya ingin menari tetapi saya bukan insan terpilih yang dianugerahkan bakat itu. Saya ingin mengajar dan menyampaikan ilmu serta kemahiran tetapi saya bukan pendidik bertauliah mahupun yang berpengalaman luas. Dan terlalu banyak lagi yang ingin saya lakukan untuk berkongsi. Hanya dengan mencoret abjad-abjad dan nombor-nombor di atas lembar saya boleh melakukannya.

Saya mula menulis dan menyimpan sendiri tulisan-tulisan saya. Ada juga yang diterbitkan dalam majalah sekolah. Ada juga yang saya jadikan skrip untuk assignment presentation sewaktu di kolej. Malah seorang guru saya juga pernah bertanyakan tentang penerbitan, tetapi seawal itu saya masih belum mampu memandang ke depan.

There were so many sad and beautiful things happen in my life and arround me... selalunya sesuatu yang kita lihat, dengar dan alami merupakan sesuatu yang unik untuk setiap individu itu. Justeru ia melahirkan Seandainya... setelah melalui begitu banyak sesi rombakan. Banyak komen, teguran dan nasihat yang telah saya perolehi dalam melahirkan Seandainya...

Too many flashback, readers will be bored
The story is too long
No commercial value
The story presentation is confusing and interfere the reader’s feeling

Above are among constructive comments given in the Seandainya... proposal. Hingga suatu hari dulu saya sudah give-up dan mencampak manuskrip itu ke dalam stor. Tetapi demi kerana kekuatan dan semangat yang diberikan oleh suami, saya beranikan diri untuk keluarkan semula Seandainya...

Why am I writing this today? Ini adalah kerana saya tiba-tiba teringat kepada suatu artikel yang pernah ditulis oleh Rashidah Ilmi Abd Rahim, bertajuk Realiti Dunia Penulisan Dalam Bahasa Melayu Yang Memedihkan. Saya cari artikel ini di dalam internet just to convince myself that I used to read this once.

Yes, saya memang pernah membaca artikel ini sewaktu diterbitkan di muka surat 30, ruangan Sastera di dalam Berita Harian pada 9hb Disember 2010 dulu. Dan kini bila Seandainya... lahir dan diberikan komen-komen serta pendapat-pendapat pembaca, saya terpanggil untuk berkongsi rasa tentang artikel ini.

Artikel berkenaan menyatakan tentang karya cinta yang telah mendominasi pasaran penerbitan buku-buku bacaan dan mendapat sambutan begitu hangat di kalangan pembaca. Artikel ini juga menyebut tentang fenomena novel cinta kosong yang lebih digemari bukan sahaja pembaca malah juga penerbit. Saya memahami objektif murni artikel ini.

Membaca sepatutnya menjadi wadah jiwa bangsa yang dapat memberi sedikit-sebanyak ilmu dan pengajaran hidup. Tetapi sekiranya pembaca disogok dengan bahan bacaan yang kurang menyumbang ke arah objektif tersebut, itulah yang menjadi kekesalan penulis artikel dan juga sekalian para cendekiawan.

I was not born to be writer and I am not even a pure writer. Tetapi minda, hati, jemari dan segalanya yang ada dalam diri saya rupanya suka menulis. Sejujurnya saya menulis di atas satu platform : ingin berkongsi... dalam Islam pun kita digalakkan menyampaikan sesuatu yang baik agar merit itu terus mengiringi kita hingga ke hari pengadilan kan...

Kelahiran Seandainya... melalui ihsan Kaki Novel merupakan suntikan yang telah memberi nafas baru kepada saya. Suami yang saya cintai tidak rela saya patah semangat. He wants me to go as far as I can and always be myself. Tetapi bolehkah saya terus menyumbang tulisan saya dan diterima oleh pembaca juga penerbit bila saya mahu menjadi diri saya?

Saya akui ramai penulis-penulis kita memiliki kebolehan luarbiasa melakar sketsa kehidupan samada yang realiti mahupun ala-ala fantasi ke atas putih kertas. Saya kagumi ramai nama antaranya Nass Alina Noah, Lili Haslina Nasir, Damya Hanna, Ramli Awang Mursyid dan Noor Suraya (sekadar menyebut beberapa nama, terlalu ramai kalau hendak saya sebutkan di sini, memadailah kalau saya kata saya hormati dan kagumi setiap kita yang memang boleh menulis setelah masuk sekolah, bukan sekadar yang sudah bergelar penulis) untuk buku-buku mereka yang punya impak paling maksima dalam diri saya yang terlalu kerdil dan hijau ini. Setiap satunya merupakan idola yang tidak mungkin saya mampu menjadi sepertinya.

Sebagai seorang pembaca myself, saya sendiri dapat mengenalpasti corak penulisan penulis dari setiap penerbit. Dan sejujurnya saya juga punya favourite writers and publisher. Kreatif, Alaf 21, Jemari Seni dan Kaki Novel - setiap satu penerbit ini ada misi dan visi mereka, tidak ada yang salah tentang itu. Saya boleh kenal dan suka dengan gaya bahasa Nass Alina ataupun Noor Suraya mahupun Ramly Awang Mursyid. Again, it is a subjective matter di mana penerimaan pembaca adalah berbeza-beza.

Seandainya... adalah jujur dari saya plus keikhlasan saya membenarkan sedikit sebanyak formula penerbitan komersil. Seandainya... adalah refleksi saya yang mahu menjadi diri saya sendiri. Melaluinya saya belajar memberi dan menerima, menarik hati anda sambil menyelitkan segala yang positif.

Kepada mereka yang telah sudi dan begitu bermurah hati memiliki dan meyudahkan bacaan Seandainya... walaupun saya memahami ada yang tampal koyok di kepala, dan ada juga yang rasa rugi memilikinya kerana tidak seperti yang dikehendaki dan diharapkan... saya begitu berterima kasih dan berhutang budi kepada anda.

Saya yakin sekiranya pembaca yang saya hormati membuka minda kepada satu dimensi baru lalu membenarkan sebuah perubahan dan pembaharuan, Seandainya... boleh berkongsi apa yang ia ada dan rasa. Once again, saya memahami bahawa perubahan itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk kita lakukan. Cuma, give change a chance...

Saya sekadar ingin berkongsi, dan dalam masa yang sama cuba memberi persepsi baru kepada karya novel cinta tempatan agar mendapat tempat di hati setiap lapisan pembaca, dan juga menyelitkan sedikit sebanyak (kalaupun tidak dipanggil ilmu) patah-patah kata dan baris-baris ayat yang ada pengetahuan am.

Kalau anak-anak kita suka membaca novel cinta, biarlah tidak kita menyalahkan mereka setelah kita sendiri meletakkan karya cinta itu pada barisan yang membuka lembar untuk sedikit ilmu dan pengetahuan serta potensi untuk kematangan dalam cara kita berfikir dan menerima.

Okay, panjang lebar pula perkongsian tinta saya petang ini. Saya hanya terpanggil untuk berkongsi rasa ini bila membaca komentar pembaca-pembaca Seandainya... hari ini. Terima kasih... the responds are not as hot as other youngster novels tetapi bila sesekali melihat komentar yang begitu positif, ia menitiskan airmata saya dan membangkitkan kembali semangat yang sesekali malap dihembus kecewa.

Saya suka menulis. Saya mahu menulis. Maka izinkanlah saya untuk terus menggerakkan jari-jemari ini menulis dan menyumbang perkongsian untuk anak-anak saya dan kita semua walau sekadar a, b dan c dengan kesudian anda menerima saya seadanya... saya tidak mahu yang lain, cukuplah sekadar kepuasan dan kebaikan kita bersama...


Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Seandainya... masih bertatih belajar
Untuk saya bergerak ke satu fasa


Terima kasih dari saya yang masih terlalu junior,
Rys Areesa Nasir

2 comments:

  1. tahniah..
    wida plak dari dulu tak suka membaca..nak habiskan novel sebuah pon makan masa berbulan-bulan.

    ReplyDelete
  2. heh heh.. tak apalah janji boleh membaca...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS