Tuesday, April 12, 2011

BILA UMMI ROSE PULAK YANG TAK SIHAT...

Malam tadi saya sudah dapat rasa something was wrong with me. Macam demam. Pagi tadi pun rasa tak larat sangat nak bangun tetapi memikirkan saya ada tugas (walaupun sedikit) yang perlu dilaksanakan untuk meeting belanjawan esok, saya kuatkan juga semangat untuk ke pejabat.

Bermula dengan selsama, badan saya sudah panas. So, pagi tadi saya bawa segala ubat yang perlu ke pejabat – ubat selsema, ubat demam, ubat sakit tekak dan yang paling penting ubat thyroid saya : Carbimazole.

Saya memang ada penyakit thyroid, penyakit yang biasa dihidapi oleh wanita. In fact, semua orang ada hormon thyroid tu, cuma berbeza dari keaktifannya sahaja.



Beberapa bulan sebelum saya melangsungkan perkahwinan saya telah didiagnos oleh doktor PPUM menghidapi Hyperthyroid Crisis (Thyrotoxic Storm). Thyrotoxicosis atau juga disebut sebagai Hyperthyroidism adalah peningkatan dalam aktiviti rembesan hormon thyroid (overactive thyroid gland) yang akan mengakibatkan peningkatan dalam tahap pengaliran hormon thyroid di dalam darah. Ini akan menyebabkan kadar aktivit metabolisma di dalam tubuh menjadi tinggi. Dan keadaan ini yang juga dipanggil thyroid storm merupakan keadaan yang akan mengancam kehidupan (life-threatening), biasanya dalam keadaan tachycardia (degupan jantung yang tidak normal), hypertension dan juga demam.

Waktu itu doktor begitu bimbang dengan tahap TSH, T3 dan T4 saya. My T4 was very high, means I have hyperthyroid. Unlike my third sister who has low T4 which denoted hypothyroid. Sebab itu awal dulu saya harus ambil berbelas-belas biji Carbimazole.

Menurut doktor, thyroid ini akan membuatkan saya sakit. Dan kalau saya demam, thyroid will make it worse. Sebab itu kalau saya rasa hendak demam atau mula rasa tidak sedap badan, saya akan ambil ubat thyroid sekali. Sepatutnya saya ambil those pills hari-hari, tapi saya memang ‘alergic’ dengan ubat tu...

Lagipun saya malas hendak buat follow check-up di PPUM lagi. I believe ramai yang ‘segan’ nak pergi hospital kan? Lots of time to spend...

The most tragic part
bila saya didiagnos mengalami hyperthyroid crisis ni ialah when doktor kata saya mungkin tidak akan dapat anak. Dan kalau adapun, mungkin anak-anak saya tidak sempurna. Wa wa wa!!!!

Masa itu saya rasa hati ni dah nak pecah. On the way back from hospital tu, I called my future husband (now is my husband), “Saya rasa baik kita batalkan sajalah perkahwinan kita ni...”

And the tears go on and on and on... yalah, masa tu saya fikir buat apa hendak kahwin kalau memang saya tidak boleh jadi seperti wanita normal. Buat apa hendak aniaya lelaki yang akan kahwin dengan saya.

But what he said touched me deep, “Tak apalah kalau itu yang dah ditakdirkan untuk kita. Saya sayangkan awak seikhlas hati saya. Lagipun itu cuma pendapat doktor kan... awak kena yakin Allah tu kan lebih Berkuasa...” (ayat ini mungkin tidak sama dengan original sentences at that time, sebab saya sudah improvise ayat dengan mengekalkan maknanya).

Awal perkahwinan, emosi saya selalu tidak stabil. Sangat sensitif dan asyik hendak marah sahaja. Memang antara simpton thyroid ni adalah ketidakstabilan emosi. Yang peliknya saya tidak mempunyai sebrang kebengkakan pada leher seperti mana tanda goiter yang sepatutnya. Cuma sedikit sahaja. Tetapi kalau ikut pendapat doktor, thyroid yang bengkak besar dan buruk tu tak bahaya. Tetapi kalau bengkak kecil ni yang bahaya!

Lagi satu hyperthyroid ini selalu buat jantung saya, kind of berdebar. Degupan jantung saya laju sangat seperi baru habiskan larian pusing padang 20 rounds, walaupun ketika itu saya hanya duduk, berehat atau tidur. Kadang-kadang saya boleh rasa badan saya trembling bila jantung saya berdegup macam menumbuk-numbuk kulit dada.

Doktor pernah nasihatkan saya jangan ponteng ambil ubat. Doktor kata hyperthyroid yang tidak dikawal akan menyebabkan jantung sentiasa berdegup pantas (abnormal heart rhythms) and to some extent ia akan berhenti berdegup bila-bila masa, hatta dalam tidur sekalipun. Wah, maknanya saya boleh mati bila-bila ye? Dan doktor kata lagi, berikutan dengan penyakit yang tidak dikawal ini saiz jantung akan membesar lama-kelamaan.

Saya baca jurnal dari penulis perubatan Ruchi Mathur, M.D yang bertajuk HYPERTHYROIDISM... THE HEART OF THE MATTER. Saya quote beberapa pharagraph untuk kita share, which is very much related to my condition.

*******************

Excess thyroid hormone causes palpitations and some degree of exercise intolerance that is due to an increased heart rate and fatigue. The changes in heart rate are a result of a change in the nervous system's control on the heart. With excess thyroid hormones in the body, a heart rate of greater than 90 beats per minute (tachycardia) is common, even at rest and when asleep. In addition, the normal increase in heart rate during exercise is exaggerated. A rapid heart rate is one of the most common signs of hyperthyroidism.

The amount of blood pumped out by the heart is also increased in hyperthyroidism. This may be important in patients who have weak hearts, because this increased workload on the heart muscle may result in heart failure.

While a rapid regular heart beat is the most common rhythm variation in hyperthyroidism, an irregular heart rhythm called atrial fibrillation is also common. Atrial fibrillation occurs as a result of the chaotic beating of the smaller, upper chambers of the heart (the atria). Instead of passing the blood to the larger, stronger ventricles in a coordinated fashion to allow for distribution throughout the body, the atria are less effective because their contractions are disorganized. This results in poorer filling of the ventricles and inefficient pumping of blood throughout the body. Atrial fibrillation is seen in 5 to 15% of patients with hyperthyroidism and may often be the problem that induces the patient to see the doctor. When a new case of atrial fibrillation is discovered, doctors will often check a patient's thyroid function to make certain this is not the first symptom of hyperthyroidism, which is a treatable cause of atrial fibrillation.

************************

P/s : To be continued...

LINK TO THIS POST:

http://www.homeorizon.com/homeopathic-articles/endocrinology/thyroid-hyperthyoidism-treatment

http://ezinearticles.com/?What-is-Thyrotoxicosis

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS